OPPO Find X9 Ultra kini rasmi di Malaysia pada harga RM 6,799

OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar OPPO Find X9 Ultra, yang juga merupakan model “Ultra” pertama daripada OPPO untuk pasaran global.
Tarikan utama sudah tentu terletak pada sistem quad camera hasil kerjasama Hasselblad. Peranti ini dilengkapi kamera utama 200MP Sony LYT-901 dengan saiz sensor 1/1.12″, aperture f/1.5 serta sokongan OIS.
Selain itu, Find X9 Ultra juga memiliki satu lagi sensor 200MP iaitu sensor telefoto periskop 200MP OmniVision OV52A dengan zoom optikal 3x, serta satu lagi sensor telefoto periskop 50MP Samsung JNL dengan zoom optikal 10x dan penstabilan optikal sensor-shift.
Selain itu, terdapat juga sensor ultra lebar 50MP Sony LYT-600 dengan autofokus serta sensor warna sebenar 3.2MP. sensor 10x optikal ini menggunakan teknologi periskop pantulan prisma lima (quintuple prism reflection) pertama dalam industri, yang membolehkan hasil zoom setaraf optikal sehingga 20x.
Di bahagian hadapan, Find X9 Ultra hadir dengan kamera selfie 50MP Samsung JN5 yang turut menyokong autofokus. Telefon ini juga memperkenalkan Hasselblad Master Mode generasi baharu dengan pemprosesan imej yang dikemas kini tanpa penggunaan AI generatif.
Dalam pada itu, ia turut membawa sokongan rakaman 50MP JPEG MAX dan 50MP RAW MAX dengan kedalaman warna sehingga 16-bit. Mod Hasselblad XPAN juga disertakan bersama keupayaan rakaman video yang dipertingkat.
Untuk video, peranti ini mampu merakam pada resolusi 4K 60fps, 4K 120fps serta 8K 30fps. Ia turut dilengkapi O-Log2 Log, pratonton LUT masa nyata dan sokongan LUT Burn-in, selain penambahbaikan dari segi penstabilan, autofokus dan rakaman audio.
Beralih ke spesifikasi lain, Oppo Find X9 Ultra hadir dengan skrin papara LTPO AMOLED bersaiz 6.82-inci dengan kadar segar semula sehingga 144Hz, resolusi 3168 x 1440 piksel dan kecerahan puncak 3,600 nits. Ia menyokong Dolby Vision, HDR Vivid serta dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2.
Peranti ini turut dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik 3D di bawah skrin serta penarafan kalis air dan habuk IP66, IP68 dan IP69.
Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, kapasiti RAM sehinhha 16GB RAM jenis LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Sistem operasi pula adalah Android 16 berasaskan ColorOS 16.
Seterusnya, Find X9 Ultra hadir dengan bateri berkapasiti 7,050mAh jenis silikon karbon (Si/C) bersama sokongan pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. ia juga hadir dengan sokongan dwi SIM, NFC, Bluetooth 6.0, Wi-Fi 7 dan GPS.
OPPO Find X9 Ultra kini boleh dipra-tempah bermula sekarang hingga 7 Mei 2026 di dalam dua varian dan pilihan warna, iaitu 12GB RAM + 512GB storan pada harga RM6,799, serta 16GB RAM + 1TB storan pada harga RM7,799, dalam warna Tundra Umber dan Canyon Orange.
Bersempena pelancaran ini, pelanggan yang membuat pra-tempahan sepanjang tempoh eksklusif akan menikmati naik taraf storan percuma kepada 16GB RAM + 1TB storan. Selain itu, terdapat juga tawaran pembelian tambahan (purchase with purchase) bagi Pelan Perlindungan Skrin selama 1 tahun pada harga RM99 (harga asal RM399).
OPPO Find X9 Ultra juga boleh dipra-tempah melalui saluran jualan rasmi yang terpilih seperti dibawah :






