Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic9 Pro Max kini rasmi dengan kamera 200MP, talaan ARRI dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme

Honor Magic9 Pro Max kini rasmi dengan kamera 200MP, talaan ARRI dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme 1

Screenshot

Honor Magic9 Pro Max kini rasmi dengan kamera 200MP, talaan ARRI dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme 2

HONOR secara rasmi telah memperkenalkan HONOR Magic9 Pro Max, telefon pintar flagship terbaharunya yang hadir dengan spesifikasi kelas atasan serta memberi fokus besar kepada kemampuan fotografi dan videografi.

HONOR Magic9 Pro Max  hadir dengan pelbagai spesifikasi flagship seperti cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, sistem kamera dwi-200MP, bateri berkapasiti besar 8,800mAh Si-C, pengecasan berwayar 100W serta pengecasan tanpa wayar 80W.

Honor Magic9 Pro Max kini rasmi dengan kamera 200MP, talaan ARRI dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme 3

Menariknya, HONOR turut menampilkan kerjasama dengan pengeluar kamera dari Jerman, ARRI, bagi memperkukuh keupayaan kamera dan rakaman video pada peranti ini.

HONOR Magic9 Pro Max dilengkapi sensor utama 200MP bersaiz 1/1.28 inci dengan aperture f/1.6. Ia dipadankan dengan sensor telefoto periskop 200MP bersamaan 85mm, menggunakan sensor 1/1.4 inci dan menawarkan 3.7x optical zoom.

Kamera ketiga pula merupakan sensor ultra-lebar 50MP dengan jarak fokus bersamaan 12mm.

Kedua-dua sensor utama dan sensor telefoto turut dilengkapi sistem penstabilan imej CIPA 8.0, yang menawarkan tahap kestabilan seperti gimbal. Kesemua sensor kamera juga memiliki teknologi pemprosesan imej ARRI, termasuk profil warna ARRI serta penapis video sinematik.

Selain itu, pengguna juga boleh mengubah tona dan gred warna rakaman dengan satu sentuhan untuk mendapatkan penampilan yang diinspirasikan oleh kamera sinematik ARRI.

Honor Magic9 Pro Max kini rasmi dengan kamera 200MP, talaan ARRI dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme 4

Lebih lanjut, Magic9 Pro Max turut menyokong rakaman ARRI LogC3 Curve dengan kedalaman warna 10-bit serta ruang warna ARRI Wide Gamut 3, memberikan lebih banyak fleksibiliti untuk proses suntingan warna selepas rakaman.

HONOR turut menawarkan aksesori teleconverter pilihan dengan lensa tambahan 500mm. Selain itu, terdapat sangkar kamera mudah alih daripada SmallRig yang menyediakan beberapa titik pemasangan untuk aksesori tambahan seperti grip, lampu LED dan mikrofon.

Honor Magic9 Pro Max kini rasmi dengan kamera 200MP, talaan ARRI dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme 5

Dari segi paparan, HONOR Magic9 Pro Max hadir dengan skrin LTPO OLED berukueran 6.8-inci dengan resolusi 1,320 × 2,868 piksel serta kadar segar semula berubah antara 1Hz hingga 120Hz, kecerahan puncak sehingga 2,000 nits, manakala kecerahan maksima boleh mencecah sehingga 10,000 nits ketika memainkan kandungan HDR. Nilai 10,000 nits tersebut hanya boleh dicapai pada kawasan tertentu pada skrin ketika memainkan kandungan HDR.

Untuk perlindungan, HONOR menggunakan teknologi NanoCrystal Shield yang dikemas kini dengan lapisan tambahan silicon nitride, selain salutan anti-pantulan bagi membantu mengurangkan pantulan cahaya pada skrin.

Honor Magic9 Pro Max kini rasmi dengan kamera 200MP, talaan ARRI dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme 6

HONOR Magic9 Pro Max hadir dengan MagicOS 11 berasaskan Android 17 dan turut memiliki dengan perlindungan IP69K.

Honor Magic9 Pro Max kini rasmi dengan kamera 200MP, talaan ARRI dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 Extreme 7

HONOR Magic9 Pro Max hadir akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Shadow Black, Glacier Silver dan Moss Green. Buat masa ini, harga serta maklumat penawaran antarabangsa HONOR Magic9 Pro Max masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.