OPPO Reno16 Series Memperkenalkan Reka Bentuk 3D Pop Planet dengan Teknologi HoloVerse 3D

Selama bertahun-tahun, OPPO Reno Series terus meneroka kemungkinan baharu dalam estetika telefon pintar, menggabungkan kemahiran pembuatan berkualiti tinggi dengan identiti visual yang tersendiri.
Dengan pelancaran Reno16 Series di Malaysia pada 8 Julai ini, OPPO bakal memperkenalkan teknologi inovatif hasil maklum balas pengguna yang menjadi asas kepada versi terbaharunya.
Diilhamkan daripada idea bahawa setiap individu mempunyai dunia unik mereka sendiri yang penuh warna, OPPO Reno16 Series direka untuk mencerminkan generasi yang meraikan rasa ingin tahu, ekspresi diri dan identiti yang pelbagai.
Hasilnya ialah reka bentuk baharu 3D Pop Planet Design yang eksklusif pada warna Pop White Reno16 Series yang membawa elemen kedalaman dan dimensi baharu dalam estetika telefon pintar dengan cara yang lebih visual serta peribadi. Apabila peranti bergerak di tangan pengguna, imej sebuah planet kelihatan seperti terapung di atas penutup belakang, menghasilkan kesan 3D yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Seni Menarik Melalui Inovasi Teknologi: Teknologi HoloVerse 3D OPPO
Bayangkan terdapat jutaan projektor mikro bersaiz kecil yang terbina di bawah penutup belakang Reno16 Pop White, setiap satunya terdiri daripada kanta mikro (microlens), lapisan substrat dan corak grafik tersendiri.
Corak grafik ini terdiri daripada serpihan perspektif tertentu yang membentuk imej lengkap sebuah planet dalam bentuk 3D. Apabila cahaya melalui susunan kanta mikro tersebut, setiap kanta menghasilkan serpihan kecil imej yang kemudiannya digabungkan untuk membina semula gambaran penuh planet yang kelihatan terapung di atas permukaan peranti.
Di sebalik reka bentuk 3D Pop Planet Design ialah teknologi eksklusif OPPO iaitu HoloVerse 3D Technology, yang berasaskan prinsip pengimejan optik dikenali sebagai Integral Imaging.
Teknik ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1908 oleh ahli fizik Gabriel Lippmann, yang menggunakan susunan kanta mikro untuk merakam dan menghasilkan semula medan cahaya tiga dimensi. Namun, teknologi ini sebelum ini kebanyakannya terhad kepada bidang penyelidikan kerana cabaran dalam pembuatan optik dan percetakan nano berskala kecil.
Imej holografik sebenarnya sering ditemui dalam kehidupan harian, terutamanya pada wang kertas seperti jalur keselamatan holografik pada wang kertas RM10, RM20 dan RM50. Namun, teknologi holografik tahap mata wang semasa hanya mampu menghasilkan corak berulang daripada susunan tertentu, di mana satu kanta mikro hanya berkaitan dengan satu grafik.
Teknologi HoloVerse 3D OPPO mengatasi batasan tersebut, dengan setiap kanta mikro mempunyai corak mikro unik tersendiri.
Dengan kerjasama rakan industri, jurutera OPPO telah memperhalusi struktur optik asas dan meningkatkan kedalaman efek terapung sehingga 15mm, yang merupakan antara yang tertinggi dalam industri, sambil mengekalkan kejernihan serta kestabilan imej.
Pelbagai pengoptimuman dilakukan termasuk pemodelan optik, ketinggian suspensi, lebar garisan serta parameter struktur susunan corak mikro bagi menghasilkan kesan visual tersebut.
Rasakan Kreativiti Tanpa Had Dengan Reno16 Series
Keupayaan kreatif Reno16 Series turut diteruskan melalui sistem kameranya. Dilengkapi dengan Ultra-Clear Camera System yang terkemuka dalam kelasnya, kamera swafoto ultra lebar 50MP Reno16 mampu menangkap emosi sebenar pengguna dengan hasil yang sesuai dikongsi di media sosial.
Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kreatif berasaskan AI yang dibangunkan berdasarkan maklum balas pengguna media sosial serta kerjasama pencipta kandungan di seluruh dunia.
Untuk pengalaman fotografi kreatif, Reno16 Series memperkenalkan Pop Cam — mod kamera khas yang menawarkan sembilan penapis yang menghasilkan semula gaya fotografi analog ikonik seperti Instant Film, Digicam dan Light Leak, semuanya tersedia dalam format foto bergerak.
Bagi memastikan prestasi dalam keadaan pencahayaan mencabar, Pop Cam disokong oleh teknologi AI Flash Photography 3.0, menggunakan sistem Dual 2020 Flash yang dinaik taraf dengan tiga tahap pencahayaan boleh laras. Teknologi ini direka untuk mengelakkan pendedahan cahaya berlebihan sambil mengekalkan tona kulit yang lebih tepat.
Pengeditan Lebih Kreatif Dengan AI
Dari segi suntingan, Reno16 Series memperkenalkan AI Remix Collage, yang membolehkan pengguna menggabungkan foto bergerak dan klip video menjadi kolaj dinamik menggunakan ciri AI Motion Cutout — semuanya dalam satu aplikasi.
Enjin pemotongan gerakan (motion matting engine) menggunakan pemodelan temporal dan gabungan bingkai adaptif untuk memastikan urutan berbilang bingkai kekal lancar serta konsisten. Seni bina berbilang cabang turut meningkatkan ketepatan pengecaman untuk pelbagai jenis subjek.
Selain itu, AI Motion Photo Popout 2.0 memperluaskan efek objek keluar dari gambar ke semua arah, serta meningkatkan keupayaan pengecaman subjek bukan sahaja untuk manusia dan haiwan peliharaan, tetapi juga bangunan serta objek harian.
Melengkapkan pengalaman tersebut, aplikasi Photos kini mempunyai tab khas Create yang menghimpunkan semua alat penyuntingan dalam satu tempat, dengan pintasan satu sentuhan bagi memudahkan pengguna mengakses pelbagai fungsi tanpa perlu mencari secara manual.
Ketika Reno Series terus berkembang, OPPO kekal komited untuk menjadikan ekspresi kreatif lebih mudah dan ringan — membantu pengguna merakam, berkongsi serta menampilkan diri mereka yang sebenar sambil mencipta dunia unik mereka sendiri.
OPPO Reno16 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Julai 2026.
Tempoh pra-tempahan OPPO Reno16 Series bakal berakhir tidak lama lagi. Pengguna yang membuat pra-tempahan sebelum hari pelancaran berpeluang menikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM1,198, termasuk hadiah edisi terhad OPPO Reno16 Series x BABYMONSTER Limited Edition Gifts atau Reno16 Series Gift Box.



