Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X9e Pro disahkan untuk pasaran Malaysia – pelancaran rasmi tidak lama lagi

HONOR X9e Pro disahkan untuk pasaran Malaysia - pelancaran rasmi tidak lama lagi 1

HONOR X9e Pro disahkan untuk pasaran Malaysia - pelancaran rasmi tidak lama lagi 2

Selepas membuat kemunculan mengejut ketika perarakan Hari Kebangsaan Malaysia, HONOR kini secara rasmi mengesahkan ketibaan HONOR X9e Pro yang bakal hadir ke pasaran Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu yang lebih berani buat siri X popularnya.

Buat pertama kali, HONOR memperkenalkan model Pro dalam siri X, dengan huruf “e” pada X9e yang membawa maksud “EXTREME”. Selari dengan namanya, telefon pintar ini akan hadir dengan tiga peningkatan utama yang direka untuk mentakrifkan semula tahap ketahanan dalam segmennya, iaitu kapasiti bateri EXTREME yang besar, ketahanan jatuh EXTREME Armor-Tough serta ketahanan air EXTREME Ultra-Tough.

Selepas beberapa siri teaser menerusi saluran media sosial HONOR Malaysia, X9e Pro tampil buat kali pertama di hadapan umum ketika perarakan Hari Kebangsaan, memberikan rakyat Malaysia gambaran awal mengenai reka bentuk baharunya. Telefon pintar ini bakal diperkenalkan dalam pilihan warna ungu baharu yang menawan, dipadankan dengan kemasan emas muda pada bahagian bingkai dan sekeliling bingkai kamera belakang, sekali gus memberikan penampilan yang lebih unik dan premium.

HONOR X9e Pro disahkan untuk pasaran Malaysia - pelancaran rasmi tidak lama lagi 3

EXTREME Massive Battery Capacity

HONOR memberi bayangan bahawa HONOR X9e Pro mungkin hadir dengan kapasiti bateri terbesar dalam industri, sekali gus menjanjikan peningkatan besar dari segi ketahanan bateri. Walaupun kapasiti sebenar masih belum didedahkan, pengguna boleh menjangkakan penggunaan yang jauh lebih lama untuk kekal berhubung, produktif dan menikmati hiburan sepanjang hari dan lebih lama lagi.

EXTREME Armor-Tough Drop Resistance

Ketahanan lasak sememangnya menjadi sebahagian daripada DNA siri HONOR X dan merupakan antara faktor utama yang menjadikannya mendapat kepercayaan serta sokongan pengguna di pasaran. Menerusi HONOR X9e Pro, HONOR meneruskan legasi ini dengan memperkenalkan tahap ketahanan yang dipertingkatkan bagi menawarkan perlindungan lebih baik terhadap jatuhan tidak disengajakan dan hentakan dalam penggunaan harian.

HONOR X9e Pro disahkan untuk pasaran Malaysia - pelancaran rasmi tidak lama lagi 4

EXTREME Ultra-Tough Water Resistance

HONOR X9e Pro turut membawa perlindungan ke tahap lebih tinggi menerusi ketahanan air Ultra-Tough yang dipertingkatkan. Direka untuk menghadapi keadaan yang lebih mencabar, ciri ini memberikan pengguna keyakinan dan ketenangan fikiran apabila berdepan pendedahan kepada air secara tidak dijangka dalam situasi harian.

Dengan tiga peningkatan EXTREME ini, HONOR X9e Pro meneruskan DNA ketahanan yang dipercayai daripada siri X sambil membawa ketahanan bateri, ketahanan fizikal dan perlindungan terhadap air ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai model terbaharu dalam barisan ini, ia turut mengukuhkan lagi kedudukan siri HONOR X sebagai siri telefon pintar kelas pertengahan No. 1 paling laris di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai HONOR X9e Pro akan didedahkan tidak lama lagi. Untuk perkembangan terkini, ikuti halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.