Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus umumkan warna emas edisi terhad bagi OnePlus 5


OnePlus telah mengumumkan bahawa telefon pintar utama terbaru mereka iaitu OnePlus 5 akan ditawarkan didalam warna emas lembut yang mana ianya adalah warna edisi terhad.

Warna emas lembut bagi OnePlus 5 ini adalah warna yang sama ditawarkan pada OnePlus 3.

Sedikit mengecewakan adalah, OnePlus 5 warna emas lembut hanya akan ditawarkan didalam konfigurasi 6GB/64GB dan bukanya versi premium 8GB/128GB.

Jika anda masih berminat untuk mendapatkan versi 8GB RAM/128GB ROM, anda hanya mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan hitam kelabu.

OnePlus 5 warna emas lembut ini kini sudah mula ditawarkan di OnePlus.net namun bagi pasaran Malaysia, kita mungkin perlu menunggu sedikit lama kerana ianya dijangka akan dibawa masuk pengedar rasmi di Malaysia iaitu Brightstar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.