OPPO Reno16 5G varian 512GB dan Edisi Terhad Pingu kini rasmi di Malaysia

OPPO menghidupkan lagi kemeriahan Reno16 Series dengan dua pengumuman menarik buat peminat siri ini iaiti pelancaran Reno16 5G 5G varian 512GB serta kolaborasi edisi terhad bersama Pingu.
Reno16 Series tampil dengan rekaan 3D Pop Planet Design yang mencuri perhatian, eksklusif untuk pilihan warna Pop White. Dikuasakan oleh teknologi proprietari OPPO HoloVerse 3D Technology, rekaan inovatif ini menghasilkan ilusi planet terapung yang memberikan kesan kedalaman dan dimensi pada panel belakang telefon pintar, sekali gus menawarkan pengalaman visual yang unik setiap kali peranti digerakkan.
Selain reka bentuknya yang menyerlah, Reno16 Series turut dilengkapi Sistem Kamera Ultra-Clear yang mendahului segmennya bersama pelbagai ciri kreatif berasaskan AI untuk memudahkan pengguna merakam dan menyunting kandungan. Ciri seperti Pop Cam, AI Flash Photography 3.0, AI Remix Collage dan AI Motion Photo Popout 2.0 membolehkan pengguna menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan sedia dimuat naik ke media sosial dengan mudah. Kesemua alat penyuntingan ini turut dihimpunkan dalam tab Create khusus untuk akses yang lebih pantas dan mudah.
Barisan Reno16 Series kini diperluaskan dengan varian storan baharu 12GB RAM + 512GB, memberikan ruang simpanan yang lebih besar untuk foto, video, aplikasi dan pelbagai kandungan harian. Ditawarkan dalam pilihan warna Twilight Violet dan Pop White, OPPO Reno16 12GB + 512GB dijual pada harga RM3,499 dan boleh didapati melalui semua saluran dalam talian rasmi OPPO serta kedai fizikal rasmi OPPO.
Sempena pelancarannya, setiap pembelian sehingga 16 Ogos 2026 akan menerima rebat pengenalan sebanyak RM200, Kotak Hadiah Eksklusif Reno16 Series serta pelan perlindungan skrin percuma selama setahun.
OPPO Reno16 x Pingu
Selain memperkenalkan varian baharu, OPPO turut membawakan lebih banyak keseronokan kepada Reno Series menerusi kolaborasi bersama watak kartun ikonik, Pingu, dengan memperkenalkan koleksi barangan edisi terhad OPPO Reno. Pelanggan yang membeli OPPO Bubbles akan menerima Pingu Bubble Case eksklusif (selagi stok masih ada), menjadikannya aksesori yang sesuai untuk melengkapkan Reno16 Series pada musim ini.
Pengguna juga boleh menyaksikan Pingu beraksi bersama OPPO Reno16 Series, mempamerkan pelbagai ciri utama peranti serta pengalaman kreatif berasaskan AI melalui video khas yang disediakan.
Baca : ULASAN : OPPO Reno16 5G – Gabungan Kamera, AI dan Bateri Yang Sukar Ditandingi




