Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oukitel K10000 dilancarkan – mempunyai jangka hayat bateri sehingga 10 hari

image

Isu yang paling menghantui pengguna telefon pintar adalah masalah kehabisan bateri yang mana telefon pintr anda harus di cas kurang daripada 6-12 jam selepas anda melakukan pengecasan penuh.

Masalah ini dilihat bakal diselesaika oleh satu pengeluar telefon pintar baru dan pengeluar ini juga berpangkalan di China yang merupakan pasaran telefon pintar terbesar diduni.

Oukitel adalah satu nama yang anda mungkin tidak pernah dengan sebelum ini namun ianya dijangka akan mula dikenali tidak lama lagi.

Oukitel secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar K10000 dan nombor pada model ini mendedahkan sesuatu yang besar dimiliki oleh telefon pintar ini.

Oukite K10000 ini hadir dengan bateri berkapasiti 10,000mAh yang mana syarikat ini menjanjikan jangka hayat bateri 10 hingga 15 hari tanpa perlu anda mengecas semula.

Dakwaan ini adalah sesuatu yang luar biasa memandangkan secara puratanya setiap unit telefon pintar dijangka akan perlu dicas semula didalam masa 24 jam namun telefon pintar Oukitel ini dikatakan mampu bertahan sehingga 15 hari didalam satu pengecasan.

Walaubagaimanapun, bateri 10,000mAh yang dimiliki oleh Oukitel K10000 bukan satu-satunya sebab kenapa telefon pintar ini mampu bertahan sehingga 10-15 hari tanpa pengecasan.

Selain bateri, ianya dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan yang mana setiap komponen yang dimiliki telefon pintar ini dipilih dengan memfokuskan kepada pengunaan tenaga yang efisen.

Oukitel K10000 hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.5-inci, pemproses quad-core 1GHz daripada MediaTek, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan slot microSD.

Dari segi kamera pula, Oukitel K10000 hadir dengan kamera utama 8MP manakala kamera selfie telefon lintr ini adalah 2MP.

Walaupun hadir dengan skrin paparan yang besar dan bateri berkapasiti tinggi yang semestinya memerlukan lebih banyak ruang, Oukitel K10000 ini mempunyai berat keseluruhan 184gram yang mana ianya lebih ringan daripada Apple iPhone 6s Plus.

Walaupun tidak mempunyai spesifikasi yang mampu bersaing bersama gergasi industri pasaran telefon pintar, Oukitel menawarkan sesuatu yang tidak mampu ditawarkan oleh pengeluar seperti Samsung dan Apple.

Oukitel K10000 kini ditawarkan untuk tempahan melalui GearBest pada harga $239.99 (RM 1,035) dan penghantaran keseluruh dunia akan bermula selepas 30 Januari 2016.

sumber

image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.