5 Minggu Dengan Xiaomi 17T Pro: Begini Cara Ia Memudahkan Rutin Harian Saya

Xiaomi 17T Series hadir sebagai generasi terbaharu dalam barisan T Series yang sinonim dengan gabungan prestasi flagship pada harga yang lebih kompetitif dimana siri ini merangkumi dua model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro.
Xiaomi 17T Pro muncul sebagai model yang direka untuk pengguna yang mahukan kuasa pemprosesan flagship, sistem kamera Leica dan ketahanan bateri yang mampu menemani pengguna sepanjang hari tanpa kompromi.
Lebih lanjut, Xiaomi 17T Pro telah diperkenalkan di pasaran Malaysia pada penghujung bulan Mei dengan harga yang amat kompetitif iaitu bermula dari RM 2,899 sahaja.
Antara tarikan utama Xiaomi 17T Pro ialah penggunaan cip MediaTek Dimensity 9500, sistem kamera Leica Summilux dengan lensa telefoto optikal 5x, skrin paparan Xiaomi-custom M10 AMOLED 6.83-inci dengan kadar segar semula 144Hz, bateri silikon-karbon 7,000mAh serta sokongan pengecasan pantas 100W HyperCharge dan pengecasan tanpa wayar 50W. Telefon ini turut menjalankan HyperOS terkini yang menawarkan pelbagai ciri AI baharu untuk meningkatkan produktiviti serta pengalaman fotografi.
Selepas menggunakan Xiaomi 17T Pro selama lima minggu sebagai telefon harian, saya berpeluang menilai sendiri sama ada spesifikasi di atas benar-benar diterjemahkan kepada pengalaman penggunaan dunia sebenar.
Daripada prestasi, kamera, hayat bateri hinggalah kepada pengalaman perisian, inilah pandangan saya selepas lebih sebulan bersama peranti ini.
Quick Share to AirDrop dengan kemaskini HyperOS terkini
Xiaomi 17T Pro menjadi telefon pintar pertama Xiaomi untuk hadir dengan sokongan pemindahan fail antara Android dan peranti Apple melalui Quick Share dengan integrasi AirDrop hasil kemaskini terkini HyperOS.
Ini membolehkan perkongsian fail antara Xiaomi 17T Pro ke iPhone, iPad dan Mac dengan mudah tanpa sebarang aplikasi pihak ketiga sekaligus menjadikan perkongsian fail seperti foto, video dan dokumen antara Android dan Apple menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini.
Ciri NFC kini menyokong penambahan Access Card
Xiaomi 17T Pro memperluaskan fungsi NFC dengan sokongan kad akses yang membolehkan telefon pintar ini digunakan sebagai kad akses untuk memasuki bangunan atau kawasan tertentu, sekali gus mengurangkan keperluan membawa pelbagai kad fizikal.
Cross Ecosystem Interconnectivity
Salah satu ciri yang paling saya hargai selepas menggunakan Xiaomi 17T Pro selama lima minggu sudah pastinya Cross-Ecosystem Interconnectivity yang dibawakan oleh HyperOS 3. Bagi pengguna seperti saya yang mempunyai tahap kebergantungan yang tinggi terhadap peranti Apple, telefon pintar ini dilihat berjaya merapatkan jurang antara kedua-dua ekosistem.
Selain ciri QuickShare to AirDrop, Xiaomi 17T Pro yang dikuasakan HyperOS 3 ini juga membawakan ciri seperti :
Home Screen+ untuk iPad – Paparkan aplikasi daripada Xiaomi 17T Pro terus pada iPad dalam bentuk tetingkap yang boleh diubah saiz, sekaligus memudahkan multitasking.
Cross-device Unlocking – Pengalaman menggunakan beberapa peranti Xiaomi lebih seamless. Selepas identiti pengguna disahkan pada Xiaomi 17T Pro melalui cap jari atau pengecaman wajah, proses pengesahan pada peranti Xiaomi lain yang dipautkan menjadi lebih pantas tanpa perlu anda ulangi langkah yang sama.
One-tap Hotspot – iPhone anda boleh disambungkan ke hotspot Xiaomi 17T Pro dengan hanya satu sentuhan, tanpa perlu memasukkan kata laluan berulang kali
Find My Phone merentas peranti – Anda boleh mengesan lokasi Xiaomi 17T Pro daripada iPhone, iPad atau Mac yang telah dipautkan melalui Xiaomi Interconnectivity.
Dalam pada itu, Xiaomi 17T Pro memiliki MiTEE-powered Security Protocol, iaitu sistem keselamatan berasaskan Trusted Execution Environment (TEE) yang direka untuk melindungi data sensitif dan memastikan komunikasi antara peranti dalam ekosistem Xiaomi kekal selamat.
AI Creativity Assistance
Sebagai content creator, Xiaomi 17T Pro membantu mempercepatkan proses suntingan kandungan terus dari telefon.
Ciri AI Audio Mixer memastikan audio lebih jelas, AI Cutout memudahkan pengasingan subjek daripada latar belakang, AI Erase Pro membersihkan foto daripada objek atau individu yang tidak diingini, manakala AI Film menghasilkan video sinematik secara automatik daripada koleksi foto dan klip.
Kesemua ciri ini membantu menghasilkan kandungan yang lebih profesional dengan lebih pantas tanpa memerlukan perisian suntingan yang rumit.
Fotografi Flagship
Kerjasama dengan Leica menerusi lensa Summilux membolehkan Xiaomi 17T Series ini menawarkan pengalaman fotografi bertaraf flagship dengan hasil imej yang kaya dengan perincian, warna semula jadi dan prestasi cemerlang walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah, semuanya pada pakej harga yang lebih mampu milik.
Dalam pada itu, Xiaomi 17T Pro tampil dengan dengan sensor telefoto periskop Leica 50MP 5x bersama OIS yang menawarkan 5x zoom optikal dan sehingga 10x lossless optical-grade zoom.
Dengan sensor telefoto flagship ini, Xiaomi turut memperkenalkan beberapa mod kamera baharu pada siri Xiaomi 17T bagi memberikan pengalaman fotografi dan videografi yang lebih kreatif.
Antara ciri yang pasti dihargai adalah Telephoto Stage Mode, yang dioptimumkan untuk merakam persembahan pentas dengan lebih jelas walaupun anda berada jauh dari pentas. Malah, rakaman Stage Video turut menyokong kadar resolusi sehingga 4K 60fps, menjadikannya teman terbaik untuk konsert, acara atau persembahan secara langsung.
Selain itu, Leica Live Moments menawarkan pengalaman seakan Live Photo dengan merakam detik sebelum dan selepas butang shutter ditekan, menjadikan setiap gambar lebih hidup dan penuh emosi. Pengguna juga boleh mengedit, serta menambah filter dan watermark Leica sebelum berkongsi terus ke media sosial.
Bagi penggemar videografi pula, Movie Mode menawarkan keboleham merakam video dengan kesan sinematik serta bokeh masa nyata, manakala ciri Slow Motion membolehkan aksi pantas dirakam dengan lebih dramatik.
Dalam mod Photo pula, Xiaomi turut memperkenalkan pilihan Scene seperti Silhouette, Stage, Fireworks dan Flames, yang mengoptimumkan kamera mengikut situasi tertentu untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik tanpa perlu melakukan pelarasan secara manual.
Prestasi Gaming
Xiaomi 17T Pro bukan sekadar sebuah telefon pintar yang berprestasi tinggi, malah direka untuk pengalaman gaming yang benar-benar flagship.
Untuk itu, Xiaomi telah memilih untuk menggunakan cip MediaTek Dimensity 9500 yang memperoleh skor AnTuTu melebihi 3.57 juta, bukti jelas ia mampu mengendalikan game berat pada tetapan grafik tinggi dengan kadar bingkai yang stabil.
Selain itu, skrin 6.83 inci Xiaomi-custom M10 pula menawarkan refresh rate 144Hz untuk animasi yang lebih lancar, dipadankan dengan 480Hz touch sampling rate serta 3500Hz instantaneous touch sampling apabila Game Turbo Mode diaktifkan.
Ini menjadikan setiap sentuhan lebih pantas dan responsif, satu kelebihan besar untuk game kompetitif seperti PUBG Mobile, Call of Duty: Mobile dan Mobile Legends.
Selain itu, paparan dengan 3500 nits peak brightness, 100% DCI-P3 color gamut dan pensijilan TÜV Rheinland Quadruple Eye Care memastikan visual kekal terang, warna lebih hidup serta lebih selesa dipandang walaupun bermain dalam tempoh yang lama.
Dari segi bateri, Xiaomi 17T Pro tampil dengan bateri silikon karbon (16% kandungan silikon karbon) berkapasiti 7,000mAh yang membolehkan anda menikmati sesi gaming yang lebih lama tanpa perlu kerap mengecas. Apabila bateri hampir habis, teknologi 100W HyperCharge mampu mengisi semula dengan pantas, selain sokongan 50W wireless HyperCharge dan 22.5W reverse wired charging untuk mengecas peranti lain jika diperlukan.
Penutup
Dengan gabungan kamera Leica, prestasi flagship, bateri yang tahan lama dan pelbagai ciri pintar pada HyperOS yang sentiasa berevolusi, Xiaomi 17T Pro membuktikan pengalaman premium boleh nikmati oleh semua tanpa perlu membayar harga flagship ultra-premium. Kini persoalannya bukan sama ada ia mampu bersaing, tetapi sama ada anda sudah bersedia untuk beralih kepada Xiaomi 17T Pro.
Xiaomi 17T Pro kini boleh ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM2,899 untuk varian 12GB + 256GB (Eksklusif Online) , RM3,199 untuk 12GB + 512GB, dan RM3,499 untuk 12GB + 1TB. Anda juga akan menikmati pelbagai manfaat eksklusif termasuk jaminan lanjutan 1+1 tahun, perlindungan kerosakan skrin selama 6 bulan (sekali sahaja), 3 bulan YouTube Premium, 4 bulan Spotify Premium, dan 3 bulan Google AI Pro.
Dapatkannya Xiaomi 17T Pro di
🛒 Laman rasmi Xiaomi Malaysia
🛒 Stor rasmi Xiaomi di Shopee
🛒 Stor flagship Xiaomi di Lazada
🛒 Stor rasmi Xiaomi di TikTok Shop















