HONOR Mengumumkan Xiao Zhan sebagai Duta Global Smartphone Siri N; Memulakan Jelajah 600 Series pada 18 Mei

Selepas kejayaan pelancaran siri HONOR 600 Series di Malaysia, HONOR telah mengumumkan bahawa pelakon dan penyanyi terkenal Xiao Zhan sebagai HONOR N Smartphone Global Ambassador. Kerjasama ini meraikan gabungan sempurna antara keanggunan seni Xiao Zhan dan teknologi AI Imaging terkemuka dalam industri pada HONOR 600 Series.
Selain itu, HONOR juga mengumumkan dua roadshow akan datang untuk siri HONOR 600 di Putrajaya dan Johor Bahru, dengan hentian pertama di IOI City Mall dari 18 hingga 24 Mei 2026. Rakyat Malaysia dijemput untuk mencuba sendiri siri ini melalui zon pengalaman interaktif.
Mereka yang melengkapkan semua aktiviti boleh menebus pembesar suara Bluetooth HONOR secara percuma. Stok adalah terhad, jadi rebut peluang untuk merasai keupayaan kamera yang hebat, AI Image to Video yang dipertingkatkan, serta spesifikasi flagship yang dinaik taraf.
Di bawah adalah tiga zon pengalaman interaktif yang menampilkan AI Image to Video 2.0 yang dinaik taraf dan ekosistem HONOR. Pelanggan boleh menyertai aktiviti ini untuk merasai teknologi tersebut dan membawa pulang hadiah seperti speaker Bluetooth HONOR, model 3D dan pelekat casing telefon HONOR, semuanya percuma.
Lukis Impian Anda Secara Langsung dengan AI Image to Video 2.0
Pengguna boleh melukis potret diri, gambar keluarga atau tempat yang ingin dilawati di papan putih, kemudian menggunakan AI Image to Video 2.0 untuk menghidupkan lukisan tersebut, menukar lakaran ringkas menjadi gambar yang lebih realistik.
Jelajah Dunia dengan AI Image to Video 2.0
Pelanggan boleh mengambil gambar di latar belakang Menara Berkembar Petronas menggunakan kamera 200MP Super Sensing HONOR 600 Series. Kemudian AI akan membawa mereka dari Kuala Lumpur ke destinasi impian seperti Menara Eiffel, Piramid atau Taj Mahal, serta membawa pulang gambar bercetak perjalanan tersebut secara percuma.
Pengalaman Ekosistem HONOR
Di zon ketiga, pelanggan boleh meneroka ekosistem HONOR yang merangkumi tablet, komputer riba, jam tangan dan fon telinga, serta memahami bagaimana peranti ini meningkatkan produktiviti dan hiburan.
Selain itu, pelanggan yang berkongsi maklumat roadshow di Instagram atau Facebook akan menerima pelekat casing telefon HONOR secara percuma. Tawaran ini hanya untuk pengguna peranti HONOR sahaja.
Belanja dan Sertai Cabutan Bertuah Bernilai RM127,000
Selain siri HONOR 600, pelbagai peranti HONOR lain turut dijual di roadshow ini. Setiap perbelanjaan RM999 ke atas dalam satu resit akan mendapat satu penyertaan cabutan bertuah. Tambahan satu peluang lagi untuk setiap tambahan RM1000, maksimum empat penyertaan. Hadiah keseluruhan bernilai RM127,000 termasuk HONOR Pad 10 WiFi, printer mudah alih dan air fryer.
Roadshow HONOR 600 Series akan diteruskan ke Paradigm Mall Johor Bahru dari 2 hingga 7 Jun 2026. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia atau lawati www.honor.com/my/.
ULASAN : HONOR 600 Pro 5G – Pencabar iPhone yang Berbaloi atau Sekadar Hype?




