Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P9 bakal dilancarkan pada 9 Mac ini

huawei p9

Huawei adalah antara syarikat pengeluar telefon pintar yang tidak melancarkan telefon pintar utama mereka di Mobile World Congress yang berakhir minggu lalu dan nampaknya kita tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan telefon pintar terbaru syarikat ini dilancarkan.

Huawei telah mula memberikan kita petunjuk bahawa syarikat China ini akan mengadakan satu majlis pelancaran khas di Berlin, Jerman minggu hadapan iaitu pada 9 Mac 2016.

Selain memberikan kita tarikh dan lokasi pelancaran ini diadakan, Huawei tidak mendedahkan sebarang makluma mengenai apa-apa namun terdapat satu gambar yang menunjukkan Bir dituang ke dalam gelas dengan perkataan Beer diletakkan dibawah ( kami tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh Huawei).

Jika ianya adalah satu majlis pelancaran telefon pintar, calon sesuai untuk dilancarkan adalah Huawei P9 dan dengan tarikh juga mempunyai angka 9 , ini memberikan kita lebih banyak bukti kukuh bahawa Huawei P9 akan dilancarkan minggu hadapan.

Huawei P9 telah mula diperkatakan dengan hangat sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan terdapat juga khabar angin yang mengatakan ianya akan dilancarkan pada bulan Mac 2016.

Selain itu, Huawei P9 ini dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses HiSillicon Kirin 950 , 3GB RAM , bateri berkapasiti 3,900mAh , dan kamera utama berkembar ( menggunakan teknologi Leica)

Huawei P9 ini dijangka akan memasuki pasaran sekitar bulan April dan kita di Malaysia mungkin menerimanya sekitar bulan Mei atau Jun 2016.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.