Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar baru 24 November ini – Mi 5?

xiaomi mi 5 launch-2

Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa satu majlis pelancaran produk baru akan diadakan di China pada 24 Novemberiaitu 7 hari dari sekarang.

Walaupun tiada sebarang maklumat mengenai apakah produk yang akan dilancarkan oleh Xioami minggu hadapan, adalah logik untuk kita menjangkakan pelancaran telefon pintar utama syarikat ini iaitu Xiaomi Mi 5.

Xiaomi Mi 5 telah hangat diperkatakan dan dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820 yang dilancarkan baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, kami menasihatkan anda supaya sentiasa berhati-hati didalam meletakkan harapan yang tinggi untuk menyaksikan Mi 5 dilancarkan minggu hadapan kerana Xiaomi mungkin melancarkan model lain.

Dalam pada itu, pengasas bersama Xiaomi, Lin Bin telah memuat turun satu lagi gambar yang memperlihatkan kita satu model seakan-akan telefon pintar dengan logo Mi.

xiaomi mi 5 launch

peminat produk Xiaomi di China juga boleh menghadiri majlis pelancaran ini dengan membeli tiket dijual yang akan dijual mulai esok pada harga CNY 199 (RM 136) dan hanya terhad kepada 500 tiket.

xiaomi mi 5 launch-1

Majlis pelancaran Xioami ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa China pada 24 November ini dan kami akan melaporkan yang terkini daripada majlis pelancaran itu kelak.  Xiaomi Mi 5 jika dilancarkan dijangka akan ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran lain namun kami pasti versi antarabangsa telefon pintar utama Xioami ini juga akan dilancarkan selepas kebanyakkan pasaran utama tidak mendapat Xiaomi Mi 4.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.