Samsung lancar TV Micro RGB pertama dunia bersama barisan penuh TV dengan Samsung Vision AI

Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan pelancaran barisan penuh TV 2026, yang merangkumi model premium seperti Micro RGB, OLED dan Neo QLED, serta model arus perdana Mini LED dan UHD dengan Vision AI.
Sempena ulang tahun ke-20 sebagai jenama TV No.1 dunia, Samsung terus memperluaskan ciri berkuasa AI ke lebih banyak model, sekali gus membawakan pengalaman tontonan yang lebih pintar, imersif dan diperibadikan kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia.
Pada 2026, Samsung memperluaskan fungsi Vision AI Companion (VAC) ke seluruh barisan TV resolusi 4K dan ke atas, selaras dengan strategi syarikat untuk menjadikan AI sebagai teras pengalaman tontonan.
Vision AI Companion: Pengalaman Lebih Pintar dan Imersif
VAC menggabungkan rangkaian platform perkhidmatan AI Samsung yang paling luas, termasuk Bixby, Perplexity dan Microsoft Copilot, bagi menjadikan pengalaman TV lebih pintar dan diperibadikan. Direka sebagai pendamping hiburan pintar, VAC membantu pengguna menentukan pilihan tontonan, makanan dan audio mengikut citarasa mereka, sekali gus memperluaskan fungsi TV melangkaui sekadar pengalaman tontonan. Barisan TV AI ini turut memperkenalkan ciri hiburan dipertingkatkan AI merentasi filem, sukan dan permainan:
- AI Upscaling Pro: Menggunakan AI untuk menganalisis dan meningkatkan kandungan resolusi rendah secara masa nyata, memberikan perincian, kedalaman dan kontras yang lebih baik
- Color Booster Pro menganalisis dan mengkategorikan adegan bagi menghasilkan warna yang lebih hidup dan realistik.
- AI Soccer Mode: Menganalisis adegan perlawanan secara masa nyata untuk mengoptimumkan gambar dan bunyi, menghasilkan pergerakan bola yang lebih lancar, warna lebih jelas dan audio stadium yang lebih imersif.
- AI Sound Controller Pro: Menganalisis dialog, muzik latar dan kesan bunyi secara masa nyata, membolehkan pengguna melaras elemen seperti ulasan dan bunyi sorakan untuk pengalaman yang lebih imersif.
Micro RGB: Menentukan Masa Depan Kualiti Gambar Premium
Micro RGB memperluaskan pengalaman TV premium Samsung merentasi pilihan saiz skrin yang lebih luas, menawarkan ketepatan warna, kecerahan serta pengalaman tontonan imersif berkuasa AI kepada lebih ramai pengguna.
Micro RGB TV daripada Samsung ini ditawarkan dalam siri R95H dan R85H dalam saiz antara 65 hingga 115 inci, Micro RGB dibangunkan berasaskan teknologi proprietari Samsung, iaitu Micro RGB Technology, yang menggunakan LED mikro merah, hijau dan biru dengan kawalan individu untuk menghasilkan pencahayaan yang lebih tepat, perincian lebih jelas serta warna yang lebih semula jadi.
Selain itu, teknologi Glare Free membantu mengurangkan pantulan cahaya dalam persekitaran terang sekali gus memastikan pengalaman tontonan yang jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
Micro RGB turut menampilkan VAC serta ciri yang dioptimumkan AI dalam kategori TV premium skrin besar Samsung, bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih pintar dan diperibadikan.
Micro RGB AI Engine Pro memperhalus warna, pergerakan dan kedalaman untuk memastikan penonton kekal imersif dalam setiap adegan. Dengan Micro RGB Precision Color 100, paparan warna menjadi lebih penuh dan realistik, dengan sokongan liputan warna 100% BT.2020.
Micro RGB Color Booster Pro dan Micro RGB HDR Pro memanfaatkan teknologi AI Samsung untuk memperhalusi lagi kualiti gambar dengan mengoptimumkan warna dan kontras bagi setiap adegan, menghasilkan visual yang lebih hidup merentasi pelbagai tahap kecerahan.
Sebagai memperkukuh fokus Samsung terhadap keselesaan tontonan premium, model R95H turut menerima pensijilan Safety for Eyes dan Circadian Rhythm Display (CRD) daripada Verband Deutscher Elektrotechniker (VDE), sebuah institusi pengujian global terkemuka yang berpangkalan di Jerman.
OLED: Memperluaskan Barisan untuk Pelbagai Keutamaan Tontonan
Barisan TV OLED 2026 Samsung merangkumi model S95H, S90H dan S85H, menawarkan warna hitam yang lebih mendalam, warna yang kaya, prestasi imersif serta reka bentuk yang lebih kemas merentas pelbagai keutamaan tontonan. Teknologi Glare Free, yang sebelum ini hanya tersedia pada model S95F, kini diperluaskan ke S95H dan S90H, memastikan paparan warna hitam sebenar dan warna yang kaya kekal jelas tanpa gangguan, walaupun dalam persekitaran terang.
Pada model flagship S95H, Samsung memperkenalkan ciri premium yang direka untuk meningkatkan pengalaman hiburan dan seni. Pantone Validated ArtfulColor membantu mengekalkan keaslian karya seni dengan warna yang tepat dan perincian yang tinggi, manakala Art Store memperluaskan pengalaman seni Samsung ke OLED. Reka bentuk FloatLayer turut memberikan paparan sentuhan lebih ringan dan elegan, sekali gus memudahkan integrasi dengan ruang kediaman.
Untuk permainan dan sukan, TV OLED Samsung mempunyai Ultimate Gaming Pack yang memastikan pergerakan pantas kekal lancar dan responsif. Ia menggabungkan Motion Xcelerator 165Hz, sokongan platform VRR seperti AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC Compatible, serta akses pantas kepada ciri gaming untuk pengalaman yang lebih lancar dan intuitif.
Bagi peminat bola sepak, AI Soccer Mode Pro pada S95H dan S90H — serta AI Soccer Mode pada S85H — mengoptimumkan visual dan audio secara masa nyata untuk pengalaman tontonan lebih imersif di rumah.
The Frame: Meningkatkan Pengalaman TV Berorientasikan Seni
Barisan TV The Frame direka untuk pelbagai ruang dan keperluan pemasangan. Merentasi keseluruhan siri ini, pengguna boleh menikmati Art Mode dengan akses kepada lebih 5,000 karya seni terpilih, serta pengalaman diperibadikan melalui VAC.
Model The Frame Pro (LS03HW) menampilkan kualiti paparan Neo QLED serta Wireless One Connect. Turut diperkenalkan ialah model pemasangan terbina dalam, The Frame (LS03HE), yang direka khusus untuk estetika ruang lebih kemas dan bersepadu. Menjelang 2026, model LS03HE hadir dengan skrin berskala galeri bagi menyerlahkan impak karya seni berskala besar di dalam kediaman.
Ciri utama The Frame Pro (LS03HW) termasuk:
- Reka bentuk nipis setebal 24.9mm: Memberikan profil yang lebih elegan dan berinspirasikan seni.
- Reka bentuk bingkai moden dan Wireless One Connect: Menyediakan pemasangan yang lebih kemas tanpa keperluan pendawaian dalam dinding.
- Kualiti gambar Neo QLED: Dipadankan dengan Pantone Validated ArtfulColor dan teknologi Glare Free, menawarkan kontras yang kaya, warna realistik seperti lukisan serta perincian lebih jelas, walaupun dalam persekitaran terang.
Ciri utama The Frame (LS03HE) termasuk:
Reka bentuk terbina dalam: Memudahkan pendawaian di dalam dinding sambil mengekalkan rupa ikonik ‘flush-to-wall’ yang rata dan kemas.
Neo QLED: Kualiti Gambar Dipertingkat dengan Pengalaman Lebih Terhubung
Neo QLED Samsung menggabungkan kualiti paparan AI yang dipertingkatkan dengan pengalaman tontonan lebih bersepadu menerusi model QN80H dan QN70H. Model QN80H ditawarkan dalam pelbagai saiz iaitu antara 50 inci hingga 100 inci, manakala QN70H tersedia dalam saiz 43 hingga 85 inci. Setiap model memberikan tahap kecerahan, kontras dan pengoptimuman pintar yang memenuhi standard pengalaman QLED sebenar.
Disahkan sebagai Real QLED TV oleh TÜV Rheinland, Neo QLED Samsung menggunakan lampu latar cahaya biru dan lapisan quantum dot tulen untuk mengekalkan spektrum warna yang stabil serta prestasi gambar yang konsisten. Real QLED dengan 100% Color Volume membantu memastikan warna kekal tepat dan stabil, walaupun pada tahap kecerahan tinggi. Teknologi Quantum Mini LED pula membolehkan kawalan cahaya yang sangat tepat, menghasilkan kontras yang lebih mendalam, perincian yang lebih jelas serta tahap kecerahan yang konsisten dari satu adegan ke adegan seterusnya.
VAC menjadikan pengalaman tontonan lebih lancar dan intuitif dengan memaparkan maklumat berguna secara semula jadi pada skrin tanpa mengganggu kandungan yang sedang ditonton. Menerusi barisan Neo QLED, Samsung turut memperluaskan pengalaman gambar dan pergerakan berkuasa AI, termasuk 4K Upscaling — dengan sokongan prestasi gaming sehingga 144Hz pada model terpilih — manakala NQ4 AI Processor membantu mengoptimumkan gambar dan bunyi untuk pelbagai jenis kandungan.
Mini LED: Dioptimumkan untuk AI, Kini Lebih Mudah Diakses
Samsung Mini LED menawarkan pengalaman tontonan yang lebih terang dan kaya kepada lebih ramai pengguna. Kawalan cahaya yang lebih tepat serta Pure Spectrum Color memberikan imej dengan kedalaman, kejelasan dan kontras yang lebih jelas dari satu adegan ke adegan seterusnya. Dengan dua model berbeza, Samsung menjadikan teknologi Mini LED dan tontonan berasaskan AI lebih mudah diakses oleh pengguna.
Model M80H, yang ditawarkan dalam saiz 85-, 75-, 65- dan 55- inci, memberikan pengalaman Mini LED paling maju dalam barisan ini dengan menggabungkan kualiti gambar Mini LED Samsung serta pelbagai ciri berasaskan AI untuk sukan, gaming dan tontonan harian:
- Motion Xcelerator 144Hz: Memastikan kandungan berpergerakan pantas kekal lancar dan jelas.
- NQ4 AI Gen2 Processor: Menggerakkan pengoptimuman gambar berasaskan AI.
- AI Sound Controller: Memastikan dialog jelas serta menyeimbangkan suara dan kesan bunyi secara masa nyata.
- Ciri tambahan AI dan personalisasi: Memperluaskan lagi pengalaman gaming dan kandungan.
Ditawarkan dalam saiz 85-, 75-, 65-, 55-, 50- dan 43- inci, model M70H membawa kelebihan teras Mini LED ke segmen yang lebih mampu milik, dengan fokus pada kualiti gambar harian, pergerakan stabil dan pengalaman tontonan sukan yang lebih imersif:
- Mini LED HDR: Memberikan pengalaman tontonan yang lebih dinamik.
- Mini LED Processor 4K: Mengoptimumkan prestasi gambar harian.
- Motion Xcelerator: Membantu adegan pantas kelihatan lebih lancar dan mudah diikuti.
- Adaptive Sound: Mengekalkan audio yang lebih jelas dan seimbang.
Sehingga 31 Mei 2026, pelanggan yang membeli model TV AI Samsung 2026 terpilih dalam tempoh ini layak menebus hadiah eksklusif seperti yang disenaraikan di bawah.








