Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Snapdragon 8 Elite Gen 5 dilancarkan secara rasmi

Snapdragon 8 Elite Gen 5 dilancarkan secara rasmi 1

Snapdragon 8 Elite Gen 5 dilancarkan secara rasmi 2

Qualcomm secara rasminya telah melancarkan cipset flagship terbaru syarikat ini iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5.

Snapdragon 8 Elite Gen 5 telah menaik taraf pengalaman yang diharapkan oleh pengguna hari ini dari peranti mudah alih mereka, termasuk penukaran aplikasi multitasking yang lancar dan cepat serta permainan video yang lebih lama dengan prestasi yang luar biasa dan kecekapan kuasa.

Selain itu, Snapdragon 8 Elite adalah platform mudah alih pertama di dunia untuk merakam dalam codec Advanced Professional Video (APV),  membolehkan penghasilan video tahap profesional.

Seterusnya, Snapdragon 8 Elite Gen 5 hadir dengan CPU  Qualcomm Oryon Gen 3 yang terpantas dalam prestasi kelasnya sebanyak 20%, GPU Qualcomm ADRENO  baru meningkatkan permainan grafik sebanyak 23% manakala NPU Qualcomm Hexagon menawarkan 37% peningkatan prestasi.

Akhir sekali, Snapdragon 8 Elite Gen 5 akan ditawarkan pada jenama telefon pintar yang termasuk HONOR, Iqoo, Nubia, OnePlus, Oppo, Poco, Realme, Redmi, Redmagic, Rog, Samsung, Sony, Vivo, Xiaomi dan ZTE. Peranti baru dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 akan dilancarkan didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.