Samsung Bawa Galaxy Z8 Foldable Series ke Stesen MRT TRX, Peluang Menang Galaxy Z Fold8 Ultra Menanti Pengunjung


Dengan semakin banyak jenama menyertai kategori telefon pintar boleh lipat, Samsung mengajak rakyat Malaysia melihat sendiri sejauh mana teknologi ini telah berkembang. Dari 9 hingga 11 Oktober 2026, Samsung akan mengadakan kempen activation Galaxy Z8 Foldable Series selama tiga hari di stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), memberikan peluang kepada penumpang dan pengunjung untuk melihat lebih dekat inovasi terbaharu Galaxy Z8 Series serta memenangi hadiah menarik.
Tiga hari, tiga pusingan setiap hari dan sebuah Galaxy Z Fold8 Ultra untuk dimenangi dalam setiap pusingan.
Berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober, activation ini akan menampilkan tiga pusingan setiap hari, iaitu pada pukul 10.00 pagi, 12.30 tengah hari dan 3.00 petang. Pengunjung berpeluang menyertai aktiviti yang dianjurkan dan memenangi pelbagai hadiah menarik, termasuk sebuah Galaxy Z Fold8 Ultra bagi setiap pusingan, selain barangan eksklusif Samsung yang lain.
Lokasi: Lower Concourse, Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX)
Tarikh: 9 hingga 11 Oktober 2026
Waktu aktiviti harian: 10.00 pagi, 12.30 tengah hari dan 3.00 petang
Hadiah: Sebuah Galaxy Z Fold8 Ultra bagi setiap pusingan serta barangan eksklusif Samsung yang lain.
Cara menyertai
- Kunjungi kaunter pendaftaran di Lower Concourse untuk mendapatkan satu (1) kad activation.
- Cari kad hadiah tersembunyi dan pilih mana-mana satu (1) kad.
- Sahkan kad activation dan kad hadiah di kaunter pendaftaran.
- Tebus hadiah anda di Samsung Experience Store, The Exchange TRX.
Sejak memperkenalkan telefon pintar boleh lipat pertamanya pada 2019, Samsung telah bertahun-tahun membangunkan teknologi ini dengan menambah baik pengalaman penggunaan peranti boleh lipat serta meneroka cara baharu untuk pengguna memanfaatkan telefon pintar mereka. Melalui beberapa generasi produk, siri Galaxy Z terus berkembang seiring dengan keperluan pengguna, menawarkan skrin yang lebih besar, serba boleh dan tahan lasak, keupayaan produktiviti yang dipertingkatkan serta kemudahan peranti yang sesuai digunakan dalam kehidupan seharian.
Galaxy Z8 Series terbaharu meneruskan perkembangan ini dengan inovasi yang direka untuk menjadikan penggunaan harian lebih fleksibel dan mudah. Selain reka bentuk boleh lipat, ciri seperti Smart Switch memudahkan pengguna memindahkan kenalan, foto dan data peribadi lain apabila beralih kepada peranti Galaxy. Proses ini boleh dilakukan hanya dengan mengimbas kod QR tanpa memerlukan aplikasi atau kabel tambahan.
Sementara itu, Quick Share yang kini turut menyokong perkongsian dengan AirDrop memudahkan pengguna berkongsi foto, video dan fail dengan peranti yang serasi. Gabungan ciri ini menjadikan proses bertukar kepada telefon pintar baharu serta berkongsi kandungan antara peranti lebih mudah dan lancar.
Kemasukan lebih banyak jenama ke dalam kategori telefon pintar boleh lipat turut menandakan perkembangan menarik dalam industri ini. Seiring peningkatan kesedaran dan minat pengguna terhadap reka bentuk tersebut, Samsung melihat peluang untuk memperkenalkan teknologi boleh lipat kepada lebih ramai pengguna. Pilihan yang semakin pelbagai memberikan lebih banyak peluang kepada pengguna untuk meneroka manfaat telefon pintar boleh lipat dalam kehidupan seharian.
Menerusi activation di stesen MRT TRX, penumpang dan orang ramai berpeluang merasai sendiri kelebihan teknologi ini. Aktiviti tersebut membawa peranti Galaxy Z terbaharu Samsung ke lokasi yang dekat dengan rutin harian masyarakat, sekali gus membolehkan orang ramai meneroka dan mencuba teknologi ini secara langsung, bukan sekadar membacanya.
