Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rangka besi Xiaomi Mi 5 tersebar – dilancarkan 24 Februari 2016

xiaomi mi 5-1

Selepas ditunggu hampir 18 bulan, Xiaomi telah mengesahkan bahawa generasi terbaru telefon pintar utama mereka iaitu Xioami Mi 5 akan dilancarkan pada 24 Februari dan proses pengilangan telefon pintar ini juga sudah pastinya sudah bermula khususnya bagi menepati permintaan yang dijangka sangat menggalakan.

Laporan terbaru ini adalah untuk memberikan anda satu gambar yang menunjukkan kita rangka Xioami Mi 5 yang hadir dengan reka bentuk berasakan besi yang sama seperti pada Apple iPhone 6s dan HTC One A9.

Selain itu, Xioami Mi 5 juga kelihatan akan hadir dengan pengecas MicroUSB dan bukanya slot slot USB-Type C.

Xioami Mi 5 dilihat akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci dengan resolusi 1080 x 1920 dan akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 3GB RAM/32GB ROM dan 4GB RAM/64GB ROM.

Selain itu, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan kamera 16MP pada bahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Xiaomi Mi 5 akan juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,030mAh yang turut menyokong pengecasan pantas dan sistem operasi Android Marshmallow dengan MIUI 7.

Xiaomi Mi 5 akan hadir didalam dua versi dimana satu versi adalah menggunakan besi dengan skrin paparan yang rata manakala satu lagi model mungkin memiliki skrin paparan melengkung.

kami berharap Xiaomi akan menawarkan Mi 5 dengan lebih cepat ke pasaran Malaysia.

sumber

xiaomi mi 5-3 xiaomi mi 5-2 xiaomi mi 5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.