iQOO 15R kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 – dari RM 2,499 sahaja
iQOO 15R telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebagai telefon pintar flagship terbaharu yang memfokuskan prestasi tinggi bersama ketahanan bateri yang mengagumkan pada harga kompetitif.
iQOO 15R ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 5 dan digandingkan dengan Supercomputing Chip Q2 dan Monster HyperCore Engine, peranti ini direka untuk memberikan prestasi lancar dan stabil, khususnya untuk gaming dan penggunaan berat.
Telefon ini hadir dengan skrin berukuran 6.59-inci dengan resolusi 1.5K AMOLED yang menyokong kadar segar semula 144Hz, . Dari segi ketahanan, ia dilengkapi bateri besar 7600mAh berteknologi Silicon Anode yang menyokong pengecasan pantas 100W FlashCharge serta Advanced Bypass Charging untuk mengurangkan haba ketika mengecas.
Untuk fotografi, iQOO 15R menawarkan kamera utama 50MP Sony LYT-700V dengan sokongan OIS dan 2x Lossless Zoom, manakala kamera hadapan pula adalah 32MP untuk swafoto yang jelas. Peranti ini menjalankan OriginOS 6 dan ditawarkan dalam dua pilihan storan iaitu 12GB + 256GB serta 12GB + 512GB.
Di Malaysia, iQOO 15R kini ditawarkan pada harga RM2,499 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2,699 bagi varian 12GB + 512GB.


