Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Alcatel Flash Plus 2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia – dari RM 599

 

flash 2

Alcatel secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu Flash Plus 2 dan hanya seminggu selepas dilancarkan, Flash 2 Plus kini telah tiba ke pasaran tempatan.

Flash Plus 2 ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (401ppi) , pemproses octa-core Helio P10 , dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 2GB/16GB dan 3GB/32GB.

Selain itu, Flash Plus 2 ini turut hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan flash dwi-tona manakala kamera selfie adalah 5MP dan menariknya unit kamera hadapan ini juga turut dilengkapi dengan flash LED.

Selain itu, Flash Plus 2 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh ( dilengkapi pengecasan pantas yang didakwa 3x lebih pantas berbanding pengecasan biasa) , sistem operasi Android Marshmallow , slot microSD ( tambahan sehingga 128GB memori ) , sokongan 4G LTE Wi-Fi 802.11b/g/n , slot dwi-SIM dan pembesar suara audio AKM4375 Chipset+NXP9890 Audio Amplifier.

Flash Plus 2 juga mempunyai sensor capjari pada butang ‘home’ hadapan dan ianya akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas.

Harga penjualan Flash Plus 2 adalah RM 599 bagi versi 2GB RAM/16GB ROM manakala versi 3GB RAM + 32GB ROM pula akan ditawarkan pada harga RM 749.

Tempahan bagi versi 2GB RAM + 16 ROM kini telah dibuka di Lazada Malaysia dan penghantaran bagi peranti ini akan dibuat mulai 1 Jun 2016 ( dua warna – emas dan perak).

Dalam pada itu versi 3GB RAM + 32GB ROM akan mula ditawarkan di pasaran tempatan mulai bulan Julai 2016.

tempah Flash Plus 2 melalui Lazada di SINI

SVb4VAA BKaBF5m uZEh2dH OlSSUsN 7PwgDBh 8Vo56S5 3O20qGu VXIcd2q qAV42rI xtsLrq2 MsOR2YN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.