Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer Malaysia Kasi Onz Bersemarak Dengan Barisan Gaming Terkini

Acer Malaysia Kasi Onz Bersemarak Dengan Barisan Gaming Terkini 1

Acer Malaysia Kasi Onz Bersemarak Dengan Barisan Gaming Terkini 2

Acer Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba gaming Predator Helios Neo 16, komputer gaming atas meja Predator Orion 5000, paparan Predator XB273U X2 dan paparan mudah alih Nitro PG241Y P1 yang menyediakan pelbagai pilihan untuk para gamer yang meliputi tetapan mudah alih, atas meja dan paparan.

Acer Malaysia Kasi Onz Bersemarak Dengan Barisan Gaming Terkini 3

Predator Helios Neo 16: Prestasi Permainan Berkuasa di Harga Yang Lebih Boleh Tercapai

Predator Helios Neo 16 menawarkan prestasi yang mantap dan reka bentuk gaming yang menonjol  untuk golongan gamer yang bersemangat dan sosial. Ianya dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i7 dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 5070, kipas AeroBlade 3D generasi ke-5, membantu dalam mengekalkan sistem bekerja dengan lancar ketika sesi permainan yang lebih panjang.

Selain itu, Helio Neo 16 juga hadir dengan paparan IPS 16:10 berukuran 16 inci tersedia dengan resolusi  WQXGA+, kadar segar semula 180Hz, kadar masa tindak balas 3ms dan liputan warna sRGB 100%.

Komputer riba ini juga dilengkapi dengan Intel Killer DoubleShot Pro, menggabung Killer Wi-Fi 6E dan Ethernet Killter 2.5G untuk penyambungan yang lebih mantap dan responsif.

Untuk komunikasi dan hiburan, ia juga dilengkapi dengan Audio DTS: X Ultra, piawaian Hi-Res Audio dari Japan Audio Society (JAS) dan Acer PurifiedVoice dengan pengurangan bunyi AI untuk perakaman suara yang lebih jelas dalam sesi permainan, panggilan dan strim langsung.

Acer Malaysia Kasi Onz Bersemarak Dengan Barisan Gaming Terkini 4

Predator Orion 5000: Pusat Kawalan Atas Meja untuk Golongan Gamer yang Serius

Predator Orion 5000 menggabung prestasi dengan penampilan gaming yang tampil dengan rangka 45L yang diperbuat dari 65% Plastik PCR, komputer ini juga dilengkapi dengan panel kaca terbaja yang mematuhi EMI dan lampu ARGB yang boleh diselaraskan, menyediakan prestasi dan gaya kepada para pengguna dalam satu tetapan.

Selain itu, Orion 5000 hadir dengan cip pemproses Intel Core Ultra 7 265F dan grafik NVIDIA GeForce RTX 5070, Predator Orion 5000 menyediakan prestasi mantap untuk permainan yang mencabar, sesi permainan kompetitif, dan aliran kerja kreatif. Ia juga dilengkapi dengan sistem penyejukan Predator CycloneX 360 untuk meningkatkan aliran udara dan memperbaik peralihan haba untuk membolehkan perangkat-perangkat yang penting bekerja dengan sebaiknya.

Predator Orion 5000 dilengkapi dengan RAM DDR5 32GB XMP 6000MHz, boleh di naik taraf sehingga 128GB, dan storan SSD 1TB dengan sokongan untuk penambahan SATA dan M.2 SSD. Penyambungan diperbaik dengan Wi-Fi 7, membolehkan permainan atas talian yang lancar dan peralihan data yang tangkas.

Acer Malaysia Kasi Onz Bersemarak Dengan Barisan Gaming Terkini 5

Predator XB273U X2: Visual yang Tangkas dan Mengasyikkan untuk Pengalaman Permainan yang Kompetitif

Acer Malaysia juga memperkenalkan Predator XB273U X2, paparan gaming QHD 27 inci yang direka untuk golongan gamer yang menginginkan visual yang tangkas, lancar, dan jelas.

Predator XB273U X2 dilengkapkan dengan kadar segar semula yang dirangsang sehingga 210Hz dan kadar masa tindak bala secepat 0.5ms. Membantu dalam mengurangkan kekaburan dan visual yang lancar dalam permainan yang sengit. Resolusi QHD-nya menyediakan kualiti imej yang tajam, menjadikan paparan ini sebagai pilihan paparan yang baik untuk para pemain yang kompetitif yang juga menginginkan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

Acer Malaysia Kasi Onz Bersemarak Dengan Barisan Gaming Terkini 6

Nitro PG241Y P1: Paparan Mudah Alih Lancar untuk  Permainan, Kerja, dan Kegunaan Seharian

Acer Nitro PG241Y P1 adalah paparan gaming mudah alih 23.8 inci yang pertama di Malaysia, sentiasa menyediakan visual selancar 144Hz di mana jua. Panel IPS dengan kadar segar semula yang tinggi menjadikannya pilihan yang sesuai untuk para pengguna yang menginginkan visual yang lebih lancar, sudut pandangan yang lebih luas dan ruang paparan yang lebih besar tanpa menggunakan tetapan paparan yang tetap.

Melalui satu wayar USB-C, Nitro PG241Y P1 adalah pilihan yang serba boleh untuk tetapan dwi paparan dalam ruangan yang terbatas, perkongsian paparan dalam mesyuarat atau disambung pada konsol kegemaran. Dilengkapi dengan kaki yang terbina dalam, para pengguna boleh meletakkannya di atas meja, melaraskan sudut pandangan, atau dipasang sesuai dengan pelbagai kegunaan dengan senang.

Ketersediaan dan Harga

Semua produk baru yang dilancarkan tersedia degan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara.

• Predator Helios Neo 16 tersedia dalam pelbagai pilihan, dijual dengan harga dari RM7,299 dengan NVIDIA GeForce RTX 5050 sehingga RM9,999 dengan NVIDIA GeForce RTX 5070

• Predator Orion 5000 dijual dengan harga RM14,999

• Predator XB273U X2 dijual dengan harga RM799 dan datang dengan jaminan ambil dan hantar semula selama tiga tahun

• Paparan mudah alih Acer Nitro PG241Y P1 dijual dengan harga RM649

Promosi Pameran Bergerak Predator Kasi Onz dan Onz Hour

Pameran bergerak Predator Kasi Onz diadakan di Blue Atrium Sunway Pyramid dari 14 sehingga 17 Mei 2026 menawarkan para pelanggan dengan peluang untuk mengalami peranti-peranti terkini di satu tempat dan menikmati promosi dan ganjaran tambahan untuk setiap pembelian.

Para pelanggan yang membeli produk-produk yang baru dilancarkan ketika pameran bergerak Predator Kasi Onz akan menikmati potongan harga segera dan hadiah percuma, termasuk:

• Predator Helios Neo 16 – Potongan harga segera RM200, fon kepala Predator Galea 365 bernilai RM399 secara percuma, dan kredi Touch ’n Go eWallet bernilai RM300

• Predator Orion 5000 – Potongan harga segera RM1,500 dan kredit Touch ’n Go eWallet bernilai RM300

• Predator XB273U X2 – Potongan harga tambahan RM100

• Acer Nitro PG241Y P1 – Harga istimewa berharga RM499 dan pembesar suara Bluetooth Acer secara percuma

Acer Malaysia Kasi Onz Bersemarak Dengan Barisan Gaming Terkini 7

Di atas semua promosi ini, Acer Malaysia juga menawarkan potongan harga sehingga RM2,000, ganjaran eWallet Touch ‘n Go tambahan dan hadiah percuma dengan nilai sehingga RM1,999 untuk setiap pembelian peranti terpilih ketika pameran bergerak ini.

Predator Onz Hour juga diadakan di mana para pelanggan boleh membeli peranti-peranti terpilih dengan potongan harga istimewa sehingga RM4,499 atau 85%.

Predator Onz Hour akan tersedia dari 11am sehingga 12 tengah hari dan 7pm sehingga 8pm di 16 dan 17 hari bulan Mei 2026 di pameran bergerak Predator Kasi Onz, tertakluk kepada ketersediaan stok peranti terpilih.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.