Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Huawei P9 telah didedahkan

b4a56101gw1f119g9ocloj20p00ei3zv

Telefon pintar utama Huawei bagi tahun 2016 iaitu Huawei P9 dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini dan ianya dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang lebih ‘bulat’ berbanding Huawei P8.

Huawei P8 akan hadir dengan reka bentuk panel berasaskan gelas 2.5D pada bahagian hadapan manakala panel belakang dijangka akan diperbuat daripada keluli.

Selain itu, Huawei P9 dijangka akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemporses HiSillicon Kirin 950 yang berkuasa tinggi , 4GB RAM dan 32 atau 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Huawei P9 ini juga dijangka akan hadir dengan kamera utama 12MP ( mungkin sama seperti kamera yang dimiliki oleh Nexus 6p) namun teknologi kamera berkembar. kamera selfie Huawei P9 ini adalah 8MP.

Huawei P9 ini juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh , 4G LTE , Android Marshmallow dan sensor capjari.

Telefon pintar ini dijangka tidak akan membuat sebarang penampilan umum di Mobile World Congress yang akan berlangsung minggu hadapan dan pelancarna pada bulan April atau Mei 2016 dilihat satu kemungkinan yang besar.

Huawei juga telah dilaporkan akan melancarkan model pengganti kepada semua model yang dilancarkan tahun lalu dan ianya mungkin akan mempunyai nama Huawei P9, P9 Lite dan P9 Max.

Seperti tahun lalu, kita mungkin dapat menyaksikan telefon pintar utama Huawei ini ditawarkan di pasaran Malaysia sekitar bulan Jun 2016.

b4a56101gw1f119g5xhquj20p00kjgn4 b4a56101gw1f119g4squjj20p00jq75p b4a56101gw1f119g8q0zlj20p00h975g b4a56101gw1f119g77p7hj20p00jzgn2 b4a56101gw1f119gbhhbwj20p00f7gn9

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.