Ultra-Thin PC-like AI Tablet: Kenali HUAWEI MatePad Air Baharu

HUAWEI MatePad Air telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Ogos yang lalu dan kami adalah antara pengguna terawal yang dapat mencuba tablet terbaru syarikat ini.
Selepas meluang masa bersama HUAWEI MatePad Air ini, jelas terbukti bahawa ianya bukanya sekadar satu lagi model tablet keluaranya. Ianya menggabungkan reka bentuk ultra nipis, produktiviti setanding PC, keupayaan AI yang berkuasa dan pelbagai alat kreatif dalam satu peranti yang ringan serta mudah dibawa ke mana-mana.
Kelebihan sebenar HUAWEI MatePad Air bukan sekadar terletak pada spesifikasi di atas kertas. Apa yang menjadikannya menarik ialah bagaimana setiap aspek tablet ini direka untuk membantu pengguna bekerja dengan lebih produktif, belajar dengan lebih efektif dan berhibur dalam satu peranti yang ringan. Berikut ialah beberapa ciri yang paling menonjol pada HUAWEI MatePad Air.
Reka Bentuk Ultra Nipis Gred Air
HUAWEI MatePad Air tampil dengan rekaan yang setimpal dengan namanya, ia memiliki profil ultra nipis iaitu dengan ketebalan hanya 5.3mm manakala berat adalah sekitar 509 gram. Gabungan ini menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana, sama ada untuk bekerja di pejabat, menghadiri kelas, atau digunakan ketika dalam perjalanan. Malah, apabila dipadankan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, tablet ini memberikan masih pengalaman penggunaan yang setaraf sebuah komputer riba tanpa penambahan berat yang ketara kepada pengguna.
Dari segi penampilan pula, HUAWEI MatePad Air tampil dengan sentuhan premium menerusi kemasan Pearlescent yang elegan selain turut dipadankan dengan rekaan Signature Star Orbit Camera pada bahagian belakang yang lebih eksklusif.
Dalam pada itu, HUAWEI MatePad Air ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Airy Blue, White dan Sakura Pink, dengan edisi Sakura Pink turut didatangkan bersama HUAWEI M-Pencil Pro yang sama warna.
Produktiviti Terbaik – WPS AI Office Bertaraf PC
Selain reka bentuk yang nipis dan prestasi berkuasa, HUAWEI MatePad Air turut dilengkapi dengan PC-level WPS Office dan WPS AI, menjadikannya sebuah tablet yang mampu menawarkan pengalaman produktiviti kerja setaraf PC.
Salah satu ciri yang paling berguna ialah AI Generate Slides, yang membolehkan pengguna menghasilkan pembentangan setaraf profesional dalam beberapa masa minit sahaja. Anda hanya perlu menyediakan isi kandungan atau menggunakan bantuan AI Chatbot seperti ChatGPT, DeepSeek atau Gemini untuk menjana idea sebelum mengimportnya ke dalam WPS AI Presentation.WPS AI akan melakukan proses susun atur, reka bentuk dan tema secara automatik, sekaligus menjimatkan masa menyediakan slaid pembentangan.
Bagi tugasan penulisan pula, AI Smart Create mampu menghasilkan draf dokumen seperti laporan, artikel, cadangan atau e-mel berdasarkan arahan ringkas. Kandungan tersebut kemudiannya boleh diperhalusi mengikut keperluan pengguna.
Jika anda ingin memperkemaskan hasil penulisan, AI Smart Edit membantu mengolah semula ayat, membetulkan tatabahasa serta menukar nada penulisan dengan pilihan untuk penulisan gaya profesional, formal, santai atau mengikut situasi.
Untuk mereka yang sering berurusan dengan dokumen atau laporan yang panjang, AI Summarizer pula menjadi penyelesaian terbaik dengan merumuskan isi penting daripada fail PDF, laporan atau kajian yang panjang dalam masa yang singkat sekaligus meningkatkan tahap kecekapan kerja anda.
Bagi pengguna yang kerap menggunakan hamparan data, AI Sheet Assistant pula membantu menganalisis data, menghasilkan carta dan mencadangkan formula secara automatik, sekali gus meningkatkan produktiviti berbanding kaedah manual.
Pengalaman ini turut dipertingkatkan dengan sokongan HUAWEI M-Pencil Pro yang boleh berfungsi sebagai Air Mouse, membolehkan pengguna mengawal slaid pembentangan tanpa wayar dengan lebih mudah dan profesional.Ini menjadikan tablet ini sangat ideal kepada pengguna profesional yang mempunyai keperluan untuk kerap melakukan pembentangan kepada klien.
HUAWEI Notes Dengan AI: Pembelajaran dan Kerja Menjadi Lebih Mudah
HUAWEI MatePad Air juga hadir dengan aplikasi HUAWEI Notes yang dipertingkatkan dengan pelbagai ciri Notes AI, direka khusus untuk membantu pelajar dan golongan profesional mengurus nota dengan lebih bijak.
Melalui AI Speech-to-Text, setiap kuliah, mesyuarat atau perbincangan boleh ditranskripsikan secara automatik kepada teks. Pengguna tidak lagi perlu tergesa-gesa mencatat nota, sebaliknya boleh memberi sepenuh perhatian kepada pembelajaran atau perbincangan.
Turut tersedia ialah AI Tutor, pembantu pembelajaran pintar yang memberikan penerangan langkah demi langkah untuk pelbagai subjek seperti Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Ekonomi. Ia memudahkan pengguna memahami konsep yang sukar dengan lebih jelas dan sistematik.
Bagi mereka yang gemar menulis menggunakan stylus, AI Handwriting Enhancement mampu memperkemaskan tulisan tangan agar lebih kemas dan mudah dibaca tanpa mengubah gaya penulisan asal.
Gabungan WPS AI Office dan HUAWEI Notes menjadikan HUAWEI MatePad Air bukan sekadar sebuah tablet hiburan, malah sebuah peranti produktiviti serba lengkap yang mampu memenuhi keperluan kerja, pembelajaran dan kreativiti harian.
Cipta Kandungan Kreatif Dengan AI
HUAWEI MatePad Air adalah platform yang ideal untuk pencipta kandungan, pereka grafik dan artis digital. Dengan kamera belakang 50MP, pengguna boleh merakam gambar berkualiti tinggi sebagai sumber inspirasi sebelum mengubahnya menjadi karya kreatif.
Selain itu, tablet ini turut hadir dengan aplikasi GoPaint yang diprapasang, membolehkan pengguna melakar, melukis, mencoret idea dan menghasilkan animasi tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan. Melalui ciri AI Color Card pula, GoPaint mampu mengekstrak palet warna terus daripada foto, sekali gus memudahkan proses menghasilkan karya dengan kombinasi warna yang tepat.
Bagi mereka yang mahukan lebih kebebasan berkarya, GoPaint turut menawarkan pelbagai berus profesional, sokongan lapisan (layers) dan alatan kreatif yang sesuai untuk ilustrasi mahupun rekaan yang lebih kompleks. Setelah siap, hasil kerja boleh dieksport dalam format GIF atau MP4, menjadikannya mudah dikongsi di media sosial atau digunakan dalam projek kreatif.
Untuk penyuntingan video pula, HUAWEI MatePad Air menyokong aplikasi popular seperti Filmora dan CapCut, membolehkan pengguna menghasilkan video berkualiti tinggi dengan lebih mudah, sama ada untuk kandungan media sosial, tugasan mahupun projek profesional.
Paparan OLED PaperMatte Yang Memukau Dengan Prestasi Berkuasa
HUAWEI MatePad Air hadir paparan OLED PaperMatte bersaiz 12-inci yang memberikan pengalaman visual premium dengan warna yang lebih kaya, hitam yang lebih pekat serta ketepatan warna yang tinggi. Sama ada menonton video, menyunting gambar atau melakar menggunakan stylus, setiap paparan kelihatan lebih hidup dan jelas.
Kemasan PaperMatte pula membantu mengurangkan silau dan pantulan cahaya, menjadikan pengalaman membaca, menulis dan melukis lebih selesa walaupun di bawah pencahayaan terang. Ia turut memberi pengalaman seakan-akan menulis di atas kertas sebenar, sekali gus meningkatkan keselesaan penggunaan untuk tempoh yang lama.
Dari aspek penjagaan mata, paparan ini dilengkapi dengan pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display 3.0 serta SGS Low Visual Fatigue A+ 3.0, selain menawarkan Eye Comfort Mode dan eBook Mode yang membantu mengurangkan keletihan mata ketika membaca atau bekerja dalam tempoh yang panjang.
Pengalaman penggunaan turut dipertingkatkan dengan kadar segar semula 144Hz, menjadikan setiap pergerakan pada skrin, sama ada ketika melayari laman web, menulis nota mahupun melukis, semuanya terasa lebih lancar dan responsif.
HUAWEI MatePad Air menawarkan pengalaman tontonan yang benar-benar imersif dengan kecerahan puncak sehingga 1,200 nits, bezel sisi berukuran 4.69mm serta nisbah skrin-ke-badan yang mencapai 92%,
Pretasi Luar Biasa
HUAWEI MatePad Air hadir dengan 8GB RAM, ini memastikan prestasi kekal lancar walaupun menjalankan pelbagai aplikasi serentak. Pengguna boleh bertukar dengan mudah antara dokumen, nota, aplikasi penyuntingan, pelayar web dan perisian kreatif tanpa mengalami gangguan atau lag, sekali gus menjadikan HUAWEI MatePad Air sebuah tablet yang mampu memenuhi keperluan kerja, pembelajaran dan kreativiti dalam satu peranti.
Bateri Tahan Lama dan Ketersambungan Pantas Untuk Produktiviti Sepanjang Hari
Bagi memastikan pengguna kekal produktif tanpa gangguan, HUAWEI MatePad Air dilengkapi dengan bateri berkapasiti 10,100mAh yang mampu bertahan sepanjang hari.
Apabila tiba masa untuk mengecas, teknologi 66W HUAWEI SuperCharge membolehkan bateri dicas dengan pantas supaya anda boleh kembali menyelesaikan tugasan tanpa perlu menunggu terlalu lama.
Bukan itu sahaja, sistem penyejukan yang lebih efisien turut membantu mengekalkan prestasi tablet pada tahap optimum walaupun digunakan dalam tempoh yang panjang untuk tugasan berat seperti penyuntingan video, melukis atau menjalankan beberapa aplikasi serentak.
Dari segi ketersambungan, HUAWEI MatePad Air menyokong Wi-Fi 7, yang menawarkan sambungan internet yang lebih pantas dan stabil. Ini memudahkan proses kerjasama berasaskan awan (cloud), pembentangan tanpa wayar, persidangan video serta pemindahan fail berkelajuan tinggi.
Untuk pengalaman multimedia yang lebih mengasyikkan, tablet ini turut dilengkapi dengan enam pembesar suara HUAWEI Sound yang menghasilkan audio lebih jelas, lantang dan seimbang. Sama ada menonton filem, mendengar muzik, menghadiri mesyuarat dalam talian atau menyunting kandungan video, setiap pengalaman menjadi lebih imersif.
Ekosistem HUAWEI Yang Lengkap
Selain perkakasan yang berkuasa, HUAWEI MatePad Air turut disokong oleh ekosistem HUAWEI yang semakin matang melalui HUAWEI AppGallery. Pengguna boleh mengakses pelbagai aplikasi merangkumi kategori produktiviti, hiburan, media sosial dan kreativiti dengan mudah.
Kini, lebih dua juta aplikasi tersedia melalui AppGallery, membolehkan pengguna memuat turun aplikasi harian yang diperlukan untuk bekerja, belajar dan berhibur.
Sekiranya berdepan sebarang masalah berkaitan aplikasi atau perkhidmatan, HUAWEI turut menyediakan sokongan pelanggan yang mudah diakses. Pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan HUAWEI atau berhubung terus melalui WhatsApp HUAWEI Malaysia pada bila-bila masa menerusi aplikasi MyHUAWEI, sekali gus memberikan pengalaman selepas jualan yang lebih yakin dan lancar.
Kesimpulan
HUAWEI MatePad Air bukan sekadar sebuah tablet biasa. Ia menggabungkan reka bentuk ultra nipis dengan pengalaman produktiviti setaraf PC serta pelbagai ciri AI pintar yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden.
Sama ada untuk bekerja, belajar mahupun menghasilkan kandungan kreatif, HUAWEI MatePad Air membantu menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas, cekap dan lancar.
Berteraskan konsep Adaptive. Intelligent. Reliable. (A.I.R.), HUAWEI MatePad Air membawakan pengalaman penggunaan yang lebih pintar dan fleksibel dalam sebuah tablet yang ringan serta mudah dibawa ke mana sahaja.
Dapatkan HUAWEI MatePad Air Sekarang!
HUAWEI MatePad Air telah dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos 2026 pada harga RM 3,999
Sempena pelancarannya, pelanggan yang membuat pra-tempahan berpeluang menikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM4,503, termasuk:
- RM500 rebate
- HUAWEI Smart Magnetic Keyboard (RM799)
- HUAWEI M-Pencil Pro (RM599)
- HUAWEI Wireless Mouse (RM149)
- PC-level WPS Office dan Langganan WPS AI selama setahun (RM609)
- HUAWEI Notes AI Features (RM499)
- HUAWEI Premium Service (RM1,348)
Dengan gabungan perkakasan premium, paparan OLED PaperMatte, prestasi berkuasa, pengalaman produktiviti bertaraf PC serta pelbagai ciri AI, HUAWEI MatePad Air kini tampil sebagai pilihan ideal untuk mereka yang mahukan sebuah tablet ultra nipis serba boleh bagi memenuhi keperluan kerja, pembelajaran dan kreativiti dalam satu pakej lengkap.
Dapatkan HUAWEI MatePad Air di :
🛒 HUAWEI OFFICIAL STORE DI SHOPEE
🛒 HUAWEI FLAGSHIP STORE DI LAZADA
🛒 HUAWEI OFFICIAL STORE DI TIK TOK SHOP










