Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find X9s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,899

OPPO Find X9s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,899 1

OPPO Find X9s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,899 2

Bersama-sama dengan OPPO Find X9 Ultra, OPPO turut melancarkan OPPO Find X9s untuk pasaran global, selain disahkan akan memasuki pasaran Malaysia.

OPPO Find X9s hadir dengan skrin AMOLED 6.59 inci beresolusi 1256×2760, menyokong kadar segar semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 240Hz, serta dilindungi oleh Gorilla Glass 7i.

OPPO Find X9s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,899 3

Dari segi prestasi, ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 9500s, digandingkan dengan 12GB RAM serta pilihan storan 256GB atau 512GB. Untuk fotografi, ia menawarkan sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, telefoto 50MP dengan OIS, dan ultra lebar 50MP dengan autofokus. Kamera hadapan pula adalah 32MP untuk swafoto.

OPPO Find X9s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,899 4

Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 7,025mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W berwayar. Dari segi binaan, ia mempunyai ketebalan 7.99 mm dan seberat 202g.

OPPO Find X9s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,899 5

OPPO Find X9s akan ditawarkan dalam pilihan warna Midnight Grey, Lavender Sky, dan Sunset Orange, serta menjalankan Android 16 dengan antaramuka ColorOS 16.

OPPO Find X9s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 3,899 6

OPPO Find X9s kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 7 Mei 2026 melalui saluran rasmi dan pengedar sah OPPO Malaysia pada harga RM 3,899 bagi versi 12GB/512GB dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Grey, Sunset Orange dan Lavender Sky.

Bersempena pelancarannya, pelanggan yang membuat pra-tempahan dalam tempoh eksklusif ini akan menikmati rebat segera RM300 serta Kotak Hadiah OPPO Find X9s percuma bernilai RM299. Selain itu, pelanggan juga layak untuk membeli Pelan Perlindungan Skrin selama 1 tahun pada harga RM89 (harga asal RM299).

Anda boleh membuat pra-tempahan OPPO Find X9s di semua saluran jualan rasmi OPPO Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.