Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G – Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 1

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 2

Pengenalan

HONOR X9e Pro adalah generasi baharu HONOR X series yang merupakan siri telefon pintar midrange paling popular di Malaysia selama 37 bulan berturut-turut.

Menarikya, setakat bulan Mac 2026, HONOR X Series telah mencapai 77% pegangan pasaran kelas midrange di Malaysia atau secara purata tiga daripada setiap empat telefon pintar yang dijual dalam segmen kelas pertengahan ini adalah telefon pintar HONOR X Series.

Dengan peningkatan yang lebih hebat, HONOR X9e Pro bersedia untuk meneruskan reputasi kukuh X Series sebagai Pilihan Utama Rakyat Malaysia, di samping mengukuhkan kedudukan HONOR sebagai pilihan yang dipercayai dalam kalangan pengguna Malaysia.

Bagi menjadikan ini satu realiti, HONOR X9e Pro membawakan upgrade yang menyeluruh bukan sahaja dari segi ketahanan malah turut meliputi pelbagai bahagian lain yang termasuk bateri, teknologi pengecasan dan skrin.

Berikut adalah ulasan HONOR X9e Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 3

Reka Bentuk

HONOR X9e Pro tampil dengan rekaan yang bukan sekadar menampilkan rupa yang lebih premium, tetapi HONOR turut memberi perhatian serius kepada aspek ketahanan fizikal peranti ini yang sinonim dengan reputasi ‘rugged’ HONOR X Series ini.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 4

Apa yang lebih menarik, HONOR X9e Pro dibina berasaskan HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0, yang menggunakan reka bentuk sistem suspensi penyerap hentakan yang berinspirasikan daripada F1 Halo Safety System.

Struktur ini digabungkan dengan binaan berlapis untuk membantu menyerap dan mengurangkan kesan hentakan apabila telefon pintar terjatuh.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 5

Selain itu, HONOR turut memperkenalkan New Bumper Architecture yang didakwa mampu mengurangkan risiko kerosakan skrin sehingga 82% serta menahan lebih daripada 1,000 kali jatuhan.

Perlindungan tersebut bukan hanya tertumpu pada bahagian skrin. HONOR X9e Pro turut menggunakan Full High-Energy Shear-Resistant Adhesive Coverage, yang didakwa meningkatkan kekuatan ikatan sehingga 10 kali ganda.

Dari sudut binaan, ini menunjukkan pendekatan HONOR yang lebih menyeluruh dalam memastikan komponen dalaman dan struktur peranti mempunyai perlindungan tambahan apabila berdepan hentakan.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 6

Satu lagi perkara yang agak menarik pada reka bentuk HONOR X9e Pro ialah tahap perlindungan terhadap air. Telefon ini hadir dengan IP68, IP69 dan IP69K, selain membawa ketahanan air sehingga 10 meter untuk tempoh tertentu berdasarkan ujian yang ditetapkan HONOR.

Struktur perlindungannya juga menggunakan beberapa lapisan, termasuk rangka yang membantu menahan tekanan air, lapisan penampan untuk mengurangkan tekanan serta ruang dalaman yang dimeterai sebagai lapisan pertahanan terakhir.

Menariknya, HONOR turut memposisikan X9e Pro sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang menyokong fotografi bawah air pada kedalaman freediving sehingga 10 meter tanpa memerlukan sarung tambahan.

Ini agak berbeza daripada pendekatan telefon biasa yang kebanyakannya hanya menekankan ketahanan terhadap percikan air atau rendaman pada kedalaman tertentu.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 7

Dari sudut ketahanan fizikal pula, HONOR X9e Pro direka untuk menahan jatuhan dari pelbagai sudut 360° sehingga ketinggian 3 meter, dengan ujian melibatkan lebih daripada 10 jenis permukaan seperti marmar, batu kerikil dan asfalt.

Seterusnya, HONOR X9e Peo juga telah menerima pensijilan SGS Premium Performance Drop Resistance in Harsh Conditions sebagai sebahagian daripada tuntutan ketahanan peranti ini.

Beralih kepada ukuran dimensi, HONOR X9e Pro memiliki ketebalan 8.08mm dengan berat 203g termasuk bateri yang bermaksud ianya masih mengekalkan profil yang agak kemas untuk sebuah telefon yang membawa bateri berkapasiti besar.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 8

Dari segi pilihan warna pula, HONOR X9e Pro tampil didalam warna Royal Purple, Dawn Gold, Reddish Brown dan Midnight Black. Unit ulasan yang kami terima ialah Royal Purple, dengan panel belakang menggunakan kemasan kulit vegan bersama kerangka aluminum dengan kemasan warna emas.

Secara keseluruhannya, reka bentuk HONOR X9e Pro nampak lebih berorientasikan kepada ketahanan sebenar untuk penggunaan harian, bukannya sekadar mengejar rekaan nipis dan premium.

Selain aspek binaan, HONOR turut menawarkan perlindungan tambahan melalui HONOR Rakyat Care+ Warranty.

Ini bermaksud, HONOR X9e Pro akan disertakan dengan jaminan 730-Day Front & Back Crack Protection selama dua tahun yang merangkumi perlindungan untuk paparan dan kaca kamera belakang, berbanding 365 hari pada HONOR X9d.

Lebih lanjut, jaminan 730-Day Liquid Damage Protection, di mana kerosakan akibat cecair dalam tempoh dua tahun juga layak menerima satu pembaikan percuma di pusat servis sah.

Selain itu, HONOR juga menyediakan waranti tambahan selama satu tahun tanpa caj, memberikan tempoh perlindungan keseluruhan yang lebih panjang kepada pengguna tanpa perlu membayar kos tambahan untuk mendapatkan perlindungan lanjutan.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 9

Skrin Paparan

HONOR X9e Pro hadir dengan skrin HONOR FullView Display berukuran 6.8-inci yang menawarkan resolusi 2,788 × 1,280 piksel serta kadar segar semula sehingga 120Hz.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 10

Tarikan utama skrin ini semestinya terletak pada tahap kecerahan HONOR X9e Pro iaitu sehingga 10,000 nits Ultra-High Peak Brightness, peningkatan 67% berbanding kadar maksina 6,000 nits pada HONOR X9d 5G. HONOR menyasarkan peningkatan ini untuk memberikan keterlihatan yang lebih jelas ketika berada di luar, terutamanya di bawah cahaya matahari yang terang. Pixel pada panel ini juga dikatakan 10% lebih tahan lama, menjadikannya lebih sesuai untuk penggunaan dalam tempoh yang panjang.

Selain kecerahan, skrin HONOR Full View pada X9e Pro ini turut dilengkapi ciri yang lebih praktikal seperti Wet-Hand Touch, yang membolehkan skrin terus digunakan ketika tangan atau paparan berada dalam keadaan basah. Glove Touch pula membolehkan pengguna mengendalikan telefon walaupun memakai sarung tangan. Ini menjadikan skrin X9e Pro lebih fleksibel untuk digunakan dalam keadaan tertentu seperti ketika hujan atau di luar rumah.

Lebih lanjut, HONOR juga memberi penekanan kepada aspek keselesaan mata. HONOR X9e Pro menggunakan 3840Hz Risk-free PWM Dimming untuk membantu mengurangkan kelipan skrin yang boleh dirasai pada tahap kecerahan rendah. Ia turut mempunyai Dynamic Dimming Display yang dikatakan mampu mengurangkan keletihan mata sehingga 18%, manakala Hardware-Level Low Blue Light membantu mengurangkan cahaya biru berbahaya sebanyak 5.6%.

Turut tersedia ialah Circadian Night Display untuk membantu penggunaan skrin pada waktu malam, AI Defocus Display yang dikatakan memberikan peningkatan purata 13 diopter dalam transient myopia, serta DOT Eye Comfort Protection yang membantu mengurangkan keletihan visual dengan menyebarkan peralihan terang-gelap pada imej.

HONOR turut menyediakan Ultra Dark Mode, Natural Tone Display dan Personalized Display supaya paparan boleh disesuaikan mengikut keadaan serta keselesaan pengguna.

Satu lagi ciri yang agak menarik ialah Motion Sickness Relief, yang direka untuk membantu mengurangkan rasa mabuk atau tidak selesa ketika melihat dan menatal skrin semasa berada dalam kenderaan.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 11

Pemproses

HONOR X9e Pro ini dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 5, yang merupakan cipset generasi baharu bagi Snapdragon 6 Gen 4 yang digunakana pada HONOR X9d. Pemproses ini direka untuk memberikan prestasi responsif bagi penggunaan harian termasuk komunikasi, penggunaan aplikasi, kandungan multimedia, fotografi, navigasi dan hiburan.

Selain itu, cipset ini juga dipadankan dengan 8GB RAM, bersama tambahan 16GB HONOR RAM Turbo yang menggunakan sebahagian storan untuk membantu mengekalkan lebih banyak aplikasi dalam memori dan menjadikan pengalaman berbilang tugas lebih lancar.

Untuk storan dalaman pula, HONOR X9e Pro ditawarkan dalam dua pilihan iaitu 256GB dan 512GB, jadi pengguna mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyimpan aplikasi, gambar, video dan fail tanpa terlalu cepat berdepan masalah storan penuh.

HONOR turut memperkenalkan HONOR Hummingbird Architecture 2.0, yang didakwa mampu mengekalkan pengalaman penggunaan yang lancar sehingga 72 bulan.

Seni bina ini menggunakan tiga teknologi utama, iaitu AI Trajectory Compensation untuk melaraskan respons sentuhan dan animasi secara masa nyata, Page-Level Scheduling untuk mengoptimumkan proses sistem dan mempercepatkan pembukaan aplikasi, serta Kernel Lightweight Engine yang membantu membersihkan cache latar belakang dan mengurangkan penggunaan storan yang tidak diperlukan.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 12

Dalam pada itu, HONOR X9e Pro hadir dengan MagicOS 10.0 berasaskan Android 16, dengan antaramuka yang membawa pelbagai fungsi dan penyesuaian khas HONOR di atas platform Android. Dari segi sokongan perisian pula, HONOR X9e Pro dilaporkan akan menerima 4 tahun kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 13

Kamera

HONOR X9e Pro 5G dilengkapi sistem kamera yang terdiri daripada sensor utama 108MP Ultra-Sensing Camera dengan aperture f/1.75 bersama OIS yang mencapai CIPA 6.0 Image Stabilisation, sensor ultra-wide 5MP dengan aperture f/2.2 serta kamera selfie 16MP dengan aperture f/2.45. Kamera utama ini menggunakan sensor bersaiz 1/1.67 inci dengan saiz piksel 0.64μm yang mempunyai kelebihan dari segi pengumpulan cahaya terutama ketika mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan yang kurang baik.

Salah satu ciri yang menarik pada sensor utama ialah CIPA 6.0 Image Stabilisation, yang membantu mengurangkan kesan gegaran ketika mengambil gambar. Penstabilan ini lebih ketara digunakan dalam situasi seperti fotografi malam, apabila kamera memerlukan tempoh dedahan yang lebih panjang. Sistem penstabilan ini adalah sama seperti yang digunakan pada HONOR 600 Pro.

Dari segi pemprosesan imej, HONOR X9e Pro turut hadir dengan Cloud-assisted AI Imaging yang direka untuk membantu menghasilkan gambar dengan perincian, warna dan kejelasan yang lebih baik melalui pemprosesan berasaskan awan. Ciri ini digunakan untuk beberapa senario seperti fotografi potret, pemandangan malam dan komposisi menggunakan digital zoom.

Seterusnya, HONOR turut menyediakan beberapa fungsi baharu dibawah kategori AI Enhanced Photography. Antaranya ialah AI Enhanced Night yang mengoptimumkan kualiti gambar ketika menggunakan Night Mode, manakala AI Enhanced Zoom akan meningkatkan pemprosesan imej apabila zoom melebihi 3x bagi menghasilkan imej yang lebih jelas dan tajam.

Untuk fotografi potret pula, AI Enhanced Portrait akan mengoptimumkan imej secara automatik bagi mendapatkan hasil potret yang lebih baik.

Bagi pengguna yang gemar mengambil gambar dalam keadaan bergerak, terdapat juga ciri AI Moving Photos yang merangkumi Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion.

Dalam pada itu, fungsi AI Image to Video 2.0 yang sebelum ini diperkenalkan pada HONOR 600 Series turut dibawa ke HONOR X9e Pro, membolehkan gambar statik ditukar menjadi video menggunakan pemprosesan AI serta arahan atau prompt ringkas untuk menghasilkan kandungan.

HONOR turut memberikan perhatian kepada kualiti fotografi bawah air melalui fungsi Underwater Color Tuning. Fungsi ini membantu mengurangkan kesan warna biru dan hijau yang biasanya lebih ketara ketika mengambil gambar di dalam air, sekali gus menghasilkan warna yang lebih semulajadi.

Secara keseluruhannya, sistem kamera HONOR X9e Pro 5G bukan sekadar bergantung pada resolusi 108MP, tetapi turut menggabungkan penstabilan CIPA 6.0, pemprosesan AI untuk fotografi malam, zoom dan potret, serta beberapa fungsi AI tambahan untuk menghasilkan kandungan foto dan video yang lebih kreatif.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 30

Bateri

Beralih kepada bateri, HONOR X9e Pro 5G memiliki bateri berkapasiti 11,000mAh, menjadikannya antara ciri paling mencuri tumpuan pada telefon pintat ini. Malah, HONOR menyifatkannya sebagai telefon pintar dengan bateri terbesar yang pernah ditawarkan oleh jenama tersebut, meningkat dengan ketara berbanding HONOR X9D 5G yang menggunakan bateri 8,300mAh.

Selain itu, bateri HONOR X9e Pro ini menggunakan teknologi HONOR Silicon Carbon Battery 4.0, yang menurut HONOR menawarkan jangka hayat kesihatan bateri sehingga enam tahun.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 31

Dari segi penggunaan, bateri ini dianggarkan mampu bertahan sehingga 66.8 jam untuk main balik video, 164.5 jam untuk muzik dan 35.6 jam penggunaan TikTok.

Lebih lanjut, HONOR X9e Pro juga hadir dengan pengecasan 80W HONOR SuperCharge dan 27W Reverse Charge, membolehkan X9e Pro digunakan sebagai sumber kuasa untuk mengecas peranti lain.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 32

Ini merupakan peningkatan yang baik berbanding HONOR X9D yang menyokong 66W SuperCharge serta 7.5W Reverse Charging.

Menariknya, fungsi reverse charging ini bukan sekadar untuk mengecas peranti kecil. Dengan kapasiti 11,000mAh, HONOR menunjukkan X9e Pro boleh digunakan untuk membekalkan kuasa kepada peranti lain, termasuk mengecas iPhone Air sehingga 80% dalam masa sekitar 30 minit.

Dalam pada itu, HONOR X9e Pro juga menawarkan sokongan bypass charging apabila pengguna memerlukan tenaga dibekalkan terus kepada motherboard khususnya ketika gaming

Dengan kapasiti yang lebih besar daripada kebanyakan power bank 10,000mAh konvensional, HONOR X9e Pro 5G sememangnya meletakkan bateri sebagai salah satu fokus utama peranti ini.

Selain itu, bateri HONOR X9e Pro memiliki teknologi Silicon Carbon Battery 4.0 yang menawarkan 15% kandungan silikon karbon pada bateri, pengecasan 80W dan reverse charging 27W menjadikan telefon pintar ini lebih fleksibel untuk penggunaan harian yang panjang, khususnya bagi pengguna yang kerap menonton video, bermain permainan atau menggunakan media sosial tanpa mahu terlalu bergantung kepada pengecas.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 33

Penutup

Secara keseluruhan, HONOR X9e Pro 5G menunjukkan lompatan yang sangat besar berbanding generasi sebelumnya, bukan sekadar daripada segi reka bentuk, tetapi hampir pada setiap aspek utama yang ditawarkan.

Peningkatan paling ketara dapat dilihat pada kapasiti bateri 11,000mAh berbanding 8,300mAh pada HONOR X9D, sistem kamera utama 108MP dengan CIPA 6.0, pengecasan 80W, serta pelbagai ciri AI yang menjadikan pengalaman penggunaan lebih lengkap.

Apa yang menarik, peningkatan ini tidak kelihatan seperti sekadar kemas kini kecil daripada satu generasi ke generasi seterusnya. HONOR X9e Pro hadir dengan beberapa perubahan yang benar-benar memberikan perbezaan dari segi keupayaan dan penggunaan harian.

Dalam kelasnya, telefon ini jelas dibangunkan dengan fokus kepada ketahanan luar biasa, bateri berkapasiti besar, pengalaman kamera dan ciri AI, menjadikannya satu peningkatan generasi yang agak menyeluruh.

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 34

HONOR X9e Pro kini dibuka untuk tempahan awal di Malaysia bermula 24 September hingga 8 Oktober 2026 pada harga dari RM 1,899 Sepanjang tempoh pra-tempahan, pembeli bakal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,626, termasuk HONOR Pad X7, tambahan waranti 1+1 tahun, rebat segera RM100 serta HONOR Care

ULASAN : HONOR X9e Pro 5G - Ultra Tahan Lasak dengan Bateri 11,000mAh 35

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.