Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K90 Pro Max dilancarkan secara rasmi di China – harga sekitar RM 2,370 sahaja

Redmi K90 Pro Max dilancarkan secara rasmi di China - harga sekitar RM 2,370 sahaja 1

Screenshot

Redmi K90 Pro Max dilancarkan secara rasmi di China - harga sekitar RM 2,370 sahaja 2

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi K90 Pro Max di China yang boleh dikatakan sebagai model flagship killer dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Redmi K90 Pro Max dilancarkan secara rasmi di China - harga sekitar RM 2,370 sahaja 3

K90 Pro Max hadir dengan pembesar suara berkembar dengan satu unit di bahagian atas dan satu lagi  di bahagian bawah bersebelahan port USB-C.  Redmi juga menambah woofer di bahagian belakang bersebelahan modul kamera. Keseluruhan sistem bunyi saluran 2.1 juga mendapat penalaan bunyi Bose.

Redmi K90 Pro Max dilancarkan secara rasmi di China - harga sekitar RM 2,370 sahaja 4

Bercakap mengenai kamera pula, Redmi K90 Pro Max memiliki tetapan tiga kamera iaitu sensor utama Light Fusion 950 dengan OIS, sensor telefoto periskop 50MP dan sensor ultrawide 102° 50MP.

Beralih ke hadapan, K90 Pro Max memiliki skrin paparan OLED berukuran 6.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima mencecah 3,000nits. Ianya juga hadir dengan lapisan Xiaomi Dragon Crystal Glass, sensor capjari 3D ultrasonic dan kamera selfie 32MP.

Redmi K90 Pro Max dilancarkan secara rasmi di China - harga sekitar RM 2,370 sahaja 5

Seterusnya, telefon pintar Redmi ini juga memiliki bateri 7,560mAh bersama pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W serta pengecasan berbalik 22.5W. Ianya hadir dengan HyperOS 3 (Android 16), kapasiti RAM sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 1TB dan penarafan kalis air dan habuk IP68.

Redmi K90 Pro Max dilancarkan secara rasmi di China - harga sekitar RM 2,370 sahaja 6

Akhir sekali, Redmi K90 Pro Max juga ditawarkan didalam Champion Edition yang terhasil dengan kerjasama Lamborghini Automobiles Racing Team.

Harga Redmi K90 Pro Max bermula dari CNY 3,999 (RM 2,370).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.