ULASAN : HONOR 600 Pro 5G – Pencabar iPhone yang Berbaloi atau Sekadar Hype?

PengenalanHONOR telah mengambil langkah berani dengan memperkenalkan hala tuju baharu untuk siri N mereka, bermula dengan pelancaran HONOR 600 Series di Malaysia. Kali ini, fokusnya bukan lagi sekadar peranti kelas pertengahan, tetapi dinaik taraf ke tahap flagship dengan menjadikan siri ini sebagai sebuah “accessible flagship” yang lebih mampu dimiliki.
Untuk model HONOR 600 Pro 5G, ia tampil dengan peningkatan ketara dari segi prestasi dan inovasi, menawarkan pengalaman premium yang sebelum ini hanya eksklusif untuk peranti flagship yang lebih mahal. HONOR jelas mahu memenuhi permintaan pengguna yang mahukan kuasa, teknologi terkini dan reka bentuk moden tanpa perlu berbelanja terlalu tinggi.
Dalam review ini, kita akan lihat sejauh mana HONOR 600 Pro 5G benar-benar mampu memenuhi gelaran “accessible flagship” yang terus memaju kedudukan syarikat ini sebagai antara pendahulu pasaran tempatan dan global.
Berikut adalah ulasan HONOR 600 Pro 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 3,099.
Reka BentukHONOR 600 Pro 5G dengan jelas membawa identiti yang lebih matang dan premium berbanding generasi sebelum ini dan kali ini, HONOR mahu memberikan pengguna setia N Series sebuah peranti yang betul-betul menawarkan “flagship feel”.
HONOR 600 Pro 5G hadir dengan pertukangan “precision-carved unibody design”, iaitu binaan badan yang nampak solid dan kemas tanpa sambungan yang jelas. Ianya menjadi realiti hasil teknologi pembuatan Cold-Craving yang digunakan bagi menghasilkan panel belakang yang mempunyai ketebalan hanya 0.5mm namun kekuatan lenturan telah dipertingkatkan sebanyak 200%.
Dalam pada itu, HONOR 600 Pro juga hadir dengan frame logam matte, yang bukan sahaja memberi rasa lebih premium, tetapi juga lebih selesa digenggam.
Pada bahagian depan, antara perkara paling menonjol ialah bezel yang sangat nipis (paling nipis pada telefon pintar) sekitar 0.98mm, yang membuatkan paparan nampak lebih luas dan immersive. Rekaan sudut pula dibuat dengan lengkungan radius besar yang simetri, jadi keseluruhan bentuk nampak lebih lembut dan moden, bukan terlalu tajam atau “boxy”
Walaupun kapasiti baterinya adalah besar, HONOR masih berjaya kekalkan profil nipis HONOR 600 Pro 5G ini , iaitu pada ketebalan hanya 7.8mm dengan berat 200g, jadi ia masih dalam kategori selesa untuk penggunaan harian
Beralih ke bahagian belakang, modul kamera HONOR 600 Pro 5G ini direka dengan gaya yang lebih menonjol dan premium, memberi identiti flagship yang jelas. Tambahan pula, kemasan belakang yang minimal dengan pilihan warna seperti Golden White, Orange dan Black menjadikan telefon ini sentiasa menonjol dan menjadi tarikan.
Dari segi ketahanan pula, HONOR 600 Pro 5G turut memiliki penarafan IP69K yang merupakan tahap ketahanan air dan habuk tertinggi dalam industri (ianya juga memiliki penarafan IP68 dan IP69).
Dalam pada itu, HONOR 600 Pro 5G turut dilengkapi dengan Pensijilan Prestasi Premium 5 Bintang SGS untuk ketahanan jatuh dan hentakan, yang membuktikan peranti ini mampu menahan impak dan jatuhan dalam penggunaan harian dengan lebih baik.
Bercakap mengenai kedudukan butang fizikal yang disertakan, HONOR 600 Pro 5G tampil dengan butang kelantangan bunyi, butang kuasa dan AI Button pada sisi kanan peranti yang kini juga boleh ditetapkan untuk mengaktifkan ciri AI Image to Video yang dilihat sebagai ‘killer feature’ pada telefon pintar ini.
HONOR 600 Pro 5G tampil dengan rekaan yang jelas ke arah flagship kemas, premium dan moden. Ia bukan sekadar nampak cantik di luar, tapi juga praktikal dari segi keselesaan dan ketahanan, sesuai dengan positioning barunya sebagai “accessible flagship”.
Skrin PaparanHONOR 600 Pro 5G tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.57-inci yang memiliki resolusi 1.5K (2728 × 1264 piksel) dan kadar segar semula 120Hz.
Apa yang benar-benar mencuri perhatian ialah tahap kecerahan puncak panel skrin ini yang mencecah sehingga 8,000 nits, menjadikannya antara yang paling terang dalam kelasnya. Ianya juga hadir dengan sokongan HDR yang termasuk pada platform Netflix dan Amazon. HONOR 600 Pro 5G juga memiliki ciri Sunlight Mode membolehkan skrin mengekalkan tahap kecerahan yang tinggi untuk tempoh lebih lama ketika digunakan di luar, memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik
Lebih lanjut , paparan HONOR 600 Pro juga memiliki kadar PWM Dimming 4320Hz bersama pelbagai parameter penjagaan mata seperti Circadian Night Display, Defocus Eyecare, Natural Tone, Eye Comfort dan Dynamic Dimming.
Selain itu, HONOR 600 Pro menampikan rekaan bezel hitam sekeliling skrin yang ternipis pada mana-mana kategori telefon pintar iaitu hanya 0.98mm yang menjadikanya telefon pintar pertama dipasaran untuk memiliki saiz bezel dibawah 1mm.
Dalam pada itu, HONOR 600 Pro 5G juga memiliki sensor capjari terbina dalam skrin namun ianya masih menggunakan sensor jenis optikal dan bukanya ultrasonic seperti pada kebanyakkan peranti flagship.
Pemproses HONOR N Series buat pertama kali nya telah menerima cipset kelas flagship Snapdragon 8 Elite yang membuat penampilan pada HONOR 600 Pro.
HONOR 600 Pro 5G tampil dengan lonjakan yang jelas menerusi penggunaan cip flagship Snapdragon 8 Elite yang berasaskan proses 3nm bersama CPU Oryon. Apabila dibandingkan dengan HONOR 400 Pro, ia menawarkan sehingga 45% peningkatan prestasi multi-core CPU, 40% lonjakan GPU, serta 45% keupayaan AI, menjadikannya jauh lebih berkuasa untuk tugasan berat, gaming dan penggunaan harian yang lebih lancar tanpa kompromi pada kecekapan tenaga.
Seterusnya, HONOR 600 Pro 5G hadir dengan pelbagai ciri AI moden yang diperkasakan oleh integrasi Google Gemini, termasuk fungsi seperti Google Lens serta akses kepada pelan Google AI Pro untuk pengalaman penggunaan yang lebih pintar dan produktif.
Dari segi perkongsian fail, HONOR memperkenalkan HONOR Share yang kini menyokong perkongsian fail yang lebih seamless dengan/antara peranti iOS, memudahkan pemindahan fail antara ekosistem berbeza tanpa halangan.
Antara ciri AI lain yang disediakan termasuk AI Translate, dan AI Writing yang membantu dalam komunikasi serta penulisan harian. Untuk keselamatan, peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengesanan AI Deepfake & Voice Cloning Detection, yang mampu mengenal pasti kandungan palsu dengan lebih berkesan.
Dari segi aspek produktiviti, pengguna boleh memanfaatkan pelbagai alat seperti AI Summary, AI Notes, AI Recorder, AI Format, dan AI Minutes untuk memudahkan kerja harian, sama ada dalam mesyuarat, pembelajaran atau pengurusan dokumen.
Ciri tambahan seperti Circle to Search, bersama fungsi eksklusif HONOR seperti Magic Portal dan Magic Capsule, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih intuitif dan pantas.
Semua ini dijalankan di atas sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16, dipadankan dengan konfigurasi memori besar iaitu 12GB RAM dan 512GB storan dalaman, memastikan prestasi yang lancar untuk pelbagai kegunaan.
KameraDari segi kamera, HONOR 600 Pro 5G hadir dengan konfigurasi kelas flagship dengan menggunakan sensor utama 200MP 1/1.4 inci bersama OIS, ia turut dipadankan dengan sensor telefoto periskop 50MP yang menyokong 3.5x optical zoom serta OIS. Selain itu, terdapat juga kamera ultra-wide 12MP dengan sudut 112°, manakala di bahagian depan, ia dilengkapi kamera selfie 50MP.
Bercakap mengenai pengalaman penggunaan, kamera utama 200MP ini berupaya menhasilkan gambar yang tajam dengan detail yang tinggi, terutama dalam keadaan low-light. Sensor 200MP yang digunakan juga membantu menangkap lebih banyak cahaya, untuk hasil gambar malam yang lebih terang dan kurang noise. Ditambah pula dengan teknologi AI dan pemprosesan RAW, hasilnya lebih jelas dan natural walaupun dalam situasi mencabar.
Bercakap mengenai zoom , kamera telefoto 50MP dengan lensa periskop ini menawarkan 3.5x optical zoom dan sokongan AI Super Zoom, subjek yang jauh masih boleh ditangkap dengan jelas tanpa terlalu bergantung pada digital zoom.
Satu lagi kekuatan utama adalah sistem penstabilan. Dengan sokongan sehingga CIPA 6.5 pada sensor telefoto dan CIPA 6.0 pada sensor utama, hasil gambar lebih stabil walaupun shoot secara handheld, termasuk dalam keadaan malam. Ini memberikan kelebihan besar untuk kurangkan blur dan memastikan gambar kekal sharp.
Dari segi AI pula, HONOR letakkan banyak penambahbaikan seperti AI Enhanced Night Photography yang membantu optimakan gambar dalam keadaan gelap, AI Night Portrait pula menghasilkan efek bokeh yang lebih natural, serta AI Color Engine yang memastikan warna nampak lebih tepat dan realistik.
Ciri AI lain yang dibawa oleh HONOR 600 Pro 5G adalah seperti berikut :
Super Moon 2.0 – direka khas untuk ambil gambar bulan dengan lebih jelas. Sistem ini boleh mengesan subjek bulan secara automatik dan mengoptimumkan exposure serta detail, jadi hasilnya nampak lebih tajam dan tidak overexposed seperti biasa.
HONOR juga memperkenalkan Magic Color, yang membolehkan pengguna “copy” gaya warna daripada gambar lain dan terus apply pada shot sendiri. Ini menarik untuk mereka yang suka eksperimen dengan tone ala Fujifilm atau Leica tanpa perlu edit manual.
Satu lagi ciri unik ialah Magic Pose, di mana AI akan menganalisa scene dan mencadangkan pose yang sesuai ketika ambil gambar potret. Ciri ini mungkin nampak kecil, namun ia sebenarnya amat membantu especially kalau tak tahu nak pose macam mana.
AI Image to Video 2.0
Selain fotografi, HONOR 600 Pro 5G turut menambah baik ciri kreatif menerusi fungsi AI Image to Video 2.0. Jika sebelum ini versi 1.0 yang diperkenalkan pada siri HONOR 400 hanya membolehkan satu gambar statik ditukar kepada video, versi baharu ini hadir dengan peningkatan yang lebih praktikal dan menyeronokkan.
Antara penambahbaikan utama ialah sokongan multi-image, di mana pengguna kini boleh menggabungkan sehingga tiga gambar dalam satu video. Ini memberi lebih fleksibiliti untuk hasilkan penceritaan yang lebih hidup, berbanding hanya bergantung pada satu imej sahaja.
Selain itu, ciri customise prompt memudahkan pengguna mengawal hasil video. Hanya dengan masukkan arahan ringkas, AI akan menjana video mengikut gaya atau mood yang diinginkan, tanpa perlu kemahiran editing yang kompleks.
Untuk mereka yang mahukan hasil cepat, terdapat juga pelbagai template terbina yang boleh digunakan terus. Pilihan template ini agak luas — dari gaya santai, travel, tarian, animasi hinggalah tema haiwan peliharaan — semuanya dilengkapi dengan pergerakan kamera sinematik, efek khas dan kualiti seakan video profesional.
Tonton beberapa video yang kami cipta menggunakan ciri AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Pro 5G :
Secara keseluruhan, sistem kamera HONOR 600 Pro 5G bukan sekadar tinggi megapixel, tetapi lebih kepada kombinasi sensor besar, zoom fleksibel dan AI yang membantu hasilkan gambar yang konsisten dalam pelbagai situasi dari siang, malam, hinggalah ke subjek jarak jauh.
BateriHONOR 600 Pro 5G sudah pastinya antara telefon pintar yang paling menonjol dalam kelasnya. Buat pertama kali dalam siri N, HONOR 600 Pro memilki bateri ultra besar Silicon Carbon berkapasiti 7,000mAh , yang bukan saja menawarkan kapasiti tinggi, tetapi juga lebih efisien dan tahan lama berbanding bateri konvensional.
Menariknya, HONOR turut melengkapkan peranti ini dengan AI Battery Scheduling Engine, yang mampu mengenal pasti corak penggunaan harian pengguna. Sistem ini akan mengoptimumkan pengagihan kuasa secara pintar, memastikan aplikasi yang kerap digunakan sentiasa mendapat keutamaan tanpa membazir tenaga di latar belakang.
Dari segi ketahanan, bateri ini direka untuk jangka masa panjang dengan sokongan sehingga 1,600 kitaran cas, bersamaan penggunaan sehingga 5 tahun tanpa penurunan prestasi yang ketara.
Dari segi pengecasan pula, HONOR 600 Pro menyokong 80W HONOR SuperCharge (wired) dan 50W wireless charging, membolehkan bateri 7000mAh ini dicas dengan pantas. Selain itu, ia juga menyokong 27W wired reverse charging, yang boleh digunakan untuk mengecas peranti lain termasuk iPhone menjadikannya bukan berfungsi sebagai telefon pintar , malah juga boleh dijadikan sebagai powerbank mudah alih bila diperlukan.
PenutupSebagai penutup, HONOR 600 Pro 5G tampil sebagai sebuah peranti yang seimbang dari pelbagai aspek daripada reka bentuk premium, prestasi yang mantap, sehinggalah keupayaan AI yang semakin praktikal untuk kegunaan harian. Bukan sekadar mengejar spesifikasi atas kertas, HONOR jelas memberi fokus kepada pengalaman pengguna yang lebih pintar dan lancar.
Kelebihan seperti bateri 7,000mAh yang tahan lama, pengecasan pantas, serta pelbagai ciri AI menjadikan peranti ini sesuai untuk pengguna moden yang aktif dan sentiasa bergantung pada telefon pintar sepanjang hari. Tambahan pula, ciri-ciri tambahan seperti ketahanan fizikal dan ekosistem pintar memberi nilai lebih yang jarang ditemui dalam kelasnya.
Secara keseluruhannya, HONOR 600 Pro 5G adalah pilihan yang sangat kompetitif dalam pasaran semasa sesuai untuk mereka yang mahukan peranti berkuasa, tahan lama dan sarat dengan teknologi terkini tanpa kompromi pada pengalaman penggunaan.
HONOR 600 Pro 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,099 bagi versi 12/256GB dan RM 3,299 bagi versi 12/512GB.
Setiap pra-tempahan juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,935 yang termasuk Fujifilm instax mini Liplay+, rebat bernilai RM 200, 365-day Front & Back Crack Replacement, 1 tahun jaminan waranti dan 1 tahun liquid damage warranty.












































