HONOR X9e Pro diuji dalam empat cabaran ekstrem ketenteraan – buktikan ketahanan tahap tinggi

Berinspirasikan disiplin, ketahanan dan semangat tidak mudah berputus asa yang sinonim dengan latihan ketenteraan, HONOR Malaysia menguji HONOR X9e Pro menerusi empat cabaran ekstrem dalam siri komersial terbaharunya.
Empat cabaran tersebut merangkumi survival hutan dan fieldcraft, penembakan tepat, litar halangan ala ketenteraan serta cabaran ketahanan dalam air. Dalam setiap situasi, HONOR X9e Pro berdepan hentakan, jatuhan, lumpur dan pendedahan kepada air, namun kekal berfungsi selepas setiap ujian.
Ujian ini mengetengahkan teknologi Extreme Armor-Tough Durability dan Ultra-Tough Water Resistance, yang direka untuk menghadapi kemalangan harian seperti telefon terjatuh, terkena hentakan atau terdedah kepada air.
Misi 1: Survival Hutan & Fieldcraft
Dalam cabaran pertama, HONOR X9e Pro dibawa ke persekitaran hutan yang mencabar. Telefon ini dijatuhkan ke atas batu sebelum terjatuh ke dalam air, selain digunakan untuk memecahkan buah kelapa, memberikan hentakan tambahan kepada peranti.
Ketahanan ini disokong oleh Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0, yang membolehkan telefon bertahan daripada jatuhan sehingga 3 meter sambil mengurangkan kerosakan skrin sehingga 82%.
HONOR X9e Pro turut menerima SGS 5-Star Certification for Drop Resistance in Harsh Conditions, mengesahkan tahap ketahanannya terhadap jatuhan dalam keadaan mencabar.
Misi 2: Precision Shooting
Cabaran kedua menguji perlindungan skrin HONOR X9e Pro dalam situasi berimpak tinggi. Telefon ini menggunakan full high-energy shear-resistant adhesive coverage, yang menawarkan kira-kira 10 kali ganda kekuatan lekatan bagi memastikan struktur skrin kekal kukuh ketika berlaku hentakan.
Struktur ini turut menyumbang kepada peningkatan 0.5 meter dalam tahap ketahanan jatuhan keseluruhan, selain digabungkan dengan seni bina yang diperkukuh dan Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap kerosakan skrin.
Misi 3: Litar Halangan Ala Ketenteraan
Misi ketiga membawa HONOR X9e Pro melalui litar halangan yang memerlukan peserta memanjat, merangkak dan bergerak melalui pelbagai halangan.
Dalam proses tersebut, telefon ini mengalami jatuhan ke permukaan keras dan diliputi lumpur, namun masih berfungsi sepenuhnya.
Ujian ini menunjukkan bahawa ketahanan HONOR X9e Pro bukan sekadar untuk mencegah kerosakan, tetapi direka supaya peranti mampu terus berfungsi apabila kemalangan berlaku — sesuatu yang relevan ketika pengguna berulang-alik, melancong, bersukan, mendaki atau menjalani aktiviti harian.
Misi 4: Ketahanan Dalam Air
Cabaran terakhir menguji kemampuan HONOR X9e Pro dalam air. Dalam cabaran selama lima minit, peserta perlu membebaskan tangan yang diikat, membawa dumbbell seberat 6kg melalui air dan mendapatkan semula HONOR X9e Pro yang ditenggelamkan.
Telefon tersebut turut digunakan sebagai pemasa kira detik sepanjang cabaran dan kekal berada di dalam air sehingga misi selesai.
HONOR X9e Pro hadir dengan pensijilan IP68, IP69 dan IP69K, serta seni bina berbilang ruang yang diinspirasikan oleh struktur kapal selam. Ia direka untuk menahan pendedahan air pada kedalaman sehingga 10 meter.
Selepas dikeluarkan dari air, telefon tersebut masih berfungsi sepenuhnya.
Ketahanan ekstrem untuk kegunaan harian
Walaupun empat cabaran ini jauh melampaui situasi penggunaan biasa, ia mencerminkan kemalangan yang boleh berlaku dalam kehidupan seharian — daripada telefon terjatuh, terkena hentakan dan lumpur, sehinggalah terkena hujan atau terjatuh ke dalam air.
Menerusi ujian ekstrem ini, HONOR mahu menunjukkan bagaimana teknologi ketahanan pada HONOR X9e Pro direka untuk memberikan keyakinan lebih tinggi apabila pengguna berdepan perkara tidak dijangka.
Selaras dengan kedudukannya sebagai “Pilihan Utama Rakyat Malaysia”, HONOR turut mengetengahkan nilai ketahanan, kecekalan dan semangat untuk terus bergerak ke hadapan — ciri yang dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia.
HONOR X9e Pro mula dijual 9 Oktober
HONOR X9e Pro akan mula dijual di seluruh Malaysia pada 9 Oktober 2026.
Sempena jualan pertama, pembeli akan menerima:
- HONOR Watch 6i secara percuma
- 730 hari perlindungan penggantian skrin hadapan dan belakang akibat retak
- 730 hari perlindungan kerosakan akibat cecair
- 1 tahun waranti tambahan
- Jumlah nilai ganjaran sehingga RM1,326
- Rebat RM100 dengan bayaran penuh
HONOR X9e Pro ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Royal Purple, Reddish Brown, Dawn Gold dan Midnight Black. Ianya ditawarkan pada harga RM1,899 bagi versi 8/256GB manakala versi 8/512GB akan ditawarkan pada harga RM2,399.






