Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series – Antara Tablet Premium Terbaik Android

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series - Antara Tablet Premium Terbaik Android 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series - Antara Tablet Premium Terbaik Android 2

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan dua model tablet kelas flagship terbaharu syarikat ini iaitu Galaxy Tab S12 Ultra dan Galaxy Tab S12+ yang secara asasnya melengkapkan portfolio produk bagi tahun 2026.

Walaupun tampil dengan penambahbaikan yang minima berbanding generasi sebelum ini, ianya dilhat penting untuk mengekalkan Galaxy Tab Series sebagai tablet premium terbaik untuk hiburan dan produktiviti.

Berikut adalah pandang pertama Samsung Galaxy Tab S12 Series yang ditawarkan didalam dua model iaitu Galaxy Tab S12 Ultra dan Galaxy Tab S12+.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series - Antara Tablet Premium Terbaik Android 3

Cip Dimensity 9500 – Galaxy Tab Paling Berkuasa Pernah Dilancarkan

Samsung Galaxy Tab S12 Series tampil dengan prestasi paling berkuasa pernah ditawarkan pada siri Galaxy Tab, membolehkannya mengendalikan tugasan intensif dengan lebih lancar. Pemproses 3nm terbaharu daripada MediaTek ini menawarkan peningkatan sehingga 61% dalam pemprosesan NPU, 19% prestasi CPU dan 17% prestasi GPU berbanding Galaxy Tab S11 Ultra.

Dalam penggunaan harian, peningkatan ini membolehkan pengguna melakukan lebih banyak tugasan yang mencabar dengan kelajuan dan respons yang lebih pantas. Sama ada ketika merender projek kreatif yang kompleks, menonton kuliah sambil mencatat nota atau mendapatkan penjelasan daripada AI, pengalaman penggunaan kekal lancar dan responsif dengan gangguan yang minimum.

Selain itu, Galaxy Tab S12 Series turut dilengkapi 3D Vapor Chamber yang direka semula bagi menyalurkan dan menghilangkan haba dengan lebih cekap. Sistem penyejukan ini membantu mengekalkan prestasi yang lebih stabil ketika melakukan tugasan berat untuk tempoh yang lama, termasuk menyunting video atau rekaan grafik.

Seperti barisan telefon pintar flagship Galaxy S Series, Galaxy Tab S12 Series turut akan menerima sehingga 7 tahun kemaskini Android OS dan keselamatan.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series - Antara Tablet Premium Terbaik Android 4

Skrin Dynamic AMOLED 2x dengan Seamless Vision Booster

Galaxy Tab S12 Series hadir dengan paparan yang luas yang memberikan lebih banyak ruang kepada pengguna untuk bekerja, meneroka idea dan melihat pelbagai kandungan dengan lebih jelas.

Galaxy Tab S12 Ultra dilengkapi skrin paparan 14.6-inci, menawarkan ruang yang luas untuk mengendalikan tugasan kompleks serta melihat pelbagai maklumat pada satu-satu masa.

Sementara itu, Galaxy Tab S12+ pula tampil dengan skrin paparan 12.6-inci dengan bezel yang lebih nipis berbanding model sebelumnya, memberikan ruang paparan yang lebih luas dalam profil yang masih mudah dibawa.

Kedua-dua model ini menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X dengan kecerahan puncak sehingga 1,600 nits, memastikan visual kekal terang, jelas dan lebih hidup sama ada digunakan di dalam atau di luar bangunan.

Samsung turut menaik taraf sistem Vision Booster yang kini melaraskan tahap kecerahan skrin secara masa nyata mengikut keadaan pencahayaan sekeliling. Ini membantu memastikan kandungan pada skrin kekal mudah dilihat dan selesa untuk mata dalam pelbagai situasi.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series - Antara Tablet Premium Terbaik Android 5

Tablet Pertama Android dengan sokongan Adobe Photoshop

Samsung Galaxy Tab S12 Series menjadi tablet Android pertama dipasaran untuk memiliki aplikasi Adobe Photoshop yang

menawarkan pengalaman penyuntingan imej dan reka bentuk bertaraf profesional terus pada tablet.

Selain itu, UI Photoshop ini juga dioptimumkan untuk tablet, manakala sokongan S Pen menjadikan proses menterjemahkan idea daripada lakaran tangan ke skrin lebih intuitif.

Lebih lanjut, Adobe Photoshop turut dilengkapi ciri berkuasakan AI termasuk AI Assistant serta ciri AI generatif berasaskan Adobe Firefly seperti Generative Fill dan Image to Video, membantu pengguna kreatif melakukan suntingan dengan lebih pantas dan mudah.

Khusus untuk Galaxy Tab S12 Series, pengguna turut menerima akses percuma selama empat bulan kepada pelan Photoshop Mobile.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series - Antara Tablet Premium Terbaik Android 6

Rekaan yang nipis

Samsung Galaxy Tab S12 Ultra merupakan tablet Galaxy Tab paling nipis pernah dihasilkan Samsung, iaitu dengan ketebalan hanya 5.1mm bersama berat sekitar 692 hingga 695 gram.

Sementara itu, Galaxy Tab S12+ pula hadir dengan dengan ketebalan hanya 5.3mm bersama berat sekitar 553 hingga 555 gram, menjadikannya pilihan yang lebih ringan dan mudah dibawa.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series - Antara Tablet Premium Terbaik Android 7

Bateri Tahan Sepanjang Hari

Dari segi bateri, Samsung Galaxy Tab S12 Ultra dilengkapi kapasiti 11,600mAh, manakala Galaxy Tab S12+ pula hadir dengan bateri 10,600mAh. Kedua-duanya direka untuk menyokong penggunaan sepanjang hari, membolehkan pengguna terus bekerja atau menikmati kandungan tanpa terlalu kerap memikirkan pengecasan.

Dalam penggunaan harian, Galaxy Tab S12 Ultra mampu menawarkan hayat bateri sehingga 23 jam dengan sekali pengecasan, manakala Galaxy Tab S12+ pula mampu bertahan sehingga 21 jam. Ini menjadikannya lebih praktikal untuk tugasan produktiviti yang panjang, terutama ketika digunakan di luar pejabat atau ketika bergerak.

Apabila tiba masa untuk mengecas, kedua-dua tablet ini menyokong pengecasan Super Fast Charging 45W yang mampu mengecas bateri daripada 0 hingga 100 peratus dalam kira-kira 95 minit. Tempoh pengecasan ini membantu mengurangkan masa menunggu, sekali gus membolehkan pengguna kembali kepada rutin mereka dengan lebih pantas.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S12 Series - Antara Tablet Premium Terbaik Android 8

Dapatkan Samsung Galaxy Tab S12 Series

Samsung Galaxy Tab S12 Series telah mula ditawarkan di Malaysia dadi 7 Oktober 2026, dengan pilihan warna Gray dan Silver. Dari segi harga, Galaxy Tab S12 Ultra 256GB WiFi ditawarkan pada RM5,999, manakala Galaxy Tab S12+ bermula pada RM4,999. Untuk versi 5G pula, Galaxy Tab S12 Ultra 256GB berharga RM6,649 dan Galaxy Tab S12+ pada RM5,649.

Bagi tempoh promosi dari 7 Oktober hingga 8 November 2026, pembeli yang layak boleh mendapatkan Galaxy Tab S12 Series dengan bayaran serendah RM127.75 sebulan. Menariknya, pembelian turut disertakan aplikasi bernilai RM1,123.58 seperti Gemini, Adobe Photoshop, Notability dan iQIYI, selain Book Cover Keyboard serta S Pen bernilai sehingga RM1,208.

Samsung turut menawarkan rebat sehingga RM500 ketika pembayaran menggunakan kad debit atau kredit bank terpilih, atau melalui SPayLater.

Dapatkan Samsung Galaxy Tab S12 Series di : Samsung Malaysia 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.