vivo Y31s kini rasmi di Malaysia – tahan lasak dan terbaik untuk rider

vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu vivo Y31s yang tampil sebagai telefon pintar kelas midrange yang sangat ideal untuk pengguna Malaysia khususnya kepada rakan-rakan rider penghantaran.
Terus ke spesifikasi, vivo Y31s hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi FHD+ dan kadar kecerahan maksima sehingga 920 nits (HBM). ianya dikuasakan cip Snapdragon 4 Gen 2 bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB serta OriginOS 6 dengan 50 Smooth Operation.
Seterusnya, vivo Y31s juga hadir dengan sensor utama 50MP + sensor depth 2MP serta kamera selfie 32MP.
Beralih kepada bateri, vivo Y31s juga memiliki bateri BlueVolt 6500mAh dengan pengecasan pantas Smart 44W FlashCharge (0-100%) dalam 69 minit.
Lain-lain spesifikasi vivo Y31s ini adalah sokongan NFC, penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69, audio boost sehingga 400%.
vivo Y31s akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Midnight KL Purple dan Glowing Black pada harga RM 1,199 bagi versi 6GB/256GB dan RM 1,499 bagi versi 8/256GB.
Setiap pembelian juga akan menerima RM 50 fuel card yang layak untuk BUDI95 dan 6 bulan lanjutan waranti.



