Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch Ultra2 dilancarkan dengan rekaan ergonomik dan cip Snapdragon Wear Elite

Samsung Galaxy Watch Ultra2 dilancarkan dengan rekaan ergonomik dan cip Snapdragon Wear Elite 1

Samsung Galaxy Watch Ultra2 dilancarkan dengan rekaan ergonomik dan cip Snapdragon Wear Elite 2

Samsung melengkapkan pelancaran produk Galaxy Unpacked sebentar tadi dengan pelancaran generasi baharu Galaxy Watch 9 Series dan Galaxy Watch Ultra2 yang mana kedua-duanya dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite.

Samsung Galaxy Watch Ultra2 dilancarkan dengan rekaan ergonomik dan cip Snapdragon Wear Elite 3

Generasi kedua Galaxy Watch Ultra ini hadir dengan reka bentuk yang lebih ergonomik untuk  keselesaan yang mana ianya adalah 12% lebih nipis berbanding generasi pertama Galaxy Watch Ultra (10.7mm) manakala tali jam juga lebih ringan sehingga 25% dengan ukuran 1.9mm.

Samsung Galaxy Watch Ultra2 dilancarkan dengan rekaan ergonomik dan cip Snapdragon Wear Elite 4

Beralih kepada skrin, Galaxy Watch Ultra2 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.52-inci yang merupakan paparan smartwatch paling terang didunia pada kadar 5,000nits.

Selalin itu, Watch Ultra2 dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite yang menawarkan prestasi yang lebih baik iaitu 32% peningkatan prestasi CPU yang selain peningkatan kepantasan operasi sebanyak 19%. Ianya memiliki 64GB storan dalaman dan 2GB RAM serta sistem operasi One UI 9 Watch yang berasaskan Wear OS 7.

Samsung Galaxy Watch Ultra2 dilancarkan dengan rekaan ergonomik dan cip Snapdragon Wear Elite 5

Dari segi aspek kecergasan dan kesihatan, Galaxy Watch Ultra2 menawarkan pelbagai ciri bertaraf profesional yang direka khas untuk peminat aktiviti lasak. Antara yang paling menonjol ialah Real-Time Hydration Guidance, yang membantu memberikan panduan hidrasi secara masa nyata ketika melakukan larian trail bagi memastikan prestasi kekal optimum. Jam pintar ini turut menawarkan pro-level sports tracking dengan mod Trail Run yang lengkap, termasuk sokongan route navigation dan data elevation untuk memantau setiap pendakian serta penurunan dengan lebih tepat. Bagi penggemar sukan air, Professional Diving Mode pula membolehkan pemantauan aktiviti selaman dengan metrik yang komprehensif.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy Watch Ultra2 juga hadir dengan bateri berkapasiti 800mAh iaitu peningkatan ketara berbanding bateri 590mAh pada generasi pertama dan dengan kombinasi cipset Snapdragon Wear Elite yang lebih efisien , ianya dijangka menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama iaitu sehingga 60 jam. Pengecasan juga kini lebih pantas yang mana ianya boleh mencapai 40% dalam masa 30 minit.

Seterusnya, antara ciri yang kesihatan yang ditawarkan pada Galaxy Watch Ultra2 adalah Daily Cardio Load, Fitness Index, Vitals (HR, HRV, Blood Oxygen, Skin Temp, Respiratory rate), Heart Health Score dan Hearing Protection. Ciri Raise to Talk juga disertakan dengan integrasi ke Gemini atau Bixby.

Samsung Galaxy Watch Ultra2 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Titanium Silver dan Titanium Gray dengan pilihan tali jam seperti Trail Band, PeakForm Band dan Marine Band pada harga RM 3,399

Sepanjang tempoh pra-tempahan, Samsung turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik seperti berikut :

  •  sepasang HOKA Clifton Pro bernilai RM729 (untuk pembeli terawal).
  • Adventure Pack percuma yang merangkumi:
    • Watch Ultra2 Peakform Band (RM399)
    • Pengecas 25W (RM89)
    • Power Bank 10,000mAh (RM159)
    • Performance Running Armband (RM89)
  • Langganan Strava Premium percuma selama 60 hari.
  • Samsung Rewards Points Booster bernilai sehingga RM200.
  • Samsung Members Loyalty Discount sehingga RM1,019.
  • Registration of Interest Voucher bernilai sehingga RM120.
  • Diskaun PWP 10% apabila membeli bersama Galaxy Z atau Galaxy S Series terpilih.
  • Diskaun PWP 30% untuk tali jam Galaxy Watch terpilih apabila dibeli bersama Galaxy Watch Ultra2.

Dapatkan Samsung Galaxy Watch Ultra2 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.