• Home »
  • Xiao Mi »
  • Redmi 4X boleh didapati di pasaran Malaysia pada April 22 dengan harga RM679

Redmi 4X boleh didapati di pasaran Malaysia pada April 22 dengan harga RM679

Redmi 4X boleh didapati di pasaran Malaysia pada April 22 dengan harga RM679

Redmi 4X adalah telefon pintar Xiaomi terbaru yang bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 22 April ini dengan harga RM679 sebuah. Xiaomi menyatakan peranti ini memfokuskan bateri yang besar dengan slogan “Big on battery”.

Dari segi spesifikasi, Redmi 4X ini hadir dengan skrin 5 inci paparan IPS LCD HD, pemproses Snapdragon 435, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 Gigabyte).

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF serta dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.2. Ia boleh merakamkan video setinggi resolusi 1080P.

Bateri untuk Redmi 4X ini adalah berkapasiti 4100 mAh disertakan dengan kemampuan bertahan sehingga 18 hari menurut Xiaomi.

Ia turut menawarkan pengimbas cap jari di bahagian belakang dan juga pemancar infra merah. Ia mempunyai sokongan dwi-SIM dengan rangkaian 4G LTE serta menggunakan sistem operasi MIUI 8.0 berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow.

Untuk pilihan warna, Redmi 4X ini mempunyai warna Matte Black dan Champagne Gold.

Comments

comments

Share