Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition tiba di Malaysia pada 19 Jun ini

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition tiba di Malaysia pada 19 Jun ini 1

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition tiba di Malaysia pada 19 Jun ini 2

Selepas pelancaran siri HONOR 600 bulan lalu, HONOR Malaysia kini  memenuhi permintaan peminat MOLLY dengan mengumumkan ketibaan HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition, hasil kolaborasi bersama POP MART sempena ulang tahun ke-20 watak ikonik MOLLY.

Direka khas untuk pengumpul, pencipta kandungan dan pencinta trend, edisi khas ini menggabungkan teknologi AI Image to Video 2.0, kamera berkuasa, bateri tahan lama serta paparan berkualiti tinggi dengan elemen eksklusif watak popular POP MART tersebut.

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition tiba di Malaysia pada 19 Jun ini 3

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition bukan sekadar sebuah telefon pintar flagship. Ia hadir dengan pelbagai elemen bertemakan MOLLY seperti panel belakang dengan ukiran laser MOLLY, antaramuka pengguna (UX) interaktif, animasi watak berbeza ketika pengecasan serta sehingga 20 pilihan tanda air (watermark) foto khas MOLLY.

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition tiba di Malaysia pada 19 Jun ini 4

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition hadir dengan 12GB RAM dan 512GB storan, pada harga RM3,999. Pelanggan turut akan menerima rebat eksklusif RM200, dan setiap pembelian didatangkan dalam kotak hadiah bertemakan MOLLY yang mengandungi koleksi premium berikut:

  • Tali leher telefon (lanyard) edisi khas dan beg telefon bimbit khas
  • Pin pengeluar kad SIM dan sampul surat khas
  • Pelekat filem dan kad lutsinar berbingkai warna

HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition akan mula dijual secara rasmi bermula 19 Jun 2026 di HONOR Experience Store terpilih serta laman web rasmi HONOR. Stok adalah terhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 600 Pro MOLLY Limited Edition, layari: https://bit.ly/H600proMollyEdition.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.