• Home »
  • Samsung »
  • Samsung Galaxy S8/S8+ akan dijual di Malaysia pada harga RM3299 dan RM3699

Samsung Galaxy S8/S8+ akan dijual di Malaysia pada harga RM3299 dan RM3699

Samsung Galaxy S8/S8+ akan dijual di Malaysia pada harga RM3299 dan RM3699

Pra-tempahan untuk Samsung Galaxy S8/S8+ akan bermula dari April 11 hingga 13 kelak di Malaysia. Samsung Malaysia telah secara rasminya mengumumkan harga jualan untuk kedua-dua telefon pintar terbaru ini: Galaxy S8 berharga RM3299 dan Galaxy S8+ pula dijual pada harga RM3699.

Bagi mereka yang membuat pratempahan dulu, anda akan menerima beberapa ganjaran tambahan menarik yang bernilai lebih daripada RM900. Ganjaran yang lumayan untuk pratempahan kali ini termasuk sebuah clear cover, pelindung skrin, pengecas tanpa-wayar, dan juga powerbank 5100mAh.

Lebih-lebih lagi, semua pra-tempahan Galaxy S8 dan juga Galaxy S8+ turut hadir dengan penawaran Samsung Protection Plus yang menawarkan perlindungan jaminan selama 1 tahun untuk kerosakkan skrin (screen crack) disebabkan kemalangan yang menawarkan gantian sekali selama setahun, dan juga tambahan jaminan peranti selama setahun.

Jika anda berminat, anda hanya perlu menyertakan deposit sebanyak RM300 melalui kad kredit atau debit untuk pra-tempahan, dan boleh mendapatkan telefon pintar mereka bermula 4 Mei 2017 kelak.

Anda boleh tandakan halaman pra-tempahan Samsung, dan bersedia untuk membuat pra-tempahan pada 11 April 2017 kelak.

SUMBER RUJUKAN

Comments

comments

Share