Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TM umumkan kerjasama dengan Netflix – akses percuma mulai Oktober 2017?


Telekom Malaysia atau TM telah mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi telah memeterai kerjasama dengan Netflix yang merupakan penyedia internet TV terkemuka didunia.
Dengan kerjasama ini, Pelanggan TM dikatakan akan mampu menikmati kandungan Netflix dengan lebih mudah melalui akses mudah mulai Oktober 2017.

Melalui kenyataan akbar yang dikeluarkan, TM menyatakan bahawa pelanggan mereka yang melanggan mana-mana perkhimatan mereka akan menjadi ahli Netflix dan ini membolehkan mereka menikmati kandungan multimedia seperti House of Cards, The Crown and Stranger Things dan banyak lagi.

Selain pelanggan UniFi, pelanggan Webe juga dilihat akan dapat menikmati akses mudah kepada perpustakaan multimedia Netflix yang meliputi semua genre dan bahasa.

​​​​Selain itu, TM tidak memaklumkan apakah pelanggan TM akan menerima akses percuma Netflix untuk tempoh terhad seperti yang pernah dilakukan bersama iFlix sebelum ini.

Jika perjanjian yang dimeterai akan memberikan pelanggan UniFi dan Webe akses percuma kepada Netflix, ini sudah pastinya akan menggembirakan pelanggan mereka.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan dengan kerjasama ini anda boleh melanggan Netflix dengan yuran bulanan dikreditkan kepada akaun TM anda.

Lebih banyak maklumat mengenai perjanjian ini akan diumumkan kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.