Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BlackBerry Priv akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember ini


Blackberry Priv Malaysia

Telefon pintar BlackBerry yang hangat diperkatakan di pasaran iaitu BlackBerry Priv telah disahkan akan dilancarkan di pasaran Malaysia minggu hadapan.

Telefon pintar pertama Android daripada BlackBerry ini akan dilancarkan pada 8 Disember ini iaitu pada hari yang sama telefon pintar yang menawarkan pengalaman Android yang asli iaitu Nexus 6P akan dilancarkan.

Jika BlackBerry melancarkan peranti Android pertama mereka, Huawei pula melancarkan peranti Nexus pertama mereka yang dikeluarkan dengan kerjasama Google.

BlackBerry Priv diangkat sebagai antara telefon pintar terbaik pernah dikeluarkan oleh syarikat ini dan model telefon pintar ini hadir hasil gabungan beberapa model ikonik BlackBerry termasuk BlackBerry Storm yang memiliki papan kekunci luncur ‘slide keyboard’.

Bercakap mengenai spesifikasi model ini, BlackBerry Priv akan memiliki skrin paparan melengkung OLED berukuran 5.4-inci dengan resolusi QHD (2560 x 1440 piksel), pemproses Qualcomm Snapdragon 808, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,410mAh.

Selain itu, dari segi kamera pula BlackBerry Priv hadir dengan kamera belakang 18MP yang turut hadir dengan OIS, pemfokusan PDAF dan sokongan rakaman video 4K. Dalam pada itu, kamera hadapan Priv hanyalah unit kamera 2MP.

Selain itu, BlackBerry Priv turut hadir dengan sokongan 4G LTE, slot microSD ( sehingga 2TB) dan aplikasi pengesan masalah privasi dan keselamatan DTEK.

BlackBerry Priv yang mula dijual di pasaran utama dunia mempunyai harga penjualan $699 atau sekitar RM2956 dan itu belum lagi mengambil kira cukai GST.

Kami meramalkan telefon pintar BlackBerry Priv ini akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 3,099 – RM 3,199 termasuk GST di Malaysia.

PrivBb Priv MalaysiaBlackberry Priv ScreenimageBlackberry priv cameraBlackberry Priv 4k videoBlackberry PrivDTEK BB Priv

Blackberry

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.