Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : vivo Y31s – telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 1

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 2

Pengenalan

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo Y31s, sebuah telefon pintar yang menunjukkan komitmen syarikat ini untuk menghasilkan telefon pintar yang bukan sahaja hebat dari segi spesifikasi, malah praktikal untuk kegunaan seharian.

Dengan vivo Y31s, vivo membawakan teknologi yang boleh dipercayai buat rakyat Malaysia yang bekerja, sering dalam perjalanan, berulang-alik, dan perlu kekal berhubung setiap hari sesuai dengan slogan *Always Onz*.

Selain itu, vivo juga telah melancarkan vivo Y31s sebagai sebuah telefon pintar terbaik untuk rider dengan menawarkan prestasi yang lebih lancar dan cekap semasa penggunaan berpanjangan.

Selain daripada pengalaman terbaik menggunakan aplikasi Grab, vivo Y31s dibina untuk menangani keadaan harian yang mencabar dengan bateri BlueVolt 6500mAh, ketahanan habuk dan air bertaraf IP68 serta IP69+, Pensijilan SGS Gold Five-Star, dan Pensijilan Gred Ketenteraan.

Ciri-ciri ini menjadikan peranti ini sebagai teman yang boleh diharap bagi pengguna yang memerlukan jangka hayat bateri yang tahan lama, ketahanan yang lebih lasak, dan ketenangan fikiran sepanjang hari.

Untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang vivo Y31s, teruskan membaca ulasan vivo Y31s kami sehingga ke perenggan akhir.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 3

Reka Bentuk

vivo Y31s menampilkan reka bentuk yang elegan dan premium dengan panel belakang flagship quad curved back cover yang memberikan keselesaan apabila dipegang. Peranti ini menggabungkan bingkai dengan kemasan matte serta hiasan logam pada gelung kamera, yang bukan sahaja memberikan perlindungan tambahan pada lensa tetapi juga menyerlahkan estetika moden yang sofistikated.

Selain itu, vivo Y31s hadir didalam dua pilihan warna iaitu Midnight KL Purple yang diinspirasikan daripada suasana malam Kuala Lumpur, memberikan sentuhan yang tenang dan bercahaya Dan Glowing Black yang membawa tema kosmik dengan kilauan perak halus yang melambangkan keindahan galaksi pada waktu malam.

Seterusnya, dari segi praktikaliti, vivo Y31s direka untuk penggunaan harian yang selesa dimana telefon pintar ini mempunyai rekaan yang nipis iaitu hanya 8.39mm dengan berat 209gram.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 4

Dalam pada itu, vivo Y31s juga menawarkan tahap ketahanan yang sangat tinggi seperti penarafan IP68 dan IP69+ yang membolehkan ia bertahan daripada rendaman air dalam tempoh yang lama serta tahan terhadap pancutan air bertekanan tinggi dan suhu tinggi.

Selain itu, vivo Y31s juga hadir dengan ciri One-Tap Dust Ejection yang membantu mengeluarkan air daripada pembesar suara melalui getaran frekuensi rendah, manakala ciri Wet-Hand Touch membolehkan skrin tetap berfungsi walaupun tangan pengguna basah.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 5

Lebih lanjut, vivo Y31s juga telah menerima pensijilan SGS Gold Five-Star bagi rintangan jatuh serta Pensijilan Gred Ketenteraan (MIL-STD-810H) untuk ketahanan terhadap kejutan.

Seterusnya, vivo Y31s juga memiliki Guardian Glass (twice-hardened) melalui 19 langkah berketepatan tinggi meningkatkan rintangan tusukan dan impak permukaan 100% lebih baik berbanding model terdahulu.

Bagi memastikan vivo Y31s “Always Onz” di situasi penggunaan dunia sebenar , ia telah menjalani siri ujian yang sangat ketat, termasuk 42,000 ujian jatuh dari ketinggian rendah bagi mensimulasikan jatuhan dari atas meja atau sofa, 10,000 ujian port USB, 150,000 tekanan butang kuasa, dan 70,000 tekanan butang kelantangan.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 6

Skrin Paparan & Audio

vivo Y31s menawarkan pengalaman visual dengan skrin LCD 6.72 inci beresolusi 1080P yang menyokong kadar segar semula 120 Hz untuk prestasi visual yang sangat lancar dan terperinci.

Selain, skrin ini juga hadir kecerahan maksima sehingga 1050 nits melalui mod kecerahan tinggi (HBM) bagi memastikan kandungan jelas dilihat di bawah cahaya matahari dan turut telah menerima pengiktirafan TÜV Rheinland untuk perlindungan mata daripada cahaya biru berbahaya.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 7

Dari segi tetapan kadar segar semula, vivo menawarkan tiga mod tetapan bagi kadar segar semula iaitu Smart Adaptation (kadar dinamik bergantung kepada kandungan yang dipaparkan), Standard (60Hz) dan High (120Hz).

Bagi aspek audio pula, vivo Y31s mendahului industri dalam julat harganya dengan keupayaan volum sehingga 400%, yang membolehkan nada dering, muzik, dan suara panggilan tetap jelas didengar walaupun dalam persekitaran yang bising atau dari jarak sejauh 75 meter. Penyediaan dwi-pembesar suara (dual speaker) pada peranti ini meningkatkan kualiti bunyi dengan mencipta suasana stereo yang lebih kaya, memberikan bass yang padu, vokal yang magnetik, serta kejelasan spatial yang tepat untuk aktiviti seperti menonton drama, mendengar muzik, dan bermain permainan video.

Sistem Dwi-Pembesar Suara ini sudah pastinya membantu pengguna dalam senario tertentu seperti di jalan raya yang sibuk dengan perbualan, ciri Volume Boost 200% atau 400% yang memastikan anda masih boleh mendengar dengan jelas semasa panggilan telefon atau situasi bagi

pekerja kolar biru yang masih boleh mendengar panggilan masuk atau pesanan suara di tengah-tengah bunyi mekanikal di kilang atau di tapak pembinaan.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 8

Pemproses

vivo Y31S dikuasakan cip kelas midrange daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 4 Gen 2 yang merupakan cipset 4nm yang amat popular dan sangat ‘reliable’. Ianya juga telah mencatat mata ujian AnTuTu sebanyak 427069 mengatasi cipset pencabar (Dimensity 6300) yang memperoleh 422141 mata.

Bersama cipset ini, vivo Y31s hadir dengan 8GB RAM (8GB Extended RAM) dan storan dalaman 256GB (UFS 3.1). Ia turut memiliki ciri Storage Compression yang memampatkan data daripada aplikasi yang jarang digunakan. Ini membantu membebaskan lebih banyak storan untuk aplikasi serta menyimpan gambar dan video.

Selain itu, melalui kerjasama yang mendalam dengan Grab, vivo Y31S telah dioptimumkan untuk penggunaan kuasa secara khusus untuk penunggang Grab.

Dengan menggunakan pelarasan kadar bingkai berasaskan senario dan strategi kawalan suhu, pengurangan pemanasan telefon serta pengurangan penggunaan bateri yang melampau berjaya dicapai tanpa menjejaskan kelancaran aplikasi, sekali gus menangani kebimbangan penunggang mengenai jangka hayat bateri dan masalah telefon panas.

Hasil daripada pengoptimuman ini, jangka hayat bateri telah meningkat sebanyak 28.66% dan tempoh telefon menjadi terlalu panas telah berkurangan sebanyak 60%.

Seterusnya, vivo Y31s juga dikuasakan dengan OriginOS  6 yang turut tampil dengan jaminan Smooth Operation selama 50 bulan, membolehkan anda mengendalikan aplikasi dan fail dengan lancar walaupun selepas penggunaan yang berpanjangan.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 9

Selain itu, vivo Y31s turut hadir dengan ciri Origin Island yang berfungsi sebagai ruang notifikasi pintar di bahagian atas skrin. Ia memaparkan maklumat penting secara masa nyata dalam bentuk kapsul dinamik, seperti status bateri, rakaman suara, sambungan peranti audio, serta kemajuan aktiviti seperti penghantaran makanan atau muzik yang sedang dimainkan.

Selain itu, Origin Island juga menyokong fungsi Copy & Go dan Drag & Go, yang membolehkan pengguna menyalin atau menyeret teks, imej atau maklumat terus ke kawasan tersebut untuk membuka aplikasi berkaitan secara automatik. Contohnya, nombor telefon boleh terus dibuka dalam aplikasi panggilan, manakala imej boleh dikongsi dengan cepat ke aplikasi sosial.

Ciri ini turut menawarkan Suggestion Island, di mana sistem akan memberi cadangan pintar berdasarkan situasi penggunaan, seperti navigasi perjalanan harian atau maklumat mesyuarat. Secara keseluruhan, Origin Island membantu menjadikan interaksi dengan peranti lebih pantas dan praktikal tanpa perlu menukar aplikasi secara manual.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 10

AI Search – Masalah mencari fail lama atau mesej yang terselindung kini selesai dengan AI Search. Berbeza dengan carian biasa, ia memahami bahasa natural. Anda tidak perlu ingat nama fail yang tepat; cukup sekadar menaip “laporan akademik bulan lepas” atau “tempahan hotel di Kuala Lumpur”, dan AI akan memaparkan dokumen tersebut dengan tepat.

AI Creation – Sama ada anda buntu mencari idea atau ingin memurnikan e-mel rasmi, AI Creation sedia membantu. Ciri ini bertindak sebagai editor peribadi yang boleh:

• Summarize: Memendekkan teks yang panjang.

• Polishing: Membaiki gaya bahasa agar lebih profesional.

• Templat Pintar: Membantu menghasilkan draf untuk artikel, nota mesyuarat, dan perkongsian kreatif dengan lebih efisien.

AI Captions

AI Captions bukan sekadar memaparkan sari kata, tetapi berfungsi sebagai pembantu mesyuarat yang lengkap:

Transkripsi Real-Time: Menukar percakapan terus kepada teks supaya anda tidak perlu lagi menyalin nota secara manual.

Lebih lanjut, vivo Y31s juga membawakan sokongan pembantu AI seperti Gemini Dan Circle to Search yang kini menjadi features wajib pada semua telefon pintar. Ia turut memiliki NFC yang memudahkan proses tambah nilai (TNG), sokongan pembayaran Google Pay, proses pairing lebih mudah dan menyimpan data kad askes.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 11

Kamera

vivo Y31s hadir dengan keupayaan kamera yang serba boleh dan berkuasa untuk memenuhi keperluan fotografi serta videografi pengguna.

Untuk itu, vivo Y31s hadir dengan sensor utama 50 MP Ultra HD yang mampu memberikan hasil gambar yang sangat jelas. Ia turut menampilkan sokongan kamera bokeh 2 MP untuk kesan depth yang lebih artistik serta keupayaan fotografi bawah air yang unik dengan kawalan butang fizikal untuk memudahkan pengambilan gambar dalam keadaan basah

Dalam pada itu, vivo Y31s juga hadir dengan sensor selfie 32 MP yang memastikan setiap perincian wajah dirakam dengan tajam dan tampak semula jadi.

Bagi meningkatkan kualiti gambar dan video, vivo Y31s menyertakan pelbagai ciri pintar seperti AI Erase untuk membuang objek atau individu yang tidak diingini, serta AI Photo Enhance yang mampu memulihkan gambar yang kabur atau rendah kualiti kepada hasil yang lebih jelas.

Pengguna juga diberikan kebebasan kreatif yang luas melalui ciri Multi-Style Portrait untuk gaya potret pelbagai, serta Stylish Night Filters yang menawarkan pilihan estetik unik seperti Cyberpunk, Black & Gold, dan Green Orange bagi rakaman waktu malam yang lebih menarik.

Dari segi rakaman video, ciri seperti Dual-View Video dan Live Photo memberikan dimensi baharu dalam merakam detik penting dengan lebih dinamik dan mengasyikkan.

Secara keseluruhannya, sistem kamera pada vivo Y31s bukan sahaja berkuasa dari segi spesifikasi teknikal, malah ia sangat intuitif dan menyeronokkan untuk digunakan. Dengan gabungan teknologi AI yang canggih, keupayaan fotografi bawah air yang unik, serta pelbagai gaya kreatif untuk potret dan rakaman malam

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 12

Bateri

vivo Y31s hadir dengan bateri BlueVolt berkapasiti 6500 mA yang membolehkan telefon pintar ini bertahan untuk penggunaan intensif, seperti 5 jam navigasi dan 5 jam video pendek, dengan baki bateri sebanyak 17% selepas 10 jam penggunaan berterusan.

Selain itu, peranti ini mempunyai waktu standby yang luar biasa iaitu sehingga 9.6 hari dan turut dilengkapi dengan pengoptimuman tidur untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak diingini pada waktu malam.

Dalam keadaan kecemasan, mod Super Battery Saver membolehkan 1% kuasa bateri menawarkan sehingga 12 minit panggilan 4G atau 2.1 jam WhatsApp background standby.

Selain kapasiti yang besar, vivo Y31s juga dibina untuk jangka hayat yang panjang, di mana kesihatan baterinya dijamin kekal 80% dan ke atas walaupun selepas 1600 kitaran pengecasan, yang menyamai kira-kira 4.6 tahun penggunaan.

Ketahanan ini dicapai melalui reka bentuk perkakasan yang canggih dengan struktur anod dan katod yang stabil, serta algoritma kesihatan bateri terbina dalam yang melindungi peranti daripada pengecasan berlebihan dan suhu tinggi.

Pengguna juga mempunyai fleksibiliti untuk menetapkan had pengecasan atas (custom charging upper limit) kepada 80% atau 90% bagi meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 50%.

Bagi melengkapkan keupayaan bateri ini, vivo Y31s juga hadir dengan pengecasan Smart 44W FlashCharge yang membolehkan pengecasan pantas dan selamat. Teknologi ini bukan sahaja memberikan kelajuan pengecasan yang efisien—seperti mengecas dari 1% hingga 100% dalam masa 96 minit—malah turut dilengkapi dengan 29 dimensi perlindungan keselamatan bagi memastikan keselamatan menyeluruh semasa proses pengecasan berlangsung.

Gabungan antara kapasiti besar, jangka hayat yang panjang, dan teknologi pengecasan yang efisien menjadikan vivo Y31s sebagai teman yang sangat praktikal bagi pengguna yang mementingkan ketahanan bateri bagi memenuhi keperluan dalam rutin harian mereka.

ULASAN : vivo Y31s - telefon pintar yang tahan lasak dengan jangka hayat bateri luar biasa 13

Penutup

vivo Y31s terbukti sebagai telefon pintar yang sangat pratikal untuk pengguna terutamanya bagi rider yang memerlukan sebuah telefon pintar yang tahan lasak, menawarkan jangka hayat bateri yang lama dan berprestasi tinggi sepanjang hari.

Sebagai sebuah telefon pintar  kelas midrange, vivo Y31s juga hadir pada price point yang sangat berpatutan iaitu pada harga dari RM 1,199 sahaja.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.