Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V6 mula dijual secara rasmi – Inovasi Telefon Boleh Lipat Tanpa Kompromi

HONOR Magic V6 mula dijual secara rasmi - Inovasi Telefon Boleh Lipat Tanpa Kompromi 1

HONOR Magic V6 mula dijual secara rasmi - Inovasi Telefon Boleh Lipat Tanpa Kompromi 2

Pelancaran jualan pertama HONOR Magic V6 hari ini telah menarik kehadiran ramai pelanggan ke HONOR Experience Stores di seluruh negara untuk mencuba dan membeli telefon boleh lipat flagship terbaharu jenama itu.

Pelanggan meluahkan keterujaan terhadap ketahanan perant yang mencatat rekod baharu, kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya serta pemproses Snapdragon tahap flagship. Ramai turut menyatakan keupayaan AI multitugas yang lebih maju serta kesalinghubungan rentas platform dengan peranti Apple sebagai antara faktor utama minat mereka terhadap peranti ini.

HONOR Magic V6 mula dijual secara rasmi - Inovasi Telefon Boleh Lipat Tanpa Kompromi 3

Nikmati Pakej Hadiah PERCUMA bernilai RM2,597 termasuk HONOR Gift Musical Neck Pillow

Pelanggan kini boleh mendapatkan HONOR Magic V6 di semua HONOR Experience Stores di seluruh negara. Setiap pembelian disertakan pakej hadiah percuma bernilai RM2,597, termasuk Bantal Leher Muzikal HONOR Gift Musical Neck Pillow, Perlindungan Skrin Retak Tanpa Risau Setahun, dan pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun.

Peranti ini juga boleh didapati melalui HONOR Malaysia Online Store, serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia turut dijual di rakan peruncit Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

HONOR Magic V6 membawa peningkatan besar berbanding generasi sebelumnya. Ia lebih tahan lasak, lebih berkuasa serta menawarkan kesalinghubungan rentas ekosistem yang lebih lancar, sambil mengekalkan reka bentuk ultra nipis hanya 8.75mm apabila dilipat.

HONOR Magic V6 mula dijual secara rasmi - Inovasi Telefon Boleh Lipat Tanpa Kompromi 4

HONOR Magic V6 kini tersedia di Seluruh Negara 

HONOR Magic V6 hadir dalam empat pilihan warna premium iaitu Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White dan Classic Black. Peranti ini ditawarkan dalam dua konfigurasi memori dan storan, iaitu RAM 16GB dengan ROM 512GB pada harga RM7,699, manakala RAM 16GB dengan ROM 1TB dijual pada harga RM8,899

Baca : ULASAN : HONOR Magic V6 – Standard baharu ketahanan pada telefon pintar boleh lipat

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.