HONOR Magic V6 Tampil dengan Inovasi dan Nilai dalam Pasaran Foldable Premium

HONOR Magic V6 kini ditawarkan di Malaysia

Ketika telefon pintar boleh lipat terus mendapat sambutan di Malaysia, HONOR mendakwa ianya kekal kukuh dalam pasaran dengan satu daripada setiap tiga telefon pintar boleh lipat yang dijual di negara ini merupakan peranti HONOR, sekali gus menjadikannya pilihan utama dalam kalangan pengguna premium.
Berdasarkan data pengguna dalaman HONOR, semakin ramai pengguna telefon pintar di Malaysia beralih daripada jenama utama lain kepada telefon boleh lipat HONOR. Peralihan ini didorong oleh lima faktor utama yang sering disebut pengguna, iaitu nilai untuk wang, ketahanan, jangka hayat bateri, reka bentuk boleh lipat yang inovatif serta jaminan perlindungan tanpa kerisauan (Worry-Free Protection) yang komprehensif.
Dengan HONOR, pengguna Malaysia tidak perlu membayar harga yang tinggi untuk menikmati teknologi terbaik dalam kategorinya. HONOR Magic V6 sudahpun menawarkan ketahanan yang canggih, kapasiti bateri yang besar, prestasi kamera yang cemerlang serta produktiviti yang lancar, sekali gus memberikan inovasi bertaraf premium yang berteraskan nilai sebenar, bukannya harga jenama.
Direka untuk mentakrifkan semula jangkaan pengguna, HONOR Magic V6 menyerlah menerusi kelebihan utama berikut:
Ketahanan dan Perlindungan Bertaraf Terbaik
HONOR Magic V6 dibina dengan engsel Super Steel Hinge yang sangat kukuh, menawarkan kekuatan tegangan sehingga 2,800MPa, sekali gus mampu menahan tekanan ekstrem tanpa menjejaskan prestasi, malah cukup kuat untuk menarik sebuah pesawat. Ia juga merupakan telefon pertama dalam segmennya yang menggabungkan penarafan kalis air dan debu IP68 serta IP69, memastikan prestasi yang boleh dipercayai dalam pelbagai situasi harian yang mencabar. Skrin luar turut dilindungi dengan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield yang menawarkan perlindungan berlapis terhadap calar dan hentakan.
Kapasiti Bateri Terbesar dengan Pengecasan Pantas
HONOR Magic V6 dilengkapi bateri silikon-karbon berkapasiti 6,660mAh, iaitu yang terbesar pernah digunakan pada telefon pintar boleh lipat. Ia turut menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan tanpa wayar 66W, memberikan fleksibiliti lebih tinggi kepada pengguna yang bergantung pada peranti mereka sepanjang hari.
Kamera Telefoto Terbesar pada Telefon Boleh Lipat
Menetapkan penanda aras baharu dalam sistem kamera telefon boleh lipat, HONOR Magic V6 hadir dengan Kamera Telefoto 64MP serta penstabilan imej CIPA 6.5. Gabungan teknologi ini menghasilkan imej zum yang tajam dan terperinci sambil mengekalkan kejelasan optikal walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.
Paparan Ultra Terang dan Mesra Mata
Peranti ini menawarkan tahap kecerahan puncak sehingga 6,000 nits pada skrin luar dan 5,000 nits pada skrin utama, memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari. Kedua-dua skrin turut menyokong teknologi PWM Dimming 4,320Hz yang diperakui selamat bagi mengurangkan keletihan mata ketika penggunaan berpanjangan. Ia juga dilengkapi salutan anti-pantulan termaju yang mengurangkan silau permukaan serendah 1.5%.
Produktiviti Bertaraf PC dengan Integrasi Merentas Ekosistem
Direka untuk memaksimumkan pengalaman skrin besar, HONOR Magic V6 menampilkan ciri Fast Flex dan PC-Level Multi-Flex yang membolehkan penggunaan berbilang tetingkap secara lebih intuitif. Fungsi HONOR Share yang dipertingkatkan turut merapatkan jurang antara ekosistem dengan membolehkan pemindahan fail secara terus dan penyelarasan rentas platform bersama peranti iPhone dan Mac.
Nilai Flagship Tanpa Kompromi dengan Perlindungan Tanpa Kerisauan
Walaupun telefon boleh lipat baharu Samsung ditawarkan pada harga yang lebih tinggi, HONOR Magic V6 memberikan inovasi generasi baharu pada harga bermula RM7,699. Setiap pembelian turut disertakan pakej perlindungan menyeluruh yang merangkumi Perlindungan Keretakan Skrin Tanpa Kerisauan selama setahun serta Jaminan Kualiti Tanpa Kerisauan selama dua tahun, memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna untuk jangka masa panjang.
ULASAN : HONOR Magic V6 : Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat

