Infinix NOTE 60 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,199 sahaja
Screenshot
Infinix terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen premium mampu milik dengan pelancaran Infinix NOTE 60 Pro yang merupakan telefon pertama dalam siri NOTE yang dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4, sekali gus membawa peningkatan besar dari segi prestasi, gaming dan kecekapan multitasking.
Dari aspek kuasa pemprosesan, NOTE 60 Pro menawarkan peningkatan sehingga 75% pada prestasi CPU dan 210% pada keupayaan GPU berbanding generasi sebelumnya.
Antara ciri paling unik yang membezakan NOTE 60 Pro ialah Active Matrix Display di bahagian belakang. Paparan LED interaktif ini kekal tersembunyi ketika tidak digunakan, namun akan menyala untuk memaparkan notifikasi pintar, animasi, emoji, mini permainan dan rekaan peribadi pengguna.
Reka bentuknya pula menampilkan kerangka aluminium aloi berkekuatan tinggi serta kemasan micro-matte yang elegan. Peranti ini juga hadir dengan perlindungan IP64 terhadap habuk dan percikan air. Butang One-Tap yang boleh dikustomkan memudahkan akses pantas kepada fungsi tertentu, manakala Advanced Health Monitor membolehkan pemantauan kadar denyutan jantung, oksigen dalam darah dan HRV secara terus dari peranti.
Dari segi paparan, NOTE 60 Pro dilengkapi skrin paparan 1.5K Ultra HDR berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Perlindungan Corning Gorilla Glass 7i memastikan ketahanan tambahan. Sistem audio stereo dengan SOUND BY JBL pula melengkapkan pengalaman hiburan yang lebih imersif, sama ada untuk menonton video atau bermain permainan.
Dalam aspek fotografi, peranti ini menampilkan kamera utama 50MP OIS Night Master bersama lensa ultra-lebar 112°. Sokongan Ultra HDR memastikan hasil gambar lebih terang dengan perincian yang jelas pada kawasan gelap dan cerah. Ia turut menyokong 2x Lossless Portrait Zoom serta rakaman video 4K Ultra-Steady untuk kestabilan maksimum.
Bagi ketahanan bateri, NOTE 60 Pro dibekalkan kapasiti besar 6500mAh, meningkat 25% berbanding model sebelumnya. Ia menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 30W tanpa wayar. Sistem “active battery healing” turut diperkenalkan bagi membantu mengekalkan prestasi bateri dalam jangka masa panjang.
Secara keseluruhan, Infinix NOTE 60 Pro tampil sebagai sebuah peranti yang menggabungkan reka bentuk inovatif, prestasi berkuasa dan ciri unik yang jarang ditemui dalam kelasnya. Ia membuktikan bahawa teknologi premium kini boleh dinikmati tanpa kompromi.
Bercakap mengenai harga, Infinix NOTE 60 Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199 bagi versi 8/256GB dan RM 1,399 bagi versi 12/256GB. Ianya akan ditawarkan didalam warna Solar Orange, Deep Ocean Blue, Mist Titanium dan Mocha Brown.
Dengan setiap pembelian Infinix NOTE 60 Pro, pelanggan akan menerima XWatch H5 Pro bernilai RM199 secara percuma, selagi stok masih ada. Selain itu, peranti ini turut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun untuk ketenangan penggunaan jangka panjang.




