Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama: Samsung Galaxy Watch Ultra2 – skrin paling cerah & cipset Snapdragon Wear Elite

Pandang Pertama: Samsung Galaxy Watch Ultra2 - skrin paling cerah & cipset Snapdragon Wear Elite 1

Pandang Pertama: Samsung Galaxy Watch Ultra2 - skrin paling cerah & cipset Snapdragon Wear Elite 2

Bersama-sama pelancaran 3 model telefon pintar Galaxy Z Series, Samsung juga telah memperkenalkan jam tangan pintar Galaxy Watch Ultra 2 dan Galaxy Watch9.

Samsung Galaxy Watch Ultra2 adalah model flagship yang ditawarkan dengan rekaan yang lebih ergonomik bersama cipset generasi baharu yang lebih pantas.

Berikut adalah pandang pertama Samsung Galaxy Watch Ultra2 yang kini telah rasmi untuk pasaran Malaysia.

Pandang Pertama: Samsung Galaxy Watch Ultra2 - skrin paling cerah & cipset Snapdragon Wear Elite 3

Rekaan lebih nipis dan ringan

Galaxy Watch Ultra2 hadir dengan reka bentuk yang lebih ergonomik yang menjanjikan keselesaan yang lebih baik. Ianya adalah 12% lebih nipis berbanding generasi pertama Galaxy Watch Ultra (10.7mm) manakala tali jam juga lebih ringan sehingga 25% dengan ukuran 1.9mm.

Selain itu, Galaxy Watch Ultra2 juga disertakan dengan tali jam yang lebih lembut, untuk keselesaan yang lebih baik yang membolehkanya dipakai sepanjang hari tanpa menjejaskan ketahanan. Ia turut dilengkapi dengan kerangka titanium tahan hentakan yang memberikan perlindungan lebih baik dalam pelbagai situasi penggunaan.

Galaxy Watch Ultra2 hadir didalam dua pilihan warna iaitu Titanium Silver dan Titanium Gray bersama pelbagai pilihan tali jam seperti Marine Band, Trail Band dan PeakForm Band.

Pandang Pertama: Samsung Galaxy Watch Ultra2 - skrin paling cerah & cipset Snapdragon Wear Elite 4

Skrin paparan smartwatch paling cerah didunia

Samsung Galaxy Watch Ultra2 memiliki dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.52-inci yang merupakan paparan smartwatch paling terang didunia pada kadar 5,000nits.

Pandang Pertama: Samsung Galaxy Watch Ultra2 - skrin paling cerah & cipset Snapdragon Wear Elite 5

Samsung Galaxy Watch pertama dengan Cip Snapdragon Wear Elite

Samsung Watch Ultra2 menjadi jam tangan pintar pertama Galaxy Watch untuk dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite yang menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding cipset yang digunakan pada generasi sebelum ini iaitu dengan peningkatan prestasi CPU sebanyak 32% selain peningkatan kepantasan operasi sebanyak 19%. Ianya memiliki 64GB storan dalaman dan 2GB RAM serta sistem operasi One UI 9 Watch yang berasaskan Wear OS 7.

Pandang Pertama: Samsung Galaxy Watch Ultra2 - skrin paling cerah & cipset Snapdragon Wear Elite 6

Bateri terbesar pernah ditawarkan pada Galaxy Watch

Samsung Galaxy Watch Ultra2  hadir dengan bateri berkapasiti 800mAh iaitu peningkatan ketara berbanding bateri 590mAh pada generasi pertama dan dengan kombinasi cipset Snapdragon Wear Elite yang lebih efisien , ianya dijangka menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama iaitu sehingga 60 jam.

Dari segi pengecasan pula, Galaxy Watch Ultra2 juga kini  menawarkan teknologi pengecasan pantas yang boleh mencapai 40% pengecasan dalam masa 30 minit sahaja.

Pandang Pertama: Samsung Galaxy Watch Ultra2 - skrin paling cerah & cipset Snapdragon Wear Elite 7

Raise to Talk

Galaxy Watch Ultra2 turut memperkenalkan ciri Raise to Talk, membolehkan pengguna mengaktifkan pembantu AI seperti Gemini atau Bixby hanya dengan mengangkat pergelangan tangan dan bercakap tanpa perlu menekan sebarang butang.

Dapatkan Samsung Galaxy Watch Ultra2 Sekarang!

Samsung Galaxy Watch Ultra2 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Titanium Silver dan Titanium Gray dengan pilihan tali jam seperti Trail Band, PeakForm Band dan Marine Band pada harga RM 3,399

Sepanjang tempoh pra-tempahan, Samsung turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik seperti berikut :

  •  sepasang HOKA Clifton Pro bernilai RM729 (untuk pembeli terawal).
  • Adventure Pack percuma yang merangkumi:
    • Watch Ultra2 Peakform Band (RM399)
    • Pengecas 25W (RM89)
    • Power Bank 10,000mAh (RM159)
    • Performance Running Armband (RM89)
  • Langganan Strava Premium percuma selama 60 hari.
  • Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM200.
  • Samsung Members Loyalty Discount sehingga RM1,019.
  • Registration of Interest Voucher bernilai sehingga RM120.
  • Diskaun PWP 10% apabila membeli bersama Galaxy Z atau Galaxy S Series terpilih.
  • Diskaun PWP 30% untuk tali jam Galaxy Watch terpilih apabila dibeli bersama Galaxy Watch Ultra2.

Dapatkan Samsung Galaxy Watch Ultra2 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.