HONOR Magic V6 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Selepas bebeeapa teaser yang mencuri perhatian di media sosial, HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar lipat generasi baharu yang dinanti-nantikan iaitu HONOR Magic V6, akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Selain itu, HONOR juga telah mengesahkan bahawa warna signature baharu HONOR Magic V6 iaitu Ferghana Red yang turut dibawa ke pasaran Malaysia. Ia menampilkan estetika premium, Ferghana Red yang diinspirasikan daripada kekuatan, keunikan dan keindahan yang berkekalan, menjadikannya satu kenyataan fesyen berani untuk golongan profesional moden.
Barisan telefon lipat HONOR sememangnya terkenal dengan inovasi ketahanan bertaraf industri serta teknologi engsel ultra kukuh. HONOR Magic V6 yang bakal hadir ini dijangka meneruskan legasi tersebut ke tahap lebih tinggi.
Selain luaran yang lasak tetapi elegan, HONOR Magic V6 juga hadir sebagai peranti berkuasa yang direka untuk masa depan. Rakyat Malaysia boleh menantikan pelbagai peningkatan besar termasuk prestasi dan sambungan yang lebih baik, jangka hayat bateri lebih panjang serta keupayaan AI generasi baharu.
HONOR Malaysia akan mendedahkan lebih banyak maklumat rasmi serta pengumuman menarik berkaitan Magic V6 pada 21 Mei ini. Ikuti perkembangan terkini menerusi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari HONOR Malaysia.

