Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Malaysia Buka Penyertaan untuk vivo X300 Ultra Youth Creator Awards, Mengangkat Generasi Baharu Pencipta Kandungan

vivo Malaysia Buka Penyertaan untuk vivo X300 Ultra Youth Creator Awards, Mengangkat Generasi Baharu Pencipta Kandungan 1

vivo Malaysia hari ini secara rasmi membuka penyertaan untuk vivo X300 Ultra Youth Creator Awards sebuah pertandingan video pendek pada peringkat kebangsaan yang diwujudkan bagi memperkasakan golongan muda Malaysia untuk berkongsi cerita mereka melalui fotografi telefon pintar dan penciptaan kandungan.

Terbuka kepada warganegara dan penduduk Malaysia berusia 17 hingga 28 tahun, pertandingan ini mengajak peserta menghantar video pendek asli antara 8 hingga 21 Jun 2026 berdasarkan salah satu daripada tiga tema kreatif: Everyday Life, Explore The World dan Pet Diaries. Kempen ini berlangsung dari 8 Jun hingga 15 Julai 2026 dalam dua peringkat. Peringkat pertama, dari 8 hingga 21 Jun, merupakan sesi penyerahan terbuka untuk video pendek asli. Lima penyertaan terbaik akan disenarai pendek ke peringkat akhir, di mana pencipta kandungan terpilih akan menerima vivo X300 Ultra untuk menghasilkan video baharu dari 29 Jun hingga 15 Julai sebelum pemenang diumumkan.

Pemenang akan menerima hadiah berupa produk vivo, pengalaman pelancongan serta peluang meneruskan perjalanan kreatif mereka dengan Akses Eksklusif 1 Tahun kepada peranti vivo.

vivo Malaysia Buka Penyertaan untuk vivo X300 Ultra Youth Creator Awards, Mengangkat Generasi Baharu Pencipta Kandungan 2

Berteraskan mesej kempen “Born to Create,” vivo X300 Ultra Youth Creator Awards mencerminkan kepercayaan vivo bahawa setiap individu, lokasi dan detik yang berlalu mempunyai kisah yang berbaloi untuk dikongsi. Seiring video pendek menjadi salah satu medium ekspresi diri yang paling semula jadi bagi generasi muda, telefon pintar kini bukan lagi sekadar alat komunikasi. Ia telah berkembang menjadi alat kreatif yang membolehkan generasi baharu merakam kehidupan secara spontan, berkongsi perspektif peribadi dan membina identiti visual mereka sendiri.

vivo Malaysia Buka Penyertaan untuk vivo X300 Ultra Youth Creator Awards, Mengangkat Generasi Baharu Pencipta Kandungan 3

Melalui pertandingan ini, vivo Malaysia berhasrat untuk menawarkan lebih daripada sekadar platform pertandingan kepada pencipta muda. Ia merupakan peluang untuk mereka mendapat pengiktirafan, galakan dan hubungan yang lebih bermakna melalui kandungan yang autentik, peribadi dan dekat dengan kehidupan sebenar. Sama ada merakam detik harian yang sederhana, penemuan ketika mengembara, keunikan haiwan peliharaan, atau kemeriahan persembahan secara langsung, setiap perjalanan kreatif boleh bermula dengan peranti yang berada di tangan mereka.

vivo Malaysia Buka Penyertaan untuk vivo X300 Ultra Youth Creator Awards, Mengangkat Generasi Baharu Pencipta Kandungan 4

Alat Kreatif untuk Setiap Jenis Pencipta Muda

Menyokong pertandingan ini ialah vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE, dua telefon pintar berfokuskan pengimejan yang direka untuk membantu pencipta muda menghasilkan kandungan dalam pelbagai situasi kreatif.

Bagi pencipta muda yang ingin meneroka penghasilan kandungan yang lebih sinematik, vivo X300 Ultra membawakan teknologi pengimejan bertaraf flagship bersama sistem optik ZEISS, ketepatan telefoto dan keupayaan video profesional dalam sebuah peranti mudah alih. Dilengkapi dengan ZEISS Triple Prime Lenses, 200MP 85mm Portrait Mode ZEISS APO Super Telephoto Lens dengan 3° Gimbal-Level OIS Stabilisation, rakaman 4K 120fps merentasi semua julat fokus, video 10-bit Log, serta Pro Video Mode yang baharu, X300 Ultra memberikan lebih banyak kawalan kepada pencipta dalam merancang, merakam dan membentuk jalan cerita visual mereka. Daripada video pengembaraan dan gaya hidup kepada persembahan pentas dan kandungan video pendek sinematik, peranti ini dibangunkan untuk menyokong mereka yang mahu membawa penceritaan visual ke tahap yang lebih tinggi.

Sementara itu, vivo X300 FE direka untuk pencipta kandungan harian yang mahukan pengalaman pengimejan bertaraf flagship dalam peranti yang lebih ringan dan mudah digunakan. Dengan 50MP ZEISS Super Telephoto Camera, AI Stage Mode, dan Dual-View Stage Video, X300 FE membantu pengguna merakam perincian dari jauh, detik persembahan yang lebih jelas, serta reaksi yang lebih autentik dalam pelbagai situasi seperti kehidupan harian, aktiviti kampus, pengembaraan, konsert dan kandungan media sosial. Ia juga serasi dengan vivo ZEISS 200mm Telephoto Extender Gen 2, membolehkan pengguna meneroka perspektif telefoto yang lebih menarik dari jarak jauh.

Secara keseluruhannya, X300 Ultra dan X300 FE mencerminkan kepercayaan utama kempen ini bahawa penciptaan kandungan tidak perlu menunggu kelengkapan profesional. Sebaliknya, telefon pintar yang tepat mampu membantu pencipta muda merakam video konsert yang lebih stabil, detik pencahayaan rendah yang lebih kaya, memori pengembaraan yang lebih hidup, kisah harian yang lebih jelas, serta kandungan yang benar-benar mencerminkan perspektif mereka sendiri.

Bengkel “Born to Create” akan Memulakan Gerakan Youth Creator

Menjelang tempoh penyertaan pertandingan, vivo Malaysia telah menganjurkan “Born to Create” Workshop pada 4 Jun 2026, sebuah acara pengalaman kreator secara langsung yang dibangunkan dengan kerjasama JPM Museo dan FoneRewards.

Diadakan di JPM Museo, bengkel ini menghimpunkan pencipta muda yang bercita-cita tinggi untuk menjalani pengalaman sehari penuh dalam fotografi telefon pintar, penghasilan video pendek sinematik, fotografi potret dan sesi networking bersama komuniti kreator. Lokasi tersebut menampilkan lebih daripada 140 kereta super edisi terhad serta koleksi klasik vintaj, sekali gus menyediakan persekitaran visual yang kaya untuk peserta berlatih menghasilkan kandungan dan meneroka sudut penceritaan yang baharu.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta berpeluang mencuba vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE dalam pelbagai situasi penciptaan kandungan dunia sebenar, termasuk rakaman subjek bergerak, komposisi potret, fotografi gaya persembahan pentas, penceritaan telefoto dan penghasilan video untuk media sosial. Sesi ini berfungsi sebagai pelancaran rasmi kempen dan mengukuhkan komitmen vivo dalam membangunkan ekosistem pencipta muda melalui pembelajaran praktikal, perkongsian pengalaman dan eksplorasi kreatif.

Tema Pertandingan dan Maklumat Penyertaan

Dari 8 hingga 21 Jun 2026, peserta dijemput untuk menghantar kandungan video pendek original di bawah salah satu tema berikut:

Everyday Life

Rakam detik yang bermakna, dekat dengan kehidupan atau menarik dari sudut visual dalam kehidupan harian, kehidupan kampus, persahabatan, rutin harian atau pengalaman peribadi.

Explore The World

Kongsikan kisah pengembaraan, penemuan bandar, pengalaman luar, budaya tempatan atau perspektif unik tentang dunia di sekeliling anda.

Pet Diaries

Tampilkan personaliti, pergerakan, emosi dan pengembaraan harian haiwan peliharaan menerusi penceritaan video pendek yang kreatif.

Peserta perlu memuat naik penyertaan mereka di akaun media sosial awam masing‑masing melalui TikTok, Instagram Reels, Xiaohongshu atau Facebook, menandai vivo Malaysia serta menyertakan hashtag rasmi kempen.

Hadiah Pertandingan dan Pengiktirafan Pencipta

Selain hadiah menarik, semua pemenang akan menerima kelayakan Akses Eksklusif 1 Tahun kepada peranti vivo, yang membolehkan mereka menikmati pengalaman pengimejan telefon pintar, program penciptaan kandungan dan peluang kolaborasi bersama jenama pada masa akan datang.

Hadiah yang ditawarkan termasuk:

● Hadiah Utama: vivo X300 FE + Akses Eksklusif 1 Tahun kepada Peranti vivo

● Tempat Kedua: Pakej Percutian Pulau Redang 3 Hari 2 Malam untuk 2 orang + Akses Eksklusif 1 Tahun kepada Peranti vivo

● Tempat Ketiga: vivo Watch GT2 + Akses Eksklusif 1 Tahun kepada Peranti vivo

● Best Campus Creator Awards (3 pemenang): vivo TWS 3e + Akses Eksklusif 1 Tahun kepada Peranti vivo

Hadiah Utama yang menampilkan vivo X300 FE mencerminkan visi pertandingan ini untuk terus menyokong pencipta muda melangkaui satu kempen semata-mata, dengan menyediakan alat yang membolehkan mereka terus merakam, berkarya dan berkongsi kisah mereka.

 

Tawaran Eksklusif Pelajar

Bagi terus menyokong pelajar dan pencipta muda yang bercita-cita tinggi, vivo Malaysia turut memperkenalkan Student Exclusive Offer bernilai RM150 untuk pembelian vivo X300 FE. Tawaran ini direka untuk menjadikan pengalaman pengimejan mudah alih dan penciptaan kandungan lebih mudah diakses oleh golongan muda yang ingin memulakan perjalanan sebagai pencipta kandungan.

Dengan penyertaan kini dibuka secara rasmi, vivo X300 Ultra Youth Creator Awards mengajak golongan muda Malaysia untuk mengubah detik di sekeliling mereka menjadi kisah yang berbaloi untuk dikongsi, sama ada melalui kehidupan harian, pengalaman pengembaraan, momen bersama haiwan peliharaan mahupun pengalaman secara langsung. Melalui kempen ini, vivo Malaysia terus komited menyokong generasi baharu pencipta kandungan menerusi teknologi pengimejan, pengalaman kreator secara langsung dan peluang pembangunan jangka panjang yang membantu mereka berkarya dengan lebih yakin, jelas dan mengikut gaya tersendiri.

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.