Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y31s kini rasmi di Malaysia – tahan lasak dan terbaik untuk rider

vivo Y31s kini rasmi di Malaysia - tahan lasak dan terbaik untuk rider 1

vivo Y31s kini rasmi di Malaysia - tahan lasak dan terbaik untuk rider 2

vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu vivo Y31s yang tampil sebagai telefon pintar kelas midrange yang sangat ideal untuk pengguna Malaysia khususnya kepada rakan-rakan rider penghantaran.

Terus ke spesifikasi, vivo Y31s hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi FHD+ dan kadar kecerahan maksima sehingga 920 nits (HBM). ianya dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 2 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB serta OriginOS 6 dengan 50 Smooth Operation.

vivo Y31s kini rasmi di Malaysia - tahan lasak dan terbaik untuk rider 3

Seterusnya, vivo Y31s juga hadir dengan sensor utama 50MP + sensor depth 2MP serta kamera selfie 32MP.

Beralih kepada bateri, vivo Y31s juga memiliki bateri BlueVolt 6500mAh dengan pengecasan pantas Smart 44W FlashCharge (0-100%) dalam 69 minit.

Lain-lain spesifikasi vivo Y31s ini adalah sokongan NFC, penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69, audio boost sehingga 400%.

vivo Y31s kini rasmi di Malaysia - tahan lasak dan terbaik untuk rider 4

vivo Y31s akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Midnight KL Purple dan Glowing Black pada harga RM 1,199 bagi versi 6GB/256GB dan RM 1,499 bagi versi 8/256GB.

Setiap pembelian juga akan menerima RM 50 fuel card yang layak untuk BUDI95 dan 6 bulan lanjutan waranti.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.