OPPO Find X9 Pro dan Find X9 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 3,699
N4021
OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship OPPO Find X9 Series yang hadir didalam dua model iaitu Find X9 dan Find X9 Pro yang juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia (Global) pada 28 Oktober ini.
OPPO Find X9
OPPO Find X9 memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.59-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 3,600nits. Ianya akan dikuasakan cip Dimensity 9500, ColorOS 16 yang berasaskan Android 16, 12GB/16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Selain itu, OPPO Find X9 memiliki sistem kamera Hasselblad Master yang terdiri dari tiga sensor 50MP iaitu sensor utama 50MP LYT-808 dengan aperture f/1.6 dan OIS, sensor ultrawide 15mm 50MP JN5 dan sensor periskop telefoto 50MP LYT600 juga dengan OIS. OPPO juga menyertakan True Color Camera, sensor berbilang spektrum 9 saluran dan kamera selfie 32MP.
Seterusnya, OPPO Find X9 memiliki bateri 7,025mAh dengan pengecasan 80W SUPERVOOC dan pengecasan tanpa wayar 50W AIRVOOC dan 10W pengecasan berbalik.
Seperti telefon flagship lain dipasaran, Find X9 juga membawakan ciri AI seperti AI Portrait Glow, an AI Recorder, AI Mind Space, Google Gemini dan Google Circle to Search. ColorOS 16 juga secara rasminya menyokong pairing dengan Apple Watch.
OPPO Find X9 Pro
OPPO Find X9 memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 1-120Hz (LTPO) dan kecerahan maksima mencecah 3,600nits. Ianya dikuasakan cip Dimensity 9500, 16GB RAM , storan dalaman sehingga 1TB dan ColorOS 16 yang berasaskan Android 16. OPPO juga mengesahkan Find X9 Series akan menerima 5 tahun kemaskini OS Android.
Selain itu, OPPO Find X9 Pro juga memiliki sistem kamera Hasselblad Master yang terdiri dari tiga sensor iaitu sensor utama 50MP LYT828 dengan OIS, sensor ultrawide 50MP JN5 dan sensor periskop telefoto 200MP (70mm) juga dengan Prism Hybrid OIS dan Active Optical Alignment. OPPO juga menyertakan True Color Camera, sensor berbilang spektrum 9 saluran dan kamera selfie 32MP.
Oppo dan Hasselblad telah mencipta aksesori teleconverter. Kanta tambahan ini mempunyai 12 elemen kaca dan meningkatkan zoom optikal kepada 10x untuk foto (sehingga 200x zum digital). Zoom video pula adalah sehingga 50x. Aksesori ini hanya tersedia untuk X9 Pro buat masa ini pada harga RM 999.
Seterusnya, OPPO Find X9 Pro memiliki bateri 7,500mAh dengan pengecasan 90W SUPERVOOC dan pengecasan tanpa wayar 50W AIRVOOC dan 10W pengecasan berbalik. OPPO juga mendakwa bahawa ‘battery health’ Find X9 Pro akan kekal sehingga 80% walaupun selepas 5 tahun penggunaan.
Dalam pada itu Find X9 juga hadir dengan ciri AI seperti AI Portrait Glow, an AI Recorder, AI Mind Space, Google Gemini dan Google Circle to Search. ColorOS 16 juga secara rasminya menyokong pairing dengan Apple Watch. Find X9 Series juga memiliki penarafan IP66, IP68 & IP69.
OPPO Find X9 Series kini telah mula ditawarkan secara rasmi Malaysia dimana OPPO Find X9 16/512GB ditawarkan pada harga RM 3,699 manakala OPPO Find X9 Pro 16/512GB pula ditawarkan pada harga RM 5,099. Pra-tempahan kini dibuka dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 958 yang termasuk Laifen Mini Hair Dryer, Magnetic Gift Box dan waranti multi-region serta ganjaran istimewa aplikasi My OPPO.
Menariknya, OPPO juga telah mengumumkan bahawa OPPO Find X9 Pro akan ditawarkan pada harga istimewa RM 4,999 bagi bulan pertama jualan di Malaysia dan anda juga boleh mendapatkanya melalui Shopee SPay Later 0% faedah selama 6 bulan.










