Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V6 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Jun ini

HONOR Magic V6 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Jun ini 1

Screenshot

HONOR Magic V6 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Jun ini 2

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HONOR Magic V6 akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Jun ini.

Barisan telefon lipat HONOR sememangnya terkenal dengan inovasi ketahanan bertaraf industri serta teknologi engsel ultra kukuh. HONOR Magic V6 yang bakal hadir ini dijangka meneruskan legasi tersebut ke tahap lebih tinggi.

Selain luaran yang lasak tetapi elegan, HONOR Magic V6 juga hadir sebagai peranti berkuasa yang direka untuk masa depan. Rakyat Malaysia boleh menantikan pelbagai peningkatan besar termasuk prestasi dan sambungan yang lebih baik, jangka hayat bateri lebih panjang serta keupayaan AI generasi baharu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.