Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G kini rasmi di Malaysia

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G kini rasmi di Malaysia 1

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G kini rasmi di Malaysia 2

HONOR secara rasminya telah melancarkan HONOR 600 Series 5G di Malaysia yang mana ianya tampil didalam dua model iaitu HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G.

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.57-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 8,000nits.

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G kini rasmi di Malaysia 3

Beralih kepada chipset, HONOR 600 Pro 5G menjadi telefon pintar HONOR N Series untuk hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite manakala HONOR 600 5G pula hadir dengan cip Snapdragon 7 Gen 4. Ianya memiliki 12GB RAM bersama storan dalaman 256GB atau 512GB.

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G kini rasmi di Malaysia 4

Beralih kepada kamera, HONOR 600 Pro 5G hadir dengan sensor utama 200MP Super Sensing dengan penstabilan CIPA 6.0 OIS dan aperture f/1.5. Ianya juga memiliki sensor telefoto 50MP dengan penstabilan CIPA 6.5 OIS dan aperture f/2.8 yang membawakan AI Zoom sehingga 120x dan sensor ultrawide 12MP serta sensor suhu warna. HONOR 600 5G pula hadir dengan sensor 200MP Super Sensing dan sensor ultrawide 12MP.

Seterusnya, HONOR 600 Series 5G juga membawakan ciri AI Image to Video 2.0 yang lebih berkuasa, AI Photo Agent, Moving Photo Eraser & Breakout Collage, Magic Color, AI Outpainting, AI Eraser, AI Cutout, AI Remove Moire Pattern dan Face Tune & AI Beauty.

Ke bahagian bateri, HONOR 600 Pro 5G dan HONOR 600 5G hadir dengan bateri silikon karbon berkapasiti 7,000mAh bersama pengecasan pantas 80W HONOR SuperCharge namun versi Pro turut disertakan dengan pengecasan 50W Wireless HONOR SuperCharge.

Bercakap mengenai rekaan, HONOR 600 Pro 5G hadir dengan rekaan yang premium yang diperbuat daripada teknologi Cold-Craving bersama kerangka matte serta bezel sisi skrin ternipis dipasaran.

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G kini rasmi di Malaysia 5

HONOR 600 Series akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Golden White, Orange dan Black.

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G kini rasmi di Malaysia 6

HONOR 600 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,099 bagi versi 12/256GB dan RM 3,299 bagi versi 12/512GB. Setiap pra-tempahan juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,935 yang termasuk Fujifilm instax mini Liplay+, rebat bernilai RM 200, 365-day Front & Back Crack Replacement, 1 tahun jaminan waranti dan 1 tahun liquid damage warranty.

HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G kini rasmi di Malaysia 7

HONOR 600 5G akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,599 (12/512GB) dimana setiap pra-tempahan juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,496 yang termasuk HONOR Choice Watch Epic 2, rebat bernilai RM 200, 365-day Front & Back Crack Replacement, 1 tahun jaminan waranti dan 1 tahun liquid damage warranty.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.