Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ANC setaraf AirPods Pro 3 pada Harga RM399? Ini HUAWEI FreeBuds Neo

ANC setaraf AirPods Pro 3 pada Harga RM399? Ini HUAWEI FreeBuds Neo 1

 

ANC setaraf AirPods Pro 3 pada Harga RM399? Ini HUAWEI FreeBuds Neo 2

HUAWEI baru sahaja melancarkan sebuah earbuds premium dengan teknologi ANC terbaik pada harga dibawah RM 1000 yang ditawarkan hanya separuh harga berbanding AirPods Pro 3.

Dengan teknologi ANC setaraf AirPods 3, HUAWEI FreeBuds Neo menyasarkan pengguna yang mahukan pengalaman audio lebih imersif tanpa perlu berbelanja seperti harga earbuds premium.

ANC setaraf AirPods Pro 3 pada Harga RM399? Ini HUAWEI FreeBuds Neo 3

Reka Bentuk Star Shuttle

Pada FreeBuds Neo, HUAWEI telah mengetengahkan reka bentuk bekas pengecasan yang diinspirasikan oleh Star Shuttle. Walaupun reka bentuknya nampak minimalis, terdapat elemen futuristik pada bentuk dan kemasan case ini.

Selain itu, bekas pengecasan ini mempunyai berat sekitar 41 gram sahaja dan reka bentuk yang kompak dengan saiz yang hampir sama seperti kunci kereta yang membolehkannya mudah disimpan didalam poket seluar anda (setiap earbuds mempunyai berat hanya 4.8 gram sama seperti sehelai kertas A4 ).

ANC setaraf AirPods Pro 3 pada Harga RM399? Ini HUAWEI FreeBuds Neo 4

55dB Adaptive Noice Cancellation 

HUAWEI FreeBuds Neo hadir dengan ciri Adaptive Noise Cancellation (ANC) maksima sehingga 55dB yang secara automatik melaraskan tahap pembatalan bunyi mengikut persekitaran sekeliling. Dengan 400,000×/s noise sampling, ia mampu mengesan perubahan bunyi dengan pantas, manakala 8μs noise processing membantu memproses bunyi bising dan melaraskan tindak balas anti-bunyi dalam masa nyata.

Untuk panggilan pula, teknologi 95dB Clear Calls membantu memastikan kualiti panggilan telefon kekal jelas dan stabil walaupun berada dalam persekitaran yang bising.

Menariknya,HUAWEI FreeBuds Neo juga dilengkapi cip Kirin A3 yang merupakan cip yang sama yang digunakan pada eabuds flagship syarikat ini iaitu HUAWEI FreeBuds Pro 5.

ANC setaraf AirPods Pro 3 pada Harga RM399? Ini HUAWEI FreeBuds Neo 5

Authentic Live Sound

Bagi pengguna yang mementingkan kualiti audio, HUAWEI FreeBuds Neo direka untuk memberikan pengalaman bunyi yang paling hampir seperti suasana persembahan secara langsung. Ia menggunakan Turbo Driver serba baharu yang direka untuk menghasilkan bunyi yang lebih autentik, dengan vokal yang lebih penuh dan jelas seolah-olah berada di barisan hadapan ketika mendengar persembahan secara live.

Salah satu perkara penting ialah Multi-port Balanced Pressure-relief Design. Reka bentuk ini membantu mengurus tekanan udara di dalam earbuds dengan lebih seimbang ketika driver bergerak. Hasilnya, FreeBuds Neo mampu menghasilkan frekuensi rendah yang lebih memdalam dan punchy, jadi bunyi bass bukan sekadar kuat, tetapi lebih terasa dan mempunyai karakter yang lebih jelas.

Pada bahagian frekuensi tinggi pula, FreeBuds Neo menggunakan Lightweight & Rigid Diaphragm. Diafragma yang ringan membolehkan driver bertindak balas dengan pantas terhadap perubahan isyarat audio, manakala struktur yang tegar membantu mengurangkan getaran yang tidak diperlukan.

Dalam pada itu, untuk pengguna yang mahukan audio berkualiti tinggi, FreeBuds Neo turut menawarkan sehingga 2.3Mbps Ultra-High-Fidelity Audio secara dalaman dan menyokong LDAC sehingga 990kbps untuk peranti yang serasi.

Jadi untuk lagu yang kompleks atau banyak elemen seperti pop, rock, acoustic dan muzik yang berorientasikan vokal, FreeBuds Neo cuba memberikan pengalaman yang lebih hampir kepada “live-stage sound” dengan vokal yang lebih jelas, bass yang lebih bertenaga dan setiap lapisan muzik lebih mudah dibezakan.

ANC setaraf AirPods Pro 3 pada Harga RM399? Ini HUAWEI FreeBuds Neo 6

Dual-Device Connection

HUAWEI FreeBuds Neo hadir dengan sokongan Dual-Device Connection, membolehkan earbuds disambungkan kepada dua peranti secara serentak. Berbeza dengan pengalaman dalam ekosistem Apple yang mempunyai beberapa ciri audio yang lebih terhad kepada peranti selain Apple, FreeBuds Neo direka untuk memberikan pengalaman yang lebih fleksibel merentasi peranti daripada pelbagai jenama.

Selain sambungan dua peranti, FreeBuds Neo turut menawarkan pengalaman Spatial Audio merentasi peranti yang disokong, dengan ultra-low latency yang direka khas untuk gamers, high-fidelity audio dan immersive spatial sound.

Satu lagi ciri menarik ialah Find My Buds. Jika earbuds masih berdekatan, anda boleh melihatnya sebagai Online dan membuatkan setiap earbuds berbunyi untuk membantu mencarinya. Jika sudah berada di luar jangkauan Bluetooth, sistem boleh menunjukkan lokasi terakhir yang diketahui pada peta, manakala earbuds yang pernah dipasangkan juga akan disimpan dalam senarai peranti untuk memudahkan akses pada masa akan datang.

Selain itu, HUAWEI FreeBuds Neo juga menyokong ciri Wake Voice Assistant iaitu ciri arahan suara yang membolehkan anda mengawal peranti, membuat panggilan atau mendapatkan maklumat hanya menggunakan suara dan FreeBuds Neo anda.

Untuk menikmati pengalaman audio yang menyeluruh dengan FreeBuds Neo , pastikan anda memuatnaik aplikasi HUAWEI Audio Connect yang tersedia di platform Android dan iOS.

ANC setaraf AirPods Pro 3 pada Harga RM399? Ini HUAWEI FreeBuds Neo 7

Dapatkan HUAWEI FreeBuds Neo Sekarang! 

HUAWEI FreeBuds Neo akan ditawarkan di Malaysia pada harga jualan pertama yang sangat berbaloi iaitu hanya RM 399 iaitu selepas rebat bernilai RM100. Dengan teknologi Adaptive Noice Cancellation setaraf Apple AirPods Pro 3, HUAWEI FreeBuds Neo adalah sebuah TWS yang mampu memberikan anda pengalaman muzik yang premium setaraf kebanyakkan model earbuds flagship dipasaran.

🛒HUAWEI Online Store

🛒HUAWEI Store di Shopee

🛒 Stor Flagship HUAWEI di Lazada.

🛒HUAWEI Stor di TikTok Shop

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.