• Home »
  • LeTV »
  • LeTV Max Pro akan hadir dengan sensor capjari ultrasonik Qualcomm

LeTV Max Pro akan hadir dengan sensor capjari ultrasonik Qualcomm

letv-max-pro-las-vegas-ces-2016

Hampir setiap hari pasti ada sahaja nama pengeluar baru telefon pintar dari China akan mengisi berita kami, beberapa minggu lalu Oukitel mencuri tumpuan dunia apabila melancarkan telefon pintar K10000 yang mampu bertahan 15 hari tanpa dicas semula.

Kini LeTV dikatakan akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka dan syarikat ini juga dilihat mempunyai satu unit telefon pintar yang mampu menarik perhatian pasaran telefon pintar global dengan model telefon pintar mereka yang dikenali sebagai LeTv Max Pro.

LeTV Max Pro kini dikatakan akan hadir dengan sensor pengesan capjari Ultrasonik dan IRIS.

Ujian AnTuTu LeTV Max Pro telah mendedahkan bahawa telefon pintar ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, skrin paparan QHD 5.5-inci, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, kamera utama 21MP, kamera selfie 4MP dan tidak lupa sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Satu lagi petanda bahawa LeTV mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi terhadap LeTv adalah peranti ini akan diperkenalkan di Las Vegas pada 5 Januari 2016 iaitu sehari sebelum CES bermula pada 6 Januari 2016.

Pelancaran telefon pintar LeTV Max Pro juga membuktikan bahawa syarikat ini komited untuk menawarkan produk terbaru mereka ini di pasaran Antarabangsa dan bukan hanya eksklusif di pasaran China sahaja.

Kami akan membawakan anda maklumat penuh daripada majlis pelancaran ini pada 5 Januari 2016 di MobileFokus.com

sumber

LeTV Max Pro

 

Comments

comments

Share