Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A1 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia

Xiaomi Mi A1 yang merupakan telefon pintar Android One kini secara rasminya telah dibuka untuk tempahan di Malaysia melalui Lazada pada harga RM 1,099.

Xiaomi Mi A1 adalah nama yang dipilih bagi telefon pintar ini dan A1 membawa maksud Android One dengan sistem operasi Android 7.1.2 Nougat.

Xiaomi Mi A1 ini hadir dengan skrin paparan LCD 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Bercakap mengenai teknologi dwi-kamera yang disertakan pada Mi A1, ianya mempunyai kamera yang sama seperti Mi 6 iaitu lensa 12MP + 12MP (telefoto) dengan lampu flash LED dwi-tona.

Xiaomi A1 juga memiliki sensor capjari dibahagian belakang, logo Android One, bateri berkapasiti 3,080mAh dan slot USB-C.

Xiaomi juga memberikan jaminan bahawa sistem operasi Android Oreo akan tiba kepada Mi A1 sebelum penghujung tahun ini dan telefon pintar ini akan turut menjadi antara telefon pintar pertama untuk menerima Android P tahun hadapan.

Xiaomi A1 akan ditawarkan didalam 2 warna iaitu hitam dan emas dengan harga penjualan RM 1,099 dengan tempahan akan ditutup pada 20 September sebelum penghantaran dimulakan pada 21 September 2017.

Xiaomi Mi A1 juga turut boleh dibeli melaui Xiaomi premium Reseller di Queens Bay Mall, Penang, Mobile To Go di SS2 , Petaling Jaya dan DirectD.

Comments

comments