Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Alcatel Flash Plus 2 akan dilancarkan secara rasmi 17 Mei ini

alcatel flash plus 2

Alcatel dilihat akan melancarkan telefon pintar baru ke pasaran Asia Tenggara tidak lama lagi dan model telefon pintar yang kami maksudkan adalah Flash Plus 2.

Buat masa ini kami tidak mempunyai sebarang maklumat spesifikasi telefon pintar ini namun ianya dijangka akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan juga memiliki sensor capjari.

Sempena pelancaran Flash Plus 2 ini anda juga berpeluang memenangi salah satu daripada 5 unit telefon pintar ini.

Berikut adalah cara untuk anda memenangi Flash Plus 2 ini.

  1. Daftar akaun anda di http://live.flash3c.com/flash-plus-2/, anda akan mendapat satu penyertaan2. Like lama FB Flash Global atau kongsikan berita ini kepada rakan anda di Facebook, Twitter atau Google+ untuk mendapat tiga lagi penyertaan cabutan bertuah.
  2. Anda hanya layak menyertai cabutan bertuah ini satu kali sehari
  3. Sebanyak 5 unit telefon pintar Flash Plus 2 akan diberikan
  4. Kempen ini boleh disertai oleh peminat Flash di Indonesia, India, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam;
  5. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel atau mesej di Facebook.
  6. Penghantaran hadiah akan dibuat didalam masa 30 hari selepas kempen ini tamat.

Alcatel Flash Plus 2 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Mei ini dan anda juga berpeluang menontonya secara langsung di pautan ini > Flash 2

Flash Plus 2 ini dijangka akan ditawarkan melalui Lazada seperti telefon pintar Alcatel lain.

Comments

comments