Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra – foldable terbaik pasaran

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 1

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 2

Samsung Galaxy Unpacked 2026 kini sedang berlangsung dan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra telah dilancarkan sebagai model paling premium dalam keluarga Galaxy Z Series ini.

Galaxy Z Fold8 Ultra hadir dengan nama baharu kerana nama Galaxy Z Fold8 telah diberikan kepada model baharu foldable yang lebih kompak.

Sehubungan dengan itu, Galaxy Z Fold9 Ultra hadir ke pasaran sebagai foldable flagship yang premium dan ini adalah pandang pertama kami untuk melihat sama ada ianya benar-benar layak diberi gelaran telefon pintar foldable kelas Ultra.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 3

Telefon pintar foldable ternipis Dunia

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra merupakan antara telefon pintar foldable premium paling nipis dipasaran iaitu pada ukuran 4.1mm ketika lipatan dibuka atau 8.9mm ketika dilipat.

Selain itu, Galaxy Z Fold8 Ultra juga memiliki berat yang sama seperti Galaxy Z Fold7 iaitu 215 gram walaupun Z Fold8 Ultra kini hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 4

Dalam pada itu, Galaxy Z Fold8 Ultra hadir dengan teknologi Flex Titanium yang dibangunkan hasil tujuh generasi inovasi dan kepakaran kejuruteraan dalam pembangunan telefon pintar boleh lipat, struktur paparan yang direka semula ini menggabungkan kemajuan dari segi bahan dan reka bentuk bagi menawarkan pengalaman tontonan yang lebih baik, ketahanan yang dipertingkatkan serta lipatan (crease) yang semakin sukar dilihat.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 5

Selain itu, teknologi Flex Titanium ini menggabungkan dua komponen berasaskan titanium, iaitu filem aloi titanium dan plat titanium, yang bekerjasama untuk menghasilkan keseimbangan antara reka bentuk yang lebih nipis, fleksibiliti tinggi serta kekuatan dalam struktur paparan boleh lipat.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 6

Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy bersama  konfigurasi  12GB RAM atau 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Selain cip terbaik dipasaran, Galaxy Z Fold8 juga hadir dengan One UI 9.0 yang berasaskan Android 17. Samsung juga komited untuk menawarkan 7 tahun kemaskini Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan berkala daripada Google.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 7

Kamera kelas Ultra dengan sensor utama 200MP

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra memiliki sistem kamera yang setaraf kebanyakkan telefon pintar Ultra dipasaran iaitu penggunaan sensor utama 200MP.

Bersama sensor 200MP ini adalah sensor telefoto 10MP yang memiliki 3x zoom optikal dan sensor ultrawide 50MP. Kamera selfie pula adalah dua unit 10MP dengan 100° FoV masing-masing pada cover screen dan main screen.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 8

Bateri 5,000mAh + 45W Super Fast Charging

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra menjadi telefon pintar pertama didalam keluarga Galaxy Z Series untuk hadir dengan bateri 5,000mAh dan penambahan kapasiti ini tiba selepas beberapa generasi model ini tiba dengan bateri 4,400mAh sahaja.

Bersama bateri 5,000mAh ini, Galaxy Z Fold8 Ultra juga hadir upgrade pada teknologi pengecasan pantas yang kini pada kadar 45W yang berupaya mencapai 67% pengecasan dalam masa 30 minit sahaja dan ia turut membawa pengecasan pantas tanpa wayar pada kadar 25W.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra - foldable terbaik pasaran 9

Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra Sekarang!

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra kini ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia didalam 4 pilihan warna iaitu Violet Shadow, Graphite, Cream dan Green Shadow yang merupakan warna ekslusif online Samsung.com.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra di Malaysia :

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 12/256GB – RM 8,099

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 12/512GB – RM 8,899

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra 16GB/1TB – RM 10,499

Sepanjang tempoh pra-tempahan, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM400, serta rebat segera RM500 apabila membuat pembelian menggunakan kad bank terpilih.

Selain itu, pembeli yang telah membuat tempahan awal melalui program Samsung Reservation+ turut boleh menebus baucar bernilai RM250. Samsung juga menawarkan pelan ansuran 0% faedah sehingga 36 bulan di bank-bank yang mengambil bahagian.

Lebih menarik, pelanggan yang membeli siri baharu Galaxy Z turut layak mendapatkan aksesori Samsung terpilih dengan diskaun sehingga 30%.

Dapatkan Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.