Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh 1

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh 2

HONOR secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu telefon pintar midrange paling popular di Malaysia iaitu HONOR X9e Pro 5G.

HONOR X9e Pro 5G hadir dengan reputasi X Series yang sangat tinggi dimana generasi sebelum ini kini mempunyai 77% pegangan pasaran peranti midrange di Malaysia.

HONOR X9e Pro hadir dengan rekaan yang sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran harian dengan teknologi seperti HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0,  New Bumper Architecture yang didakwa mampu mengurangkan risiko kerosakan skrin sehingga 82% serta menahan lebih daripada 1,000 kali jatuhan dan Full High-Energy Shear-Resistant Adhesive Coverage, yang didakwa meningkatkan kekuatan ikatan sehingga 10 kali ganda.

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh 3

Selain itu, telefon pintar ini hadir dengan IP68, IP69 dan IP69K, selain membawa ketahanan air sehingga 10 meter untuk tempoh tertentu berdasarkan ujian yang ditetapkan HONOR.

Beralih kepada spesikasi, HONOR X9e Pro 5G hadir dengan skrin paparan HONOR FullView berukuran 6.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz bersama kecerahan maksima sehingga 10,000nits.

Dari segi dalaman, HONOR X9e Pro dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 5, bersama 8GB RAm (16GB HONOR RAM Turbo)  dan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB dan 512GB. Ianya juga hadir dengan MagicOS 10.0 yang berasaskan Android 16.

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh 4

Beralih kepada kamera, HONOR X9e Pro hadir dengan sensor utama 108MP Ultra Sensing yang memiliki penstabilan 6.0 CIPA Image Stabilisation dan sensor ultrawide 5MP serta kamera selfie 16MP.

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh 5

Seterusnya, HONOR terus menolak sempadan teknologi bateri dengan membawa bateri berkapasiti 11,000mAh pada HONOR X9e Pro 5G pada profil yang nipis dengan kandungan silikon karbon sebanyak 15%. Ia juga memiliki teknologi pengecasan 80W SuperCharge dan 27W Reverse Charge.

Dari segi pilihan warna pula, HONOR X9e Pro tampil didalam warna Royal Purple, Dawn Gold, Reddish Brown dan Midnight Black.

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh 6

HONOR turut menawarkan perlindungan tambahan melalui HONOR Rakyat Care+ Warranty.

Ini bermaksud, HONOR X9e Pro akan disertakan dengan jaminan 730-Day Front & Back Crack Protection selama dua tahun yang merangkumi perlindungan untuk paparan dan kaca kamera belakang, berbanding 365 hari pada HONOR X9d.

Lebih lanjut, jaminan 730-Day Liquid Damage Protection, di mana kerosakan akibat cecair dalam tempoh dua tahun juga layak menerima satu pembaikan percuma di pusat servis sah.

Selain itu, HONOR juga menyediakan waranti tambahan selama satu tahun tanpa caj, memberikan tempoh perlindungan keseluruhan yang lebih panjang kepada pengguna tanpa perlu membayar kos tambahan untuk mendapatkan perlindungan lanjutan.HONOR turut menawarkan perlindungan tambahan melalui HONOR Rakyat Care+ Warranty.

 

Ini bermaksud, HONOR X9e Pro akan disertakan dengan jaminan 730-Day Front & Back Crack Protection selama dua tahun yang merangkumi perlindungan untuk paparan dan kaca kamera belakang, berbanding 365 hari pada HONOR X9d.

 

Lebih lanjut, jaminan 730-Day Liquid Damage Protection, di mana kerosakan akibat cecair dalam tempoh dua tahun juga layak menerima satu pembaikan percuma di pusat servis sah.

Selain itu, HONOR juga menyediakan waranti tambahan selama satu tahun tanpa caj, memberikan tempoh perlindungan keseluruhan yang lebih panjang kepada pengguna tanpa perlu membayar kos tambahan untuk mendapatkan perlindungan lanjutan.

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh 7

HONOR X9e Pro kini dibuka untuk tempahan awal di Malaysia bermula 24 September hingga 8 Oktober 2026. Sepanjang tempoh pra-tempahan, pembeli bakal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,626, termasuk HONOR Pad X7, tambahan waranti 1+1 tahun, rebat segera RM100 serta HONOR Care.

HONOR X9e Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh 8

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.